Ahad, 14 Ogos 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 19}

   Maya mengemas barang-barangnya untuk pulang. Mungkin Zafrul sedang menantinya di pintu pagar depan sekolah. Afrina menegeuk sebotol air mineralnya kerana terlalu dahaga. Afrina menutup botol minumannya itu lalu terus disimpankan ke dalam begnya. Dia memandang Maya.

   "Maya, kau balik dengan siapa?" Tanya Afrina sambil mengelap peluhnya. Maya tergamam. Alamak! Apa nak jawab ni?

   "Err, surelah aku balik dengan bapa aku! Dengan siapa lagi?" Tanya Maya sambil tersenyum tawar. Afrina memandang Maya lalu menggelengkan kepalanya.

   "Nothing. Saja nak tanya. Oklah, aku balik dulu. Jumpa esok dekat sekolah ya! Bye! Assalamualaikum!" Ucap Afrina lalu terus berjalan keluar dari gelanggang badminton itu. Maya menarik nafasnya dalam-dalam.

    Maya sekadar memerhati Afrina pergi. Kalau dia tahu yang Maya keluar dengan Zafrul nanti macam mana? Pasti kena ceramah lagi dengan Afrina tu.

   Maya tertunduk. Tak apa, mungkin Zafrul tahu nak buat apa. Maya terus berdiri lalu terus keluar dari gelanggang badminton itu.

    Jalan, jalan dan berjalan akhirnya sampai juga di hadapan pintu pagar. Kelihatan Zafrul sedang memeluk tubuhnya sambil melihat kukunya yang pendek dan berkilat kemas. Dai memandang Maya lalu terus tersenyum. Maya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   "Err, nak pergi mana?" Tanya Maya. Zafrul tersenyum sambil menggeleng.

   "Ikut jalah." Ucap Zarul.

                                                                                ***

   Afrina berjalan dengan selamba sambil menikmati ais blended strawberinya. Memang lazat dan berkrim. Dia melihat jam di tangannya. Alamak, dah pukul 5.30 petang. Baik cepat-cepat balik rumah sebelum mama berleter. Dia berjalan dengan pantas mahu menuju ke rumah.

   Tiba-tiba langkah kakinya terhenti. Dia terpandang sesuatu yang tidak menyenangkan mata. Siapa lagi kalau bukan dia ternampak Zafrul sedang duduk dengan Maya di sebuah cafe sambil menikmati dessert chocolate ckae yang lazat dengan secawan koko panas.

   Lebih menyakitkan apabila Zafrul menyuap Maya kek coklat itu. Sudah macam pengantin barulah pula. Afrina tidak tahu kenapa tiba-tiba dadanya terasa sebak. Mata sudah mula berkaca-kaca. Kenapa rasa macam ni! Cemburukah? Afrina memejamkan matanya mengharap itu sekadar khayalan.

   Afrina mencelikkan matanya semula, bukan khayalan mahupun mimpi. Ini realiti. Afrina berasa geram. Dia terus berjalan dengan pantas dengan harapan mahu cepat-cepat pulang ke rumah. Tiba-tiba dia ternampak Fakrul sedang berjalan mahu pulang juga. Afrina seperti mahu menegur tetapi bila ingat balik situasi tempoh hari, niatnya itu terbantut.

   "Ah, peduli apa aku! Kau ingat aku kisah sangat dengan kau?" Ucap Afrina sendirian lalu terus menuju ke rumah. Memang menyakitkan hati betul tengok 'pengantin' bersuapan, tambahan berjumpa dengan lelaki yang dibenci dan tidak mahu dipandang wajahnya.

                                                                                    ***

   Iman berjalan-jalan di sekeliling taman. Tiba-tiba dia ternampak seekor burung sedang terbang di atas kepalanya. Iman amat terpegun dengan burung itu lalu terus mahu menangkap burung itu. Belum sempat mahu menangkap, burung itu pantas terbang menjauhinya.

   Iman berasa tidak puas hati lalu terus mengejar burung itu. Burung itu terbang tinggi-tinggi. Iman masih tidak mahu mengalah. Dia memang inginkan sangat burung tu. Boleh bela. Tiba-tiba dia terdapat satu akal. Burung itu kelihatan sedang terbang berlegar-legar di atas sebuah pokok buah hati.

   Dia terus memanjat pokok itu. Dia dapat mencapai ekor burung itu. Iman tersenyum puas. Yes, dah dapat. Sekarang hanya mahu menariknya sahaja. Burung itu berdegil dan mengiggit dahan itu. Iman sangat geram.

   "Ish, sini kau!" Jerit Iman lalu dapat juga menarik burung itu. Tetapi amat malang sekali kerana dia terus jatuh dari pokok itu. Iman berdiri sambil mengurut belakangnya. Iman tersenyum sambil memandang burung comel itu.

   "Hehehe! Dapat pun!" Ucap Iman.

   "Tengok tu! Itu dia burung kita!" Ucap satu suara. Iman rasa agak hairan.

   "Tu dia Nek! Ada dekat budak yang hitam-hitam manis tu! Dia dah dapat tangkap burung tu! Baguslah!" Ucap seorang lelaki yang berbadan agak gempal dan berambut kembang. Iman agak hairan kerana ramai yang mengelilinginya termasuk Cik Marie.

   "Oh, terima kasihlah sebab hang sudi bantu kami!" Ucap seorang yang agak tua tetapi kelihatan kuat lagi.


   Iman tersenyum tawar sambil memegang kepalanya. "Err biasa ja! Burung siapa ni?" Tanya Iman.

   "Oh, ni sebenarnya burung Cik Marie hang! Dia nak jual burung ni. Tiba-tiba ja terbang menghilang, kami nampak dia dok termengah-mengah kejar, jadi kami pun bantulah dia dapatkan burung ni." Ucap Atuk tua itu atau lebih senang dipanggi Pak Tih.

   "Haah! Terima kasih ya Iman sudi menangkapnya. Bukan senang nak dapat burung yang macam ni." Ucap Cik Marie. Cik Marie memang mengenali Iman. Afrina yang kenalkan.

   "Err, sama-sama. Nah, ambillah semula." Ucap Iman sambil menghulurkan burung itu. Cik Marie dengan senang hati mencapai burung itu sambil mengusap bulu burung itu.

   "Nah upah sebab tolong tangkap burung ni." Ucap Cik Marie sambil menghulurkan sejumlah wang. Iman menggelengkan kepalanya.

   "Eh, tak payah susah-susah! Tak susah pun nak tangkap burung ni sebenarnya. Akak tak payahlah nak ajar saya macam ni!" Ucap Iman sambil menolak pemberian duit itu. Cik Marie menggeleng.

   "Janganlah macam ni Iman. Bukannya selalu. Akak ikhlas ni! Nah, ambillah." Ucap Cik Marie mendesak. Iman tersenyum tawar lalu terus mencapai wang itu.

   "Terima kasih ya akak." Ucap Iman. Cik Marie tersenyum.

   "Sepatutnya akak yang perlu berterima kasih banyak. Oklah, akak pergi dulu ya! Sekali lagi akak nak ucapkan terima kasih." Ucap Cik Marie lalu terus pergi meninggalkan Iman di situ.

   "Baguslah budak ni. Buat kerja memang betul-betul ikhlas. Tak harapkan balasan. Nama saya Naufal. Ini Pak Tih dan ini pula isteri Pak Tih, Mak Onah. Kami tinggal dekat kawasan kampung hujung sana tu. Kalau tak keberatan datanglah sana. Nama adik Iman ya?" Tanya Naufal, lelaki yang agak gempal.

   Iman mengangguk sambil tersenyum manis. "Insya-Allah bang." Ucap Iman. Naufal tersenyum sambil mengangguk.

   "Dahlah, Mak Onah ngan yang lain nak balik dulu. Assalamualaikum." Ucap Mak Onah lalu terus bersama meninggalkan Iman. Iman menjawab salam itu dengan lambat lalu mengeluh. Tak apalah, dapat juga berjasa hari ni dan dapat kenalan baru.

                                                                                          ***

   Afrina berjalan di simpang jalan. Hari ni hari sabtu! Cuti sekolah. Jadi daripada duduk dekat rumah tidak berbuat apa, baik jalan-jalan. Siapa lagi penemannya kalau bukan Yera?

   "Hei, Yera kau lapar tak? Aku laparlah! Jom kita pergi kedai Pak Mad makan niochi! Tukan kuih favorite kau! Jomlah." Ucap Afrina sambil tersenyum meleret ke arah burung gemuknya itu. Yera menggeleng.

   "Apa? Kau tak nak! Biar betul! Nak diet?" Tanya Afrina. Yera menggeleng. Afrina mengeluh menyampah.

   "What ever. Jomlah teman aku! Aku nak makanlah! Lapar!" Ucap Afrina lalu terus berjalan mahu ke kedai Pak Mad. Yera terus terbang meninggalkan Afrina. Afrina terdiam. Tahu sangat Yera tak mahu temankan dia. Tak apalah, dia boleh pergi sendiri. Tiba-tiba dia terserempak dengan Iman.

   "Hai Afrina. Jumpa lagi kita. Dari mana ke mana?" Tanya Iman. Afrina tersenyum manis.

   "Dari rumah nak ke kedai Pak Mad, rindu sangat nak makan kuih niochi Pak Mad buat." Ucap Afrina. Iman terangguk.

   "Oh yakah." Ucap Iman. Afrina menganggukkan kepalanya.

   "Oklah nak pergi ni, lapar sangat." Belum sempat Afrina mahu pergi, Iman menghalang.



   "Kalau aku ikut kau boleh tak?" Tanya Iman. Afrina memandang Iman lalu mengangguk sambil  tersenyum.

                                                                               ***

   "Eh, abah pun datang sini juga dengan Afrisyah?" Tanya Afrina. Encik Airil menganggukkan kepalanya. Afrina menikmati sajian yang dihindangkan dengan berselera sekali. Memang lapar sangat.

   "Saja ja abah datang sini. Rasa bosanlah pula duduk terperap ja dekat rumah. Mama kamu banyak kerja nak buat. Jadi datanglah sini bawa adik kamu." Ucap Encik Airil sambil mengusap kepala anak bongsunya itu.

   Afrina terangguk. "Jadi bah berbuallah dengan Pak Mad?" Tanya Afrina. Pak Mad mengangguk. Afrisyah tersenyum meleret.

   "Afrina, kamu kena tengok-tengokkan mama kamu tu. Sebab abah kamu cerita, mama kamu tu macam sedang diperhati." Ucap Pak Mad. Afrina berasa agak hairan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa yang Pak Mad katakan ini?

   "Nanti abah ceritalah dekat kamu nanti di rumah." Ucap Encik Airil. Afrina mengangguk. Tiba-tiba Yera muncul. Afrina dan yang lain buat tidak endah sahaja. Kesian Yera tak dapat perhatian!

   Iman beridri mahu mencapainya tetapi hampir tergelincir.


   "Kau ok Iman?" Tanya Afrina. Iman menganggukkan kepalanya kerana sempat sempat selamatkan diri. Sekarang ni Afrina hanya mahu tahu apa maksud di sebalik kata-kata Pak Mad tadi!

 Bersambung...

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }