Selasa, 23 Ogos 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 20}

   Sakinah berjalan mahu pulang ke rumah. Baru sahaja balik dari latihan bermain gitar. Dia memakai baju yang sama seperti mana Afrina pakai. Itu adalah baju kelas tambahan mereka. Nak pakai pada waktu biasa pun tidak menjadi masalah.

   Dia singgah sebentar di kedai nasi goreng untuk membeli dua bungkus sirap ais. Rasa dahagalah pula tiba-tiba.

   Tiba-tiba dia ternampak Fakrul sedang duduk di kedai makan itu bersama dengan Amisyah di kedai makan itu menikmati hindangan nasi goreng. Sakinah berasa agak terkejut. Apa yang mereka bualkan? Siap ketawa semua lagi berbagai.

   Sakinah seperti mahu mendengar perbualan itu, tetapi memandangkan sirap ais yang dipesan telah disiap bancuh, Sakinah terpaksa pergi. Ish, terlepas lagi. Kaki gosip juga si Sakinah ni rupanya ya!

   Semasa dalam perjalanan pulang, Sakinah ternampak satu bola bulat yang besar di tepi kayu. Sakinah ingin tahu bola apa. Sakinah menuju ke arah bola itu.

   "Yera rupanya! Hei, Yera! Mana Afrina?" Tanya Sakinah. Yerakah? Tak tahu pula! Badan dia kan 'kurus'!


   Yera menggeleng. Dia terus terbang lalu mematuk kepala Sakinah. Sakinah meraung kesakitan.

   "Ish, burung gemuk yang jahat! Siaplah kau nanti aku report dengan tuan kau! Tahulah dia nak ajar kau macam mana nanti!" Ucap Sakinah lalu terus berlalu pergi. Memang Yera ni dasar burung tak sedar diri.

   "Sakitnya kepala aku! Kalau bengkak! Aku buat sup burung guna badan kau yang gempal macam bola ping pong. Tanya elok-elok kot! Takkan tak boleh?" Sakinah merungut sendirian.

   Sakinah memperbetulkan bajunya lalu terus berjalan mahu pulang ke rumah. Sampai cepat-cepat, boleh sapu minyak gamat dekat kepala.

                                                                                         ***

   "Afrina kau tunggu siapa dekat depan rumah tu? Masuk, dah nak dekat pukul 7.00 malam ni!" Ucap Puan Hamidah dari luar. Afrina menggelengkan kepalanya tanda tidak puas hati.

   "Kejaplah mama! Afrina tengah tunggu Yera ni! Dia tak balik-balik pun! Nak makan kah tak nak burung gemuk ni?" Rungut Afrina sendirian lalu terus masuk ke dalam rumah. Dah nak maghrib.

   "Alah, lantak dialah. Buatlah macam first time! Memang selalu dia macam tukan?" Tanya Puan Hamidah. Afrina tidak menjawab lalu terus naik ke biliknya.

   Afrina membaringkan dirinya di atas katilnya. Esok hari ahad! Akhir cuti lepas tu nak pergi sekolah pula. Afrina duduk di meja belajarnya lalu terus membuka buku matematiknya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Esok hari lahir Afrisyah, 1 Julai! Nak bagi hadiah apa ya?

   "Tengoklah esok." Ucap Afrina sendirian.

                                                                                   ***

   Muadz berjalan di simpang jalan sambil memegang komik yang baru sahaja dibeli. Dia melintas jalan raya yang tidak seberapa sibuk untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba dia ternampak Afrina, Sakinah dan Maya yang kebetulan lalu di jalan yang sama.

   Muadz melambaikan tangannya ke arah mereka. Afrina menyambut lambaian itu sambil menuju ke arah Muadz.

  "Hai, akak pergi mana tadi?" Tanya MUadz sambil melihat beberapa bungkusan yang berada di tangan Afrina, dan Maya. Sakinah hanya membawa gitarnya sahaja.

   "Baru balik dari kedai Happy birthday yang Akak Nona buka dekat hujung jalan sana tu. Hari ni hari jadi Afrisyah, nak jugalah buat sesuatu yang special dekat dia. Tak nak wishes apa-apakah?" Tanya Afrina tanda mengusik budak seorang itu.

   Muadz tersenyum malu. Dia menggaru kepalanya.

   "Jomlah ikut join kami sekali. Janganlah risau, Afrisyah tak akan marah. It's ok kan Afrina?" Tanya Maya kepada Afrina seraya mengajak Muadz turut-serta dalam majlis. Afrina mengangguk laju. Sangat bersetuju.

   "Err, tapi saya tak ada benda nak bagi dekat Afrisyah." Ucap Muadz malu-malu. Afrina menggeleng sambil memegang bahu budak itu.

   "Alah, tak payah bagi apa-apa pun. Muadz ucap happy birthday pun, dah cukup untuk dia." Ucap Sakinah pula. Muadz  tersenyum dan akhirnya mengangguk. Dia bersetuju.

   Sesampainya mereka di rumah, Afrina membawa mereka bertiga naik ke biliknya.

   "Sssshhh, jangan bagi Afrisyah tahu semua ni tau. Nanti dah tak suprised!" Ucap Afrina sambil mengikat belon di sekeliling biliknya.

   "Afrina! Sepatutnya, belon-belon ni semua, kena gantung dekat bilik dia! Afasal dekat bilik kau pula?" Tanya Sakinah tidak puas hati. Memang Afrina ini tidak layak menjadi perancang majlis. Entah apa-apa sahaja dia rancang majlis.

   "Alah, Afrisyah sekarang tengah duduk dekat bilik dia! Dia tu susah sikit! Tak nak keluar join kawan-kawan!" Ucap Afrina. Maya dan Sakinah terangguk-angguk. Muadz sekadar memerhati.

   "Akak, akak ada kertas tak? Boleh Muadz nak satu?" Tanya Muadz. Afrina memandang Muadz lalu mengangguk.

   "Pergi ambil dalam laci hujung sana tu. Pen dekat dalam bekas bulat tu. Muadz nak buat apa?" Tanya Afrina sambil mengikat hujung belon yang telah ditiupnya.

   "Adalah. Nanti akak tahu juga." Ucap Muadz lalu mengambil kertas dan sebatang pen.

                                                                               ***

   "Ish, tengok akak tu macam ada masalah ja! Rasa kesianlah pula dekat dia!" Ucap Afrisyah sendirian sambil membaringkan dirinya yang comel itu di atas katil biliknya. Dia tidak kisah langsung tentang hari jadinya pada hari ini.

   "Asyik-asyik termenung. Kadang-kala macam dah tak betul. Aku nak tahu juga, apa problem dia?" Tanya Afrisyah seorang diri lagi.


 
    "Rasanya, sure dia tengah termenung dekat dalam bilik dia, fikir macam mana nak settlekan masalah dia!" Ucap Afrisyah sendirian lagi.

    "Ni tak boleh jadi, aku mesti kena tolong dia! Tengok keadaan dia tu dulu." Ucap Afrisyah lalu terus keluar dari dalam biliknya. Dia berlari ke arah pintu biliknya. Dia memulas tombol pintu bilik kakaknya tetapi berkunci.

   Afrisyah mengetuk pintu bilik kakaknya itu. "Kakak, buka pintu ni, Afrisyah nak masuk." Ucap Afrisyah dari luar muka pintu. Afrina yang sedang sibuk menghias kek menjadi gelabah biawak.

   "Err, macam mana ni! Persiapan belum habis lagi." Ucap Sakinah. Afrina berlari kencang menyimpan barang-barang yang tidak diperlukan lagi.

   "Apa yang tak habis lagi?" Tanya Afrina perlahan.

   "Ni, nak gantung reben ni." Ucap Maya. Afrina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   "Cepatlah gantung." Ucap Afrina. Maya mengangguk lalu terus menggantung reben itu. Maya mengangguk sambil tersenyum. Cantik juga.

   "Akak, apa yang akak buat dalam bilik tu? Cepatlah buka pintu ni!" Ucap Afrisyah sambil mengetuk pintu bilik itu lagi.

   "Kejap, kejap! Korang semua sembunyi! Maya belakang langsir, Sakinah bawah meja, Muadz bawah katil! Cepat!" Ucap Afrina. Mereka bertiga akur. Afrina menutup lampu biliknya dan memperbetulkan bajunya.

   Afrina memulas tombol pintu lalu tersenyum pada adiknya. Afrisyah membuat wajah muram.

   "Kenapa lama sangat buka pintu? Buat apa lama-lama dalam bilik? Baru bangun tidurkah?" Tanya Afrisyah bertubi-tubi. Afrina menggeleng sambil tersenyum manis.

   "Taklah, akak tengah buat suprised dekat Afrisyahlah! HAPPY BIRTHDAY!" Afrina dan yang lain terus memberikan ucapan hari lahir kepada Afrisyah sambil menyalakan lampu semula. Afrisyah terlopong lalu tersenyum terharu. Dia memeluk kakaknya itu.

   "Wow, tak sangkanya saya! Terima kasih akak! Sayang akak!" Ucap Afrisyah. Afrina memeluk adiknya itu dengan erat.

   "Nah, ini hadiah dari kakak." Ucap Afrina sambil memberikan sekotak hadiah yang berbalut kepada adiknya itu. Afrisyah mencapainya dengan senang hati.

   "Ni dari akak pula." Ucap Sakinah dan Maya serentak sambil menghulurkan hadiah masing-masing. Afrisyah mengucapkan terima kasih sambil mencapai hadiah-hadiah itu. Afrisyah memandang Muadz yang sedang tersipu malu.

   "Saya pun ada hadiah, tapi lain sikitlah." Ucap Muadz. Afrina dan yang lain berkerut. Apa maksud Muadz.

   "Hadiahnya dalam bentuk sajak!" Ucap Muadz. Afrisyah berkerut.

   "Saya bacakannya ya!" Ucap Muadz sambil memegang kertas tadi. Patutlah dia minta dari Afrina sekeping kertas. Nak karang sajak.


   "Bila ku pandang matamu, ku dapat lihat diriku, bila kau dapat pandang mataku, kau boleh lihat diriku di anak mata coklatku! Sekain! Eh bukan, sekian!" Ucap Muadz. Itu sahaja? Memang dia ni tak tahu apa-apa tentang sastera.

   "Itu sahajakah?" Tanya Maya. Muadz mengangguk.

   "Sedapkan sajak tu? Afrisyah, saya harap awak suka dengan sajak yang saya baca ni!" Ucap Muadz. Afrisyah mengangguk sambil tersenyum tawar.

   "Tttt...tentulah!" Ucap Afrisyah.

    "Jom makan kek ni. Jom turun dapur. Boleh share dengan mama, abah." Ucap Afrina sambil membawa kek itu untuk dibawa ke dapur. Mereka berempat hanya akur.

                                                                                   ***

    Fakrul berjalan seorang diri di pasar malam. Tiada penenamlah! Rasa sunyilah pula. Dia melihat jam di tangannya. Baru sahaja pukul 7.00 malam. Rasa bosan tidak terhingga.

   Tiba-tiba dia ternampak Zafrul dengan Maya berjalan bersama. Fakrul menjadi agak hairan.

   "Eh, kenapa boleh rapat ja tiba-tiba ni?" Tanya Fakrul seorang diri. Kalau beritahu Afrina, pasti dia terperanjat. Tapi masalahnya, Afrina tidak mahu bercakap dengannya.

     "Ish, mesti ada something wrong kalau tiba-tiba ja rapat macam ni? Apa ya?" Tanya Fakrul seorang diri lagi. Dia mengekori Zafrul dan Maya. Ke mana mereka pergi, di situ ada Fakrul.

   "Takkanlah boleh couple. Bukannya Zaf tu suka dekat si Afrina. Yalah, asyik marah aku ja bila rapat dengan si Afrina tu! Sure punya!" Ucap Fakrul sendirian lagi. Ada sesetengah orang yang berkerut memandangnya. Fikirnya gila!

   Zafrul siap ketawa lagi dengan Maya. Maya ketawa tetapi boleh juga mengawal ayu. Memang sah-sah Fakrul sudah syak.

   "Ini, tak boleh jadi! Tak boleh jadi! Kena siasat!" Ucap Fakrul sendirian.

 Bersambung...

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }