Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 23}
Khamis, 27 Oktober 2016 | 4:18 PG | 0 comments
  "Kami sekarang ni dah jadi kawan balik! Dah tak nak gaduh-gaduh! Bukannya datangkan faedah apa-apa pun!" Ucap Afrina sambil berjalan bersama dengan Sakinah. Sakinah terangguk. 

   "Macam mana dengan Maya pula?" Tanya Sakinah kepada Afrina. Afrina terdiam. Tak tahu apa yang ingin dijawabkan bagi soalan Sakinah yang satu itu! Agak sukar baginya. 

   "Entahlah! Aku tak boleh nak jawab soalan tu! Tengok Maya pun macam dah benci sahaja dengan aku." Ucap Afrina sambil menundukkan wajahnya. Dia agak sedih juga kerana Maya kini seperti ingin memulaukannya. Rasa bersalah pun ada.

   Sakinah menyedari perubahan pada Maya. Sakinah memejamkan matanya. 

   "Nanti aku akan try cakap dengan Maya." Ucap Sakinah. Afrina menggelengkan kepalanya.

   "Tak payah. Tak perlu! Aku takutlah." Ucap Afrina. Sakinah memandang Afrina dengan pandangan aneh.

   "Tolonglah Sakinah! Jangan! Aku sebenarnya, tak nak libatkan kau dalam hal ni! Tolong!" Ucap Afrina. Sakinah terdiam sekejap. Akhirnya dia mengangguk perlahan. Sudah itu yang Afrina inginkan. Nak buat macam mana?

   "Sakinah! Ingat!" Ucap Afrina. Sakinah mengangguk.

   "Ok." Ucap Sakinah. Afrina tersenyum. 

                                                                            ***

   Maya berjalan seorang diri si sebuah taman. Dia memandang ke arah sebuah bangku yang menjadi tempat dia dan Zafrul melepak setiap petang. Zafrul pasti akan belanjanya aiskrim dan mengajaknya memakan di bangku itu. 

    Maya memandang bangku itu. Air matanya menitis. Maya terus mengusap air mata itu cepat-cepat. 

   "Kalau kau menangis pun, bukannya dia akan datang dan minta maaf! Tak ada gunanya kau menangis macam ni Maya! Macam orang bodoh ja menangis untuk orang yang macam dia!" Ucap Maya seorang diri. 

   "Hanya satu ja yang boleh buatkan dia sedar diri! Kau akan tahu!" Ucap Maya seorang diri lagi. Dia berjalan-jalan di situ. Melihat pemandangan yang indah. Tapi, pemandangan indah itu tidak dapat mengubat hatinya yang sedang terhiris. 

   'Siapa aku sebenarnya pada dia?' Tanya Maya di dalam hati.

                                                                               ***

   "Alah, mama janganlah risau! Afrina bukannya pergi seorang diri. Pergi dengan Afrisyah. Zaf tu budak baik! Mama pun kenal dia." Ucap Afrina sambil memperbetulkan bajunya. Puan Hamidah sekadar mendiamkan diri. 

   "Boleh tak mama?" Tanya Afrina.

   "Pergilah. Sekadar bersiar-sair dekat taman tu, apalah sangat. Siapa ikut kau sekali?" Tanya Puan Hamidah. Afrina tertunduk.

   "Err, dengan Iman sekali. Dia pun ada. Mama janganlah risau. Kami just kawan! Tak ada istilah cinta. Kami semua kan kecil lagi. Duit sekolah pun still parents bagi, ada hati nak bercinta! Memang jauh sekalilah!" Ucap Afrina. Puan Hamidah lega mendengar kata-kata anaknya itu.

   "Tahu pun. Balik awal tau." Ucap Puan Hamidah. Afrina mengangguk.



   "Cepatlah Afrisyah! Lambatlah." Jerit Afrina dari atas. 

   "Dah siap dah! Akak ni suka buat ramai." Ucap Afrisyah sambil memperbetulkan rambutnya di depan cermin ruang tamu. Puan Hamidah pelik memandang anak bongsunya itu.

   "Macam Afrisyah pula yang terlebih-lebih nak jumpa dengan kawan-kawan Afrina." Ucap Puan Hamidah. Afrisyah tersengih-sengih seperti orang tak cukup sepuluh sen. Dia menuju ke arah kakaknya. 

   "Jomlah." Ucap Afrisyah. Afrina mengangguk lalu terus keluar dari rumah itu. 

   "Saya pergi dulu ya mama! Kami akan balik awal." Ucap Afrina lalu terus memimpin adiknya untuk berjumpa dengan rakan sekelasnya, Iman dan Zafrul. 

                                                                                   ***

   "Mana Afrina ni? Kenapa lambat sangat?" Tanya Iman. Zafrul sekadar mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Iman melihat jam di tangannya. Janji pukul 3.00 petang, sekarang dah pukul 4.00 petang. Buat penat ja tunggu dia! Bukannya nak jumpa permaisuri pun. Just nak jalan-jalan dekat taman." Ucap Iman sambil memeluk tubuhnya. 

   Zafrul melihat jam di tangannya pula. Dia sekadar terdiam dan mengangkat bahunya, sekali lagi!

   "Hei! Sorry lambat!" Jerit Afrina sambil melambai-lambaikan tangannya. Iman memeluk tubuhnya dan membuat wajah merajuk.

   "Tunggu kau punya lama! Lenguh kaki berdiri sebab tunggu kau! Mangkuk betullah." Ucap Iman. Zafrul sekadar ketawa kecil. Afrina membuat wajah geram.

   "Hello, tunggu Afrisyah nilah lama sangat. Sedap mulut kau kata aku mangkuk!" Ucap Afrina. Iman sekadar mencebik. 

   "Dahlah tu. Bergaduh pula. Jomlah jalan-jalan sekeliling taman." Ucap Afrisyah. Afrina mengangguk.

   "Jomlah. By the ways, jomlah jalan-jalan dekat-dekat kedai Pak Mad tu, boleh makan dan order apa-apa." Ucap Arina. Iman menggeleng.

   "Asyik-asyik makan." Ucap Iman. Zafrul sekadar memandang mereka bertiga. Biasalah baginya. Tetapi Zafrul agak segan juga dengan Afrina. Entah mengapa.


   
   "Jomlah cepat Zaf! Buat apa tercegat macam 

dekat situ." Ucap Afrina sambil mengikut langkah Iman. Zafrul terangguk lalu mengikut langkah mereka bertiga.

   "Kita nak pergi mana ni?" Tanya Zafrul. Mereka bertiga tidak menjawab soalan Zafrul. Kadang-kala Zafrul rasa bengang juga dengan karenah mereka ini.

   "Where are we going?" Tanya Zafrul. Afrina memandang Zafrul. 

   "Just follow and shut your mouth!" Ucap Afrina. Zafrul tertunduk. Nak lawankah tak nak?

   "Please don't be like children at here!" Tambah Afrina lagi. Zafrul memejamkan matanya.

   "Kau nak aku lawankah semua kata-kata kau tadi?" Tanya Zafrul. Afrina mengangkat bahunya.

   "It's up to you! Nak lawan, lawan! Tak nak lawan! Sudah dan diam." Ucap Afrina agak marah. Zafrul membuat wajah tidak kisah!

   "Do I care?" Tanya Zafrul sambil tersenyum jahat. Afrina membuat wajah bengis. Zafrul berasa puas kerana dapat mengenakannya. Padan muka! Nak sangat suruh Zafrul lawan kata-katanya, sekarang marilah main perbahasan, pasti Afrina kalah!

   Afrina hanya buat tidak endah sahaja. Biarkan sahajalah. Mengalah sahaja. Mengalah tak bererti kita kalah!

                                                                                       ***

   "Apa? Awak dah kahwin! Biar betul! Jangan main-main Hamidah!" Ucap seorang lelaki kepada Puan Hamidah. Puan Hamidah mengangguk. 

   "Sudahlah Imran! Cukuplah! Kisah yang dulu tu, awak lupakan sahajalah! Saya dengan awak dah tak ada apa-apa sekarang ni! Saya dah kahwin! Saya dah ada dua orang anak!" Ucap Puan Hamidah agak tegas di depan rumah itu.

   "Tapi, awak dah janji." Ucap Imran, bekas teman lelaki Puan Hamidah. 

   "Sudahlah! Janji? Bila masa saya janji? Saya just cakap kalau ada jodoh ada! Kalau tak ada duduk diam dan jangan cari saya! Awak dah lupakah? Saya pernah ajak awak datang kenduri kahwin saya tapi awak tak datang pun! And then datang sini dan tuntut janji macam-macam! Apa semua ni? Saya tak fahamlah dengan awak!" Ucap Puan Hamidah garang.

   "Awak tak boleh buat macam ni! Ini tak adil! Tak adil! Tak fair sama sekali!" Ucap Imran.

   "Fair atau tak fair, saya tak kisah semua tu! Saya dah ada suami! Dengan segala hormatnya dipersilakan berambus! Kalau suami saya datang, kena awak nanti!" Ucap Puan Hamidah marah-marah. Imran menggeleng.

   "Saya tak akan pergi selagi awak  tak tunaikan janji tu! Janji yang awak akan kahwin dengan saya!" Ucap Imran. Puan Hamidah jadi berang.

   "Tolong! Tolong! Ada orang nak kacau saya! Tolong!" Jerit Puan Hamidah dengan sekuat hati. Imran menjadi agak gelabah.

   "Tak apa kau Hamidah! Kau akan tahu padahnya kerana tidak menunaikan janji kau! Siap kau! Aku akan balas dendan! Eh, bukan dendan! Dendam!!!" Ucap Imran lalu terus pergi dari situ. Puan Hamidah memeluk tubuhnya. 

   "Dia ingat aku takut? Tapi, bila masa aku janji dengan dia?" Tanya Puan Hamidah sendirian. Dia agak buntu. 

                                                                           ***

   "Afrisyah, afasal tengok mama macam ada problem ja!" Tanya Afrina yang sedang membaca bukunya di sebalik langsir pintu ke ruang tamu. Afrisyah melihat mamanya yang sedang termenung seorang diri dalam gelap.

   "Entahlah! Nak tanyakah?" Tanya Afrisyah kepada Afrina. Afrina terdiam sekejap. 

   "Ok juga! Jomlah tanya." Ucap Afrina lalu terus menuju ke ruang tamu beserta dengan Afrisyah.

   "Err, mama." Afrisyah cuba menegur. 

   "Lapar pergilah makan dekat dapur tu! Mama ada buatkan mihun tomyam." Ucap Puan Hamidah. Afrina menggeleng.

   "Kenapa mama sedih sahaja ni? Ada masalah? Cuba cerita sikit apa masalahnya?" Tanya Afrina. Puan Hamidah menggeleng. Mereka berdua merenung Puan Hamidah lama-lama menanti jawapan. 


   "Entahlah! Mama pun tak tahu apa yang sedang mama fikirkan sekarang ini! Kau berdua rasa macam mana?" Tanya Puan Hamidah. Mereka berdua memandang sesama sendiri lalu menggeleng tanda tidak tahu.

   "Tak payah tahulah! Afrina tak akan faham. Afrisyah lagilah." Ucap Puan Hamidah pasrah.

   "Kita kena tanya abah! Maybe abah tahu." Bisik Afrina kepada adiknya. Afrisyah mengangguk.

   "Kalau nak secret tak apa! Kami tak kisah! Bye mama!" Ucap Afrisyah lalu menarik lengan kakaknya pergi dari situ. Puan Hamidah tertunduk. Melihat anak-anak gadisnya berlalu begitu sahaja.

 ~Bersambung~


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard