Ahad, 23 Oktober 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 22}

   Afrina duduk termenung di lantai rumahnya di tepi tingkap. Semenjak-dua menjak ini Afrina lebih gemar mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa. Afrisyah mengesan perubahan pada diri kakaknya. Kakak yang dikenalinya bukan begitu. Afrina merupakan seorang yang periang dan suka melakukan perkara yang kebudak-budakkan! Tidak mungkin Afrina berubah tanpa hujan atau ribut! Pokok tak akan goyang tanpa angin bukan?

   Afrisyah duduk di dalam biliknya sambil membaringkan diri di atas katil. Kenapa Afrina begitu? Dia mesti mencari jawapan. Tidak mahu lihat lagi kakak yang disayang sentiasa murung.

   'Siapa yang buat kakak sampai jadi begitu? Akak Sakinah? Tak mungkin! Akak Iman! Tengok diorang sembang ok ja! Akak Maya! Entahlah! Akak Laila! Jarang jumpa!' Ucap Afrisyah sendirian di dalam hati. Tiba-tiba Afrisyah terus bangun.

   "Abang Zafrul!" Ucap Afrisyah lalu terus menuju keluar dari bilik mahu berjumpa dengan kakaknya. Mahu menanyakan kalau Zafrul pernah menyakitkan hatinya.

   "Akak! Akak! Abang Zaf ada sakitkan hati.... a.....kak.....kah?" Suara Afrisyah semakin perlahan. Nampaknya Afrina sudah tidur di situ. Begitu nyenyak sekali dia tidur.



   Afrisyah sekadar melihat kakaknya itu tidur. Termenung sampai tertidur. Soalan Afrisyah disimpan untuk lain kali.


   Apa yang harus dilakukannya? Tengoklah nanti!

                                                                                           ***

   "Abang! Tunggu!" Jerit Afrisyah kepada seorang lelaki. Lelaki itu menoleh. Dia tersenyum melihat Afrisyah sedang berlari menghampirinya.

   "Oh, Afrisyah! Kenapa ni?" Tanya Zafrul sambil menyeluk tangannya ke dalam poket. Mereka berjalan beriringan mahu pulang.

   "Abang, boleh Afrisyah tanya satu soalan?" Tanya Afrisyah. Zafrul memandang Afrisyah. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Soalan apa yang ingin ditujukan?

   "Nak tanya apa?" Tanya Zafrul. Afrisyah tertunduk.

   "Kalau abang nak tahulah, kakak Afrina sekarang ni semakin lama semakin pelik. Dia selalu murung, termenung, menangis! Sekarang ni pun dia dah jarang nak main dengan Afrisyah. Selalu duduk dalam bilik dan layan fikiran sendiri! Abang tahu tak apa masalah dia?" Tanya Afrisyah. Harap-harap Zafrul dapat jawapannya.

   Zafrul terkejut juga dengar pertanyaan dan penjelasan Afrina dari adiknya sendiri. Zafrul tertunduk lalu memandang Afrisyah.

   "Sebelum tu, Afrisyah ada tak tanya kakak Afrina tentang masalah dia?" Tanya Zafrul pula kepada Afrisyah. Afrisyah tidak menjawab.


   "Ada tak?" Tanya Zafrul sekali lagi. Afrisyah memandang Zafrul.

   "Ada, tapi dia cakap dia ok ja!" Jawab Afrisyah sambil mencebik. Zafrul terangguk perlahan.

   "Entahlah Afrisyah, abang pun tak tahu apa masalah dia! Tengoklah, nanti abang akan tanya dia! Abang akan cuba." Ucap Zafrul sambil tersenyum. Afrisyah membalas senyuman itu.

   "Betulkah abang! Terima kasih!" Ucap Afrina. Zafrul mengangguk sambil tersenyum tawar.

                                                                                            ***

   Maya duduk di sebalik dinding belakang sekolah. Jam sudah menunjukkan jam 4.00 petang tetapi dia masih belum mahu pulang. Hari mahu menunjukkan sudah mahu hujan.

   "Tak guna punya Zafrul! Dia kawan dengan aku pun bukannya sebab ikhlas! Semuanya asyik-asyik Afrina sahaja! Afrina tak guna!" Ucap Maya. Sanggup dia berkata begitu kepada rakan baiknya.

   "Aku ingat kau tu kawan baik aki tapi tipu ja semua tu! Penipu!!!" Ucap Maya lagi! Dia menangis dengan sekuat-kuat hati! Tiada sesiapa dapat mengesannya di situ kerana tempat itu agak tersorok.

   Maya engusap air matanya. Dia masih menangis! Tidak boleh menahan air mata itu dari berhenti keluar dari biji mata hijaunya itu.


   Dia melayan fikirannya. Tidak dapat menahan diri dari menangis. Dia sekadar meneruskan tangisannya itu.

   "Tak apa! Aku akan buat sampai korang semua benci sesama-sendiri. Aku akan buat Zafrul benci dekat Afrina dan kembali kepada aku! Dan begitu juga sebaliknya kepada Afrina!" Ucap Maya sambil tersenyum jahat.

   "Korang sakitkan hati aku! Dua kali ganda aku sakitkan hati korang!" Ucap Maya. Dia berdiri mahu pulang ke rumah. Dia ingin naik ke kelasnya untuk mengambil barangnya. Baru sahaja mahu naik ke tingkat seterusnya, kelihatan Afrina menuruni anak-anak tangga itu. Afrina baru balik dari mesyuarat persatuannya.

   Afrina memandang Maya. Maya memandang Afrina dengan wajah yang murung.


   "Baru nak balikkah?" Tanya Maya. Afrina terdiam sekejap. Dia menganggukkan kepalanya.

   Maya tersenyum. "Balik elok-elok." Ucap Maya lalu terus menaiki anak-anak tangga itu. Afrina memandang Maya pergi meninggalkannya. Dia mengeluh.

   "Peliklah Maya tu." Ucap Afrina sendirian.

                                                                                        ***

   Afrina sedang duduk di dalam biliknya. Dia melihat bunga yang berada di dalam pasu berisi air. Memang cantik. Afrina tersenyum memandang bunga itu. Tapi tak dapat mengubat luka di hatinya.


   Dia membuka jaket merah jambunya itu dan duduk di atas katil biliknya. Dia memandang Yera yang duduk di sebelahnya

   "Kenapa Yera? Ada masalah? Lapar? Dah makan banyak dah!" Ucap Afrina. Tiba-tiba mesej sampai di telefonnya. Afrina terkejut lalu terus mencapai telefonnya. Mesej itu dihantar oleh Cik Marie. Afrina membaca mesej itu.

Macam mana dengan keadaan Yera? Kamu jaga dia dengan baik tak? Kalau jaga dia dengan baik oklah tu! Ingat, Yera tu bukan macam burung lain! Dia tu unik! Oklah, tu sahaja! Bye! Assalamualaikum!

   Afrina tersenyum membaca mesej itu. Afrina memandang Yera. Yera mengangkat sebelah keningnya.

   "Wah, Cik Marie tanya fasal kaulah Yera! Tak happykah?" Ucap Afrina. Yera tersenyum bangga. Ada juga orang ambil tahu hal dia.

Yera ok ja! Janganlah risau! Saya akan jaga dia baik-baik! Waalaikumussalam!

   Afrina menghantar mesej itu lalu tersenyum memandang Yera.


   Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Afrina mencapai jaketnya dan memakainya. Dia membuka pintu bilik itu. Kelihatan Afrisyah sedang tersengih-sengih. Afrina membuat wajah biasa.

   "Kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk ni apahal?" Tanya Afrina. Afrisyah menggeleng.

   "Abang Zafrul nak jumpa akak!" Ucap Afrisyah. Afrina terlopong. Jantungnya berdegup kencang. Betulkah ni?

   "Seiruskah Afrisyah? Jangan buat lawak!" Ucap Afrina. Afrisyah mengangguk. Afrina meneguk air lirunya.

   "Cepat turun ya akak!" Ucap Afrisyah lalu terus berlalu dari situ. Afrina menjadi gelabah.

   "Alamak, macam mana ni? Apa yang aku nak cakap dekat dia!? Takkan nak halau! Senyumkah? Marahkah? Macam mana ni!?" Ucap Afrina Ikutkan hati, mahu sahaja dia menjerit.


   Afrina menarik nafasnya dalam-dalam. Ok, buat biasa sahaja. Afrina berjalan keluar dari biliknya sambil menuruni satu-persatu anak-anak tangga. Mana Yera? Takkan dah hilang? Afrina menuju ke ruang tamu. Zafrul tak ada pun di situ.

   "Maybe Afrisyah tipu aku. Tak ada pun Zafrul!" Ucap Afrina seorang diri.

   "Aku dekat luarlah." Ucap Zafrul. Afrina menjadi agak terkejut.


    "Dekat luar?" Ucap Afrina sendirian. Dia menuju ke luar rumah pula. Tak ada pun Zafrul di situ. Yera pun tak ada!

   "Afrisyah, kau tipu akak ya! Siaplah kau nanti!" Jerit Afrina. Dia membuat wajah bengis.

   "Sinilah!" Ucap Zafrul. Afrina menoleh.


   Kelihatan Zafrul sedang tersenyum sambil memeluk Yera. Yera seperti tidak rela dipeluk begitu dan meronta-ronta mahu melepaskan diri. Manakan tidak, muka Yera pula yang dipegangnya Macam manalah tak lemas si burung 'kurus' itu.


   "Err, aku datang sini just nak minta maaf untuk hari tu! Yalah, a.....ku kan dah ba....nyak buat sa...lah d...ekat kau! Aku ha...rap kau...maaf....kan a....ku! Ki...ta k...awan! Diamlah burung gemuk yang hodoh!" Jerit Zafrul kepada Yera. Habis percakapan dia tergagap-gagap angkara Yera.

   "Help! Help!" Jerit Yera. Tapi suaranya tenggelam timbul. Macam kena culik sahaja Yera ini.

   Afrina tersengih-sengih. "Sepatutnya aku yang kena minta maaf sebab marah kau hari tu! Tak apa! Kita kawan!" Ucap Afrina. Agak malu juga sebenarnya. Afrina rasa kasihanlah pula tengok Yera seperti mahu mati.



   "Burung kau ni co...mellah! Comel sangat!" Ucap Zafrul. Yera masih meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Afrina sekadar memerhati. Kasihan Yera!

   "Err, boleh kau tolong lepaskan Yera? Dia nak kebebasan!" Ucap Afrina. Zafrul mengangguk lalu terus melepaskan Yera. Yera mematuk kepala Zafrul. Zafrul menjerit kesakitan.

   "Sakitlah!" Ucap Zafrul sambil mengurut kepalanya. Dia mahu menangkap Yera tetapi tidak dapat kerana Yera sudah terbang tinggi. Dia duduk bertenggek di atas wayar dan menari seumpama mengejek Zafrul.



    "Sabar jalah." Ucap Afrina sambil tersengih. Afrina memandang Yera sambil menggegam penumbuknya. Kalau tak ada Zafrul sekarang ni, memang teruk dah burung ni!

   Zafrul mengangguk. Padanya, langit tidak selalu cerah. Macam kucingnya dulu, Kiko. Kiko lebih kurang seperti Yera juga. Pernah, Zafrul dibuli oleh Kiko dan Zafrul terus meletakkan Kiko di luar rumah. Kiko sekadar ketawa dan beranggapan bahawa di luar lebih bagus.

   Tetapi semasa Kiko sedang mengejek Zafrul, langit menjadi mendung lalu turunlah hujan. Baru Kiko mendiamkan dirinya. Zafrul sekadar ketawa di dalam rumah!


   "Tak apa, nanti kau akan kena juga." Ucap Zafrul sendirian.

   "So, kita kawanlah sekarang ni!" Ucap Zafrul. Afrina berkerut.

   "Er, yy...ya! Kkkk...kawan." Ucap Afrina. Dia tersenyum. Zafrul membalas senyuman itu.

                                                                                  ***

   Puan Hamidah berjalan-jalan sambil melihat pemandangan sekeliling. Dia tidak larat duduk di rumah jadi dia mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar dengan keizinan suaminya.

   Puan Hamidah melihat pemandangan sekeliling. Tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang.

   "Assalamualaikum Hamidah! Buat apa dekat sini?" Tanya Naufal. Puan Hamidah memandang Naufal lalu tersenyum.

   "Waalaikumussalam. Hai Naufal. Saja jalan-jalan. Suami saya rehat dekat rumah. Afrina keluar dengan Afrisyah dan Yera! Jadi, saya tak ada apa nak buat, saya pun keluarlah nak jalan-jalan." Ucap Puan Hamidah.

   Naufal memandang Puan Hamidah. Gadis yang diminantinya sejak kecil lagi. Sejak mereka tahun tiga. Tapi apakan daya. Perasaan itu masih disimpan dan tidak diluahkan olehnya. Padanya jodoh antara mereka memang tidak ada.

   Tetapi tidak mengpa, asalkan boleh melihat Hamidah tersenyum dengan lelaki pilihan hati, Naufal turut bahagia.


   "Tak apalah Naufal. Saya pergi dulu. Assalamualaikum! Jumpa lain kali ya Naufal." Ucap Puan Hamidah lalu terus pergi meninggalkan Naufal sendirian. Naufal tertunduk. Memang dia tidak layak untuk mama Afrina yang anggun lagi sopan-santun.

                                                                                             ***

   "Apa salah aku? Apa yang membuatkan kau tak suka pada aku!? Apa kurangnya aku!? Cakap! Cakap! Kenapa kau pergi macam tu sahaja dan tinggalkan aku sendirian!? Tak guna! Aku benci kau! Aku benci kau!" Jerit Maya di tandas sekolahnya seorang diri.

   Maya masih berdendam dengan Zafrul. Dia masih tidak berpuas hati jika Zafrul dan Afrina sudah berbaik dan tinggalkannya seperti tunggul kayu.

   "Tak apa! Aku akan buat sesuatu! Tunggulah! Korang akan rasa macam mana aku rasa!" Ucap Maya.

   Dia memandang wajahnya pada cermin.


   "Tak apa! Mula-mula korang happy! Aku bagi masa! Slow down! You all akan rasa! Baru korang tahu siapa Maya yang sebenarnya!" Ucap Maya. Tunggulah! Maya akan balas dendam!

 ~bersambung~ 

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }