Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa💕 {bahagian 21}
Ahad, 23 Oktober 2016 | 6:50 PG | 0 comments
   Afrina duduk termenung di dalam biliknya seorang diri. Melayan fikirannya sendiri adalah hobi yang tidak dapat disingkirkan. Dia memandang ke luar tingkap rumahnya. Hujan turun renyai-renyai. Tidak ada tanda yang hujan itu akan berhenti.

   Afrina memejamkan matanya lalu membuka matanya semula. Dia tidak tahu apa yang dia sedang fikirkan sekarang ini! Yera yang tidak pernah membuatkan dia sedih sudah tertidur. Kan bagus kalau dia dapat seseorang yang seperti Yera. Bukannya haiwan, tapi manusia! Itu yang diinginkannya!

   Zafrul yang sedang difikirkannya sekarang ini! Lelaki itu selalu buatkannya marah tetapi sekarang ini berubah sedikit demi sedikit. Afrina tertunduk lesu! Sekarang Afrina tidak kenal Zafrul itu! Dia mengusap air matanya yang mengalir. Maya pun sudah berubah sekarang ini.


   Fakrul pun macam pelik padanya. Entah mengapa Fakrul sekarang ini seperti ingin rapat dengannya. Kawan-kawannya semuanya pelik dan sudah berubah! Masih belum berpisah tetapi sudah tunjukkan perangai yang seperti mereka sudah berpisah!

   Afrina berjalan mahu ke halaman rumah. Kelihatannya, hujan sudah berhenti! Afrina melihat persekitaran luar rumahnya yang sunyi-sepi. Langit tanpa bintang. Yang ada hanyalah awan-awan yang mendung. Afrina menarik nafasnya dalam-dalam lalu menghebusnya.


   Dia ingin menenangkan fikiran! Tetapi, seorang sahaja yang masih berlegar-legar di fikirannya. Siapa? Hanya hati Afrina sahaja yang tahu!

                                                                               ***

   Afrina berjalan-jalan sendirian di pekan mochi itu. Yera tidak mahu turut-serta kerana mahu makan. Memang Yera itu dasar burung pemalas! Ada makanan, semua aktiviti yang telah dirancang cancel!

   Afrina melihat keadaan pekan itu. Dia ternampak Maya sedang berjalan sendirian di situ juga. Mahu tegur atau tidak? Kalau tegur nanti ingat macam Afrina tidak marah padanya. Kalau tak tegur nanti kena kata sombong pula. Buat-buat tak nampak! Bagus juga!

   "Hai Afrina!" Satu suara menegur gadis yang bernama Afrina. Afrina menoleh. Maya sedang tersenyum di depannya.

   "Esok datang sekolah tau! Bye!" Ucap Maya. Afrina terlopong! Itu sahaja? Biar betul Maya ni! Baik tak payah tegur kalau macam tu! Afrina semakin lama semakin geram! Maya ni memang pelik!

                                                                                ***

       Zafrul berjalan memasuki ke dalam kawasan sekolah. Dia berjalan dengan perlahan. Mukanya biasa sahaja. Dia membuka lokalnya untuk mengambil barang-barang penting. Kebetulan, dia ternampak Afrina sedang berdiri di situ sambil mendengar perbualan Sakinah dan Iman.

   Zafrul memerhatikannya dengan rasa bersalah. Tetapi sepatutnya Afrina yang harus rasa bersalah kerana memarahinya tempoh hari. Kenapa Zafrul pula yang harus sedih dan takut.

   Afrina pun kelihatan tidak bermaya dan tidak bersemanga. Dia hanya berdiri dan mendengar sahaja perbualan dua orang rakannya itu. Tiba-tiba Afrina berasa yang ada seseorang sedang memerhatikannya. Afrina menoleh perlahan.



     Kelihatan Zafrul sedang memerhatikannya.  Zafrul memang kelihatan sedih dan mahu meminta simpati.


   Afrina dengan rasa terkejut terus menoleh kembali memandang ke arah lain. Pipinya memerah. Kenapa Afrina rasa begini? Dia sendiri tidak tahu!



   'Kenapa dia pandang aku macam tu! Still berdendamkah? Nak minta maaf kah tak nak? Afrina! Macam mana ni! Salah aku!' Desis hati kecil Afrina. Zafrul tertunduk lesu lalu terus beredar dari situ.

   'Afrina tak akan mengalah! Hati dia keras! Kalah batu!' Desis hati Zafrul pula.

   Tiba-tiba Zafrul terjumpa Maya. Kelihatan Maya seperti tercari-cari seseorang. Afrina menoleh kembali. Zafrul sudah tiada. Dia memandang ke arah lain pula. Kelihatan Zafrul sedang memerhatikan Maya pula. Afrina tertunduk sedih.

   'Asyik-asyik Maya! Err, kenapa pula aku nak jealous! Bukannya aku ada hati dekat dia pun!' Desis hati kecil Afrina lagi.

                                                                                    ***

      Loceng berbunyi menandakan waktu pulang. Semua orang berjalan dengan pantas kerana mahu pulang ke rumah dengan segera. Afrina dan Sakinah berjalan dengan lenggang. Tidak mahu terburu-buru. Afrina kelihatan murung sahaja. Sakinah mengesannya.

   "Ada masalah!?Beritahulah dekat aku. Insya-Allah aku boleh tolong!" Sakinah dengan prihatinnya menanyakan masalah rakan karibnya itu. Afrina memandang Sakinah lalu menggelengkan kepalanya.

   "Aku ok ja! Tak payahlah kau nak risau sangat. Aku ok! Sentiasa ok!" Ucap Afrina sambil tersenyum tawar. Sakinah menggelengkan kepalanya. Dia memegang lengan rakan karibnya itu.

   "Tak payah nak berselinduglah Afrina. I know you were trouble! Cakap jalah apa masalah kau Afrina! Aku akan tolong! Jangan risau! Selama ni asyik kau ja yang tanya fasal problem kami. Tapi, bila kau ada masalah, kami tak pernah nak tolong! So, aku naklah bantu kawan baik aku!" Ucap Sakinah sambil tersenyum.

   Afrina mengenggam tangan Sakinah sambil tersenyum. "Betul, aku ok ja! Jangan risau! Aku sentiasa ok! Dahlah tu! Jomlah balik!" Ucap Afrina sambil berjalan keluar dari pintu pagar sekolah. Sakinah mengikut Afrina dari belakang.

   "Tapi, kalau kau ada masalah! Beritahu aku! Jangan tanggung seorang diri! Janji!" Ucap Sakinah. Afrina memandang Sakinah lalu mengangguk.

   "Janji! Tapi sekarang ni, aku ok ja!" UcapAfrina sambil tersenyum. Sakinah memang baik! Satu-satunya rakan baik yang Afrina pernah ada!

                                                                              ***

    "Sudahlah Zaf! Kau ni selalu sangat tanya fasal dia dekat aku! Aku dah muak! Aku dah bosan! Ooo, selama ni kau kawan dengan aku semata-mata nak tanya fasal Afrina! Enough! Cukuplah setakat ni Zaf! Cukup!" Ucap Maya sambil membuat wajah geram, Zafrul menggeleng.

   "Apa masalah kau ni Maya? Tiba-tiba ja nak marah! Dia kan kawan kita! Sekali-sekala nak juga tahu hal dia!" Ucap Zafrul seakan-akan ingin membela diri sendiri. Maya menjeling menyampah!

   "Sekali-sekala! Hello, hampir setiap hari! Sudahlah!" Ucap Maya dengan geram! Menyampah dengan Zafrul.

   "Ah, sudahlah Maya! Meluatlah aku! Memang selama ni aku nak tahu hal dia! So what? Kalau kau jumpa aku semata-mata nak marah macam aku ni suami kau, boyfriend kau! Memang Taklah!" Ucap Zafrul lalu terus pergi begitu sahaja.

   Maya menahan Zafrul. "Zaf! Sorrylah! Please! Janganlah marah aku! Aku tak bermaksud pun nak cakap macam ni dekat kau!" Maya cuba memujuk. Zafrul merenung Maya dengan tajam.

   "Tak payah nak berpura-puralah Maya! Sekarang ni persahabatan kita setakat ini sahaja! Sudahlah!" Ucap Zafrul lalu terus pergi begitu sahaja. Maya memandang Zafrul pergi.

   "Tak guna!" Ucap Maya lalu terus pergi dari situ juga. Zafrul memang tak guna baginya.

                                       
   ~bersambung~


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard