Jumaat, 28 Oktober 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 24}

    "Abah kena beritahu dekat kami kenapa mama macam tu! Tolonglah abah, tak kasihankah dekat mama tu?" Tanya Afrina seperti memujuk abahnya, Encik Airil.

   "Mama kamu ok! Jangan risau. Oklah, abah nak pergi kerja ni! Take care!" Ucap Encik Airil sambil mengusap kepala Afrisyah. Dia terus pergi begitu sahaja. Afrina merengus geram.

   "Lepas ni mama nak pergi pasarkan? Apakata kita senyap-senyap keluar dan ikut mama? Boleh tahu apa yang mama buat." Ucap Afrina. Afrisyah terdiam lalu menganggukkan kepalanya.

   "Jangan risau. Ok ja." Ucap Afrina sambil menepuk tangannya sekali. Afrisyah seperti tidak mahu ikut sahaja. Mukanya agak terkejut juga mendengar ideal kakaknya itu. Seperti seorang detektif.


    "Ok. Jomlah." Ucap Afrisyah.

                                                                                    ***

   Puan Hamidah berjalan di pasar itu. Kelihatan Puan Hamidah sedang memilih ikan untuk masakannya pada malam ini, gulai ikan dengan telur dadar. Afrina dan Afrisyah bersembunyi di sebalik dinding.

   "Tengok, mama sedang pilih ikan. Sure nak masak gulai ikan favorite Afrisyah!" Ucap Afrisyah sambil tersenyum. Memang gulai ikannya mamanyalah yang paling sedap.

   Afrina merenung adiknya tajam. Afrisyah tersengih lalu menumpukan perhatiaannya semula. Afrina menggeleng.

   "Tengok tu, ada seorang lelaki yang kacak sedang berjalan mahu menuju ke tempat yang sama." Ucap Afrina. Afrisyah memandang lelaki itu.

   "So, what?" Tanya Afrisyah. Afrina terdiam.

   "Tengok tu, dia tegur mamalah." Ucap Afrina. Afrisyah memandang. Memang betul cakap kakaknya Tetapi mama mereka kelihatan marah dan tidak selesa. Lelaki itu seakan-akan merayu.

    Mereka dua beradik menumpukan perhatian. Tiba-tiba Puan Hamidah terus berlalu dari situ tanpa membeli apa-apa. Afrina dan Afrisyah terus berlalu mahu mengikut langkah Puan Hamidah.

   "Alah, mama tak beli ikankah? Habis tu, kita nak makan apa hari ni?" Tanya Afrisyah. Afrina tidak menjawab soalan itu.

   "Tengok mama macam nak balik ja. Jom kita balik cepat sebelum kena penampar percuma dari mama. Cepat." Ucap Afrina lalu terus menarik lengan adiknya untuk pulang. Sekali-sekala dia menoleh ke belakang. Takut-takut lelaki tadi ada mengekori mama mereka.

                                                                                       ***

   Pada pagi tepat jam 7.00, Afrina terus keluar dari rumah untuk ke sekolah. Afrina memeluk Yera keluar dari rumah itu. Bukannya mahu bawa Yera pun, sekadar mahu menemaninya ke sekolah. Sesampainya di kaki lima sekolah, Afrina akan melepaskan Yera.

   "Afrina!" Tiba-tiba satu suara menegur. Afrina menoleh. Kelihatan Zafrul sedang berlari mahu menuju ke arahnya. Afrina tersenyum.

   "Hai Afrina." Ucap Zafrul. Afrina memandang kamera pada tangan Zafrul.

   "Oh, hari ni ada kelas photography di tepi kolam renang sekolahkan? Aku pun datang juga. Teman Sakinah." Ucap Afrina. Zafrul mengangguk.

   "Boleh tolong tak?" Tanya Zafrul. Afrina mengangguk.

   "Tolong apa?" Tanya Afrina.

   "Tolong ambil rakaman aku sekejap. Aku akan lari dari hujung sana tu dan sampai dekat sini, aku akan buat gaya yang macam ni, dan cakap, hello semua! Nama saya Zafrul, jangan lupa untuk kelas photography pada petang ini tepat jam 4.00 petang hingga 7.30 malam. Bimbingan Puan Dahlia dan Encik Naim!" Terang Zafrul.

   "Untuk apa?" Tanya Afrina. Zafrul mengeluh sekejap.

   "Entahlah, Cikgu Naim suruh buat macam tu. Kenalah ikut." Ucap Zafrul. Afrina mengangguk.

   "Tolong pegangkan Yera." Ucap Afrina sambil menghulurkan Yera kepada Zafrul. Zafrul berkerut.

   "Tapi..." Zafrul seperti mahu berkata sesuatu.

   "Alah, lari ja dengan Yera, confirm dapat markah bonus." Ucap Afrina seperti mahu memulakan rakaman. Zafrul mengangguk perlahan.

   Dia pun berlari dari tempat yang telah dirancang dan berkata seperti tadi. Afrina terus memberhentikan rakaman sebaik Zafrul selesai.

   "Macam mana?" Tanya Zafrul sambil melihat rakaman yang berada di tangan Afrina.


  "Cantiklah! Thanks Afrina. Nah Yera. Bye!" Ucap Zafrul lalu terus berlalu pergi. Afrina memandang Zafrul pergi dan tersenyum seorang diri.

                                                                              ***

   Sesampainya Afrina di depan sekolah, dia bertembung dengan Maya. Kelihatan Maya seperti benci sahaja melihat wajahnya. Ketika itu Maya mahu membeli sesuatu di luar sekolah. Maya memandangnya dengan pandangan sayu.


    Afrina sekadar memandang Maya. Dia tersenyum tawar.

   "Hai Maya." Tegur Afrina perlahan. Maya tidak membalas dan berlalu begitu sahaja. Afrina menjadi agak hairan juga dengan sifat Maya pada pagi itu. Afrina melihat Maya pergi. Afrina tertunduk.

Pada kelas photography...

   Afrina sekadar memerhati semua murid terlibat sedang menangkap gambar di kolam renang sekolah. Afrina tidak terlibat dan sekadar menemani rakan karibnya Sakinah. Lagipun Afrina bosan duduk di rumah. Afrisyah pula tinggal bersama mak ciknya pada hari ini.

   "Baiklah, semua murid boleh balik. Kita sambung lain hari." Ucap Cikgu Naim. Semua murid akur dan terus berehat. Sakinah menuju ke arah Afrina.

   "Sekejap ya Afrina, aku nak pergi jumpa Cikgu Dahlia. Tunggu ya." Ucap Sakinah lalu terus berlalu. Afrina mengangguk perlahan.

   "Afrina." Tegur Zafrul. Afrina memandang Zafrul lalu tersenyum.

   "Tunggu Sakinah kan?" Tanya Zafrul. Afrina mengangguk.

   "Duduklah dulu, aku pun sedang tunggu Alfi ni. Dia nak jumpa Cikgu Dahlia." Ucap Zafrul. Afrina mengangguk perlahan.

   "Kau tak balik dengan Mayakah hari ni?" Tanya Afrina. Zafrul menjadi agak terkejut juga.

   "Apa yang kau cakapkan ni?" Tanya Zafrul.

    "Tak payah nak berlakonlah Zaf. Semua geng aku dah tahulah. Fakrul pun tahu hal ni." Ucap Afrina. Zafrul memandang Afrina. Afrina membuat wajah biasa sahaja.


   "Tetapi aku peliklah, kenapa tiba-tiba sahaja kau dengan Maya tak bercakap. Macam bergaduh ja. Tak pun merajuk." Ucap Afrina lagi. Zafrul tertunduk. Malulah pula.

   "Kami rapat sangatkah?" Tanya Zafrul. Afrina memandang Zafrul. Dia mengangguk perlahan.

   "Afrina!" Jerit Sakinah. Afrina memandang Sakinah sedang melambai-lambaikan tangannya.

   "Oklah Zaf. Bye! Jumpa lain kali." Ucap Afrina lalu terus mencapai beg sekolahnya di sebuah bangku dan terus mengikut Sakinah pulang. Zafrul tertunduk. Kelihatan Alfi sedang memandang Zafrul pelik.

                                                                             ***

   Afrina berjalan pulang dengan Sakinah. Tibanya mereka di sebuah simpang, Afrina dan Sakinah berpisah. Afrina melihat jam di tangannya, sudah pukul 7.40 malam. Hari hampir gelap. Afrina berjalan dengan pantas mahu pulang.

   "Zafrul tu buat-buat tak tahu pula. Macam entah apa-apa." Ucap Afrina sendirian


     "Tapi kenapa aku cakap macam tu dekat dia? Pasti nanti dia ingat aku jealous pula! Padahal tak pun! Tapi, kalau ya pun, apa salahnya? Eh, kenapa dengan aku ni? Gilakah?" Tanya Afrina sendirian. Tiba-tiba dia terlihat Fakrul sedang berjalan seorang diri sambil bermain dengan telefonnya.

   Afrina berjalan menuju ke arah Fakrul.

   "Fakrul!" Tegur Afrina. Fakrul memandang Afrina. Dia jadi agak tergamam dan malu. Afrina tegur akulah!

   "Afrina." Ucap Fakrul. Afrina tersenyum.

   "Aku sebenarnya nak minta maaf. Aku tahu, aku ni memang dah melampau! Asyik nak berego sahaja." Ucap Afrina. Fakrul tersenyum.

   "Tak apa, aku dah lama maafkan kau. Aku pun nak minta maaf, cakap ikut sedap mulut ja." Ucap Fakrul. Afrina menggeleng.

   "Tak apa. Jadi, kita dah tak berdendam lagilah kan?" Tanya Afrina. Fakrul berkerut lalu menggeleng.

   "Tak! Mana ada aku berdendam! Kau berdendamkah?" Tanya Fakrul. Afrina menggeleng.

   "Oklah, aku balik dulu! Dah lewat ni! Bye!" Ucap Afrina lalu terus berlalu pergi. Fakrul mengangguk. Dia tersenyum memandang Afrina pergi.

                                                                          ***

   "Tolong panggilkan kakak Afrisyah. Kata abang nak cakap something yang penting." Ucap Zafrul melalui cawan ala-ala orang dahulu itu.

   Afrisyah tersenyum sambil memegang cawan plastik kepunyaan kakaknya itu.


   "Oklah! Afrisyah panggil. Tunggu ya!" Ucap Afrisyah lalu terus berlalu. Zafrul mengangguk sambil tersenyum.

   Afrina muncul. Dia melihat Zafrul. Afrina memegang cawan plastik itu.

   "Ya, kenapa ni?" Tanya Afrina. Zafrul tersenyum.

   "Kenapa kau tanya fasal Maya tadi dekat aku? Maya ada cakap apa-apakah?" Tanya Zafrul. Afrina menggelengkan kepalanya.

   "Taklah. Saja-saja tanya! Salah?" Ucap Afrina. Zafrul tersenyum.

   "Salahlah, macam jealous sahaja." Ucap Zafrul mengusik.

   "Mana ada aku jealous! Aku tak jealouslah!" Afrina sedikit menjerit lalu terus ketawa. Zafrul turur ketawa.

   "Tak ada apa-apa pun sebenarnya. Aku memang suka ambil tahu hal kawan-kawan aku." Ucap Afrina. Zafrul terangguk.

   "Oklah. Melawak ja." Ucap Zafrul. Afrina mengangguk.

   "Dahlah tu, aku nak tolong mama aku! Jumpa esok dekat sekolah! Bye" Ucap Afrina lalu tersenyum.

   "Oklah bye!" Ucap Zafrul dan tersenyum juga.


   Afrisyah sekadar menjadi pemerhati. Kakaknya ini ada hati dengan si Zafrulkah? Tak mungkin kerana Afrina dahulu selalu mengutuk Zafrul. Suka sebagai kawan sahaja. Mungkin. Afrina memandang Afrisyah.

   "Akak dengan abang Zafrul dah berbaik ya." Ucap Afrisyah. Afrina mengangguk.

   "Gaduh lama-lama untuk apa! Putuskan sillaturahim, Allah tak suka!" Ucap Afrina lalu terus pergi ke dapur bagi membantu mamanya.

   Afrisyah tersenyum.

 ~Bersambung~

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }