Sabtu, 29 Oktober 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 25}

   "Ish, apa ni!? Sudahlah Imran! Kau dah melampau tau! Kalau aku panggil polis, kau pula yang susah!" Marah Puan Hamidah kepada Imran yang memegang lengannya. Tidak manislah kerana dia sudah mempunyai suami dan dua orang anak perempuan.

   Imran menggeleng. "Pergilah panggil! Kau ingat aku takut? Kau dah janji lepas tu tak nak tepati pula! Memang dasar perempuan tak sedar diri! Tak kenangkan jasa! Bodoh!" Marah Imran. Puan Hamidah terus menampar pipi Imran dengan sekuat hatinya.

   Puan Hamidh terkedu. Dia hanya mampu berdiri dan melihat telapak tangannya. Tiba-tiba, kisah lama telah muncul di genap fikirannya.

Kisah Puan Hamidah ketika berusia 19 tahun...

   Hamidah kelihatan sedang menangis. Dia tidak sanggup. Dia tidak mampu mahu melepaskan orang yang amat disukanya itu pergi.

   "Imran, betulkah awak nak pergi ni? Awak betulkah tak nak belajar dekat sini ja? Kenapa perlu ke sana? Kenapa perlu susahkan diri?" Tanya Hamidah sambil mengusap air matanya sedikit. Imran sekadar tersenyum tawar memandang Hamidah.

   Imran mengangguk perlahan sambil mengusap sedikit air matanya yang mula menitis keluar.

   "Awak janji dengan saya yang awak akan tetap tunggu saya! Tak kiralah lama macam mana pun, tetap tunggu saya! Jangan pergi cari lelaki lain! Tunggu saya!" Ucap Imran sambil tersenyum ke arah Hamidah, gadis yang amat dicintainya.

   "Insya-Allah, kalau ada jodoh, adalah!" Ucap Hamidah sambil membalas senyuman itu.

   "Saya pun akan setia dengan awak! Jangan risau! Saya tak akan pandang perempuan lain lagi! Kita kan kawan rapat sejak kecil! Tak mungkin saya lupakan awak!" Ucap Imran sambil tersenyum.


   Hamidah mengangguk perlahan. "Jaga diri awak ya Imran! Jangan lupakan saya!" Ucap Hamidah. Imran mengangguk lalu terus pergi meninggalkan Hamidah. Hamidah memandang Imran pergi. Dia tersenyum sendiri.

   "Biarlah dia pergi Hamidah. Nak capai cita-cita dia. Kau kena beri sokongan." Ucap ibunya. Hamidah mengangguk.


   Dia akan tetap tunggu dan doakan semoga Imran berjaya dalam kehidupannya.

   Lamunan Hamidah terhenti. Kelihatan Imran sedang memandangnya dengan pandangan yang geram.

   "Kau ni hanya menipu! Memang aku tak boleh percayakan kau! Macam orang bodoh aku setia, last-last balik sini tengok kau dah kahwin! Siapa suami kau?" Marah Imran. Hamidah sekadar mendiamkan dirinya sahaja.

   "Kau suruh aku tunggu kau! Suruh aku setia! Tapi kau sendiri yang tak sedar bahwa kau bukannya orang yang macam tu! Kau lupakan aku dan kahwin dengan lelaki lain. Kau ingat aku ni apa? Sampah?" Tanya Imran. Suaranya agak sebab sedikit.

   Hamidah menundukkan wajahnya. Dia tidak tahu apa yang mahu dicakapkan lagi, salah dia juga kalau nak diingat kembali.

   "Aku minta maaf! Tapi aku tak janji pun! Aku masih ingatlah kata-kata aku! Insya-Allah kalau still ada jodoh antara kita! Faham tak? Kau jangan nak memutar-belitkan cerita pula! Sudahlah!" Ucap Puan Hamidah sambil menolak Imran. Imran masih dapat mengawal keseimbangan badannya.

   "Ok, tak apa! Kau ingat, aku tak akan biarkan kau senang-senang macam tu ja! Janji harus ditepati. Ingat, nasib kau tak akan selamat!" Ucap Imran lalu terus berlalu pergi. Puan Hamidah memandang Imran pergi. Apa lagi dengan Imran ini???

                                                                                  ***

   "Baguslah kalau kau dah ok dengan Afrina. Aku yang dengar pun rasa lega! Rasa tenteram. Alhamdulillah!" Ucap Sakinah sambil tersenyum. Fakrul mengangguk.

   "Tulah, kalau gaduh lama-lama pun, apa gunanya? Baik berbaik!" Ucap Fakrul. Sakinah mengangguk. Dia menghirup air sirapnya itu. Fakrul sekadar memerhati.

   "Err, kenapa?" Tanya Sakinah. Fakrul menggeleng laju.

   "Nothing. Maya dengan Zaf macam mana ceritanya?" Tiba-tiba Fakrul mengalih tajuk baru. Sakinah berkerut.

   "Yalah, lupa pula tentang Zaf dengan Maya. Aku pun dah tak tahu apa kisah dengan diorang sekarang ni. Tapikan, aku tengok Afrina dengan Maya tu macam gaduh ja, macam ada problem sesama diorang! Tapi, aku tak tahu apa dia!" Ucap Sakinah. Fakrul terangguk.

   "Kau tak tanya Afrina? Yalah, kau kan kawan baik dia, tak akanlah tak nak ambil tahu." Ucap Fakrul sambil menikmati biskutnya.

   Sakinah menarik nafasnya dalam-dalam. "Aku dah tanyalah. Dia kata dia tak ada problem. Nak tanya banyak kali, nanti rimas pula." Ucap Sakinah selamba sahaja. Fakrul terdiam.

   "Kau trylah pula tanya. Kan kau dah berbaik dengan dia." Ucap Sakinah. Fakrul menggeleng.

   "Eh, tak naklah! Baru sahaja berbaik, nak sibuk hal orang! Malulah! Tengoklah, lama-lama nanti aku try tanya." Ucap Fakrul kepada Sakinah. Sakinah tertunduk.

                                                                                   ***

   "Abah, kenapa sekarang ni, Afrina tengok mama macam murung ja? Abah tak tanyakah?" Tanya Afrina ketika dia sedang sibuk mencuci rumah.

   "Abah tak akanlah tak nak ambil tahu hal isteri sendiri. Kah, mama dengan abah gaduh?" Tanya Afrina lagi. Abahnya, Encik Airil tidak menjawab soalan anaknya itu.

   "Abah. Abah." Panggil Afrina. Afrina menoleh. Kelhatan abahnya sedang leka menulis sesuatu di atas sekeping kertas. Afrina mengejutkan abahnya.

   "Abah! Afrina panggil tapi abah sedang sibuk menulis! Kenapa ni? Nak buat apa?" Tanya Afrina sambil duduk di sebelah abahnya. Encik Airil memandang Afrina lalu terus sambung menulis semula.

   "Tulis apa tu?" Tanya Afrina. Encik Airil menggeleng.

   "Kerja abah! Tanya apa tadi?" Jawab abahnya. Afrina tertunduk sekejap.

   "Kenapa dengan mama? Asyik termenung ja! Ada masalahkah? Mama dengan abah gaduh? Kenapa ni?" Tanya Afrina. Encik Airil berkerut.

   "Gaduh? Sejak bila kami gaduh? Jangan mereka cerita pula." Ucap Encik Airil agak hairan. Afrina menggeleng.

   "Taklah mama macam sedih ja! Kenapa ya!?" Tanya Afrina. Encik Airil terus menuju ke biliknya. Dia mengetuk pintu bilik itu apabila diketahui bahawa pintu bilik itu dikunci.

   "Hamidah! Buka pintu ni." Encik Airil mengetuk-ngetuk pintu bilik itu. Afrina memandang tindakan abahnya itu. Prihatin juga abah.

   "Ya, kenapa ni abang?" Tanya Puan Hamidah agak lesu.

   "Tolong ambilkan pen dalam almari tu, dakwat pen abang ni hampir habis." Ucap Encik Airil. Afrina menepuk dahinya. Ingatkah prihatin sangat. Tak rupanya.

                                                                              ***

   "Tak tahulah tapi sedih. Kadang-kala aku nak juga tahu apa masalah dia?" Ucap Afrina kepada Zafrul ketika mereka sedang menikmati kuih niochi di kedai Pak Mad. Zafrul terangguk.

   "Aku rasa, lebih elok kalau kau tanya ja terus. Kan bagus! Tak payah takut-takut! Dia kan mak kau! Buat apa nak takut! Bonus, mak kau lebih happy sebab kau nak ambil tahu hal dia." Ucap Zafrul sambil mengunyah niochi itu dengan perlahan. Afrina terangguk.

   "Betul juga apa yang kau cakap tu! Tapi aku dah tanya." Ucap Afrina. Zafrul memandangnya.

   "Yakah? Macam tak tanya ja." Ucap Zafrul. Afrina mendengus geram.

   "Ish, betullah! Tak percaya tanya adik aku! Dia ada sekali masa aku tanya tu!" Ucap Afrina sambil menikamti secawan teh panas yang telah dipesan. Dia tertunduk lalu mencapai lagi sebiji kuih niochi dan menikmatinya.

   "Alah, setakat tanya sekali. Siapa nak bagi tahu?" Ucap Zafrul. Afrina menyampah. Tapi, betul juga kata dia itu.

   "Yalah tu." Ucap Afrina. Jam menunjukkan jam 7.30 malam. Dia harus pulang segera.

   "Pak Mad, nah duitnya. terima kasih." Ucap Afrina. Zafrul makan dengan cepat selepas melihat Afrina bergegas mahu pulang.

   "Pak Mad, nah duit. Terima kasih." Zafrul terus keluar dari kedai itu sambil mengekori Afrina. Afrina sekadar buat tidak layan.

   "Tunggulah aku lain kali. Datang sama-sama, balik sama-sama!" Ucap Zafrul agak marah. Afrina memeluk tubuhnya.

   "Datang sama-sama? Bila? Aku datang dulu dan lepas beberapa minit baru kau datang. Dah alang-alang jumpa tu  sembang jalah." Ucap Afrina. Zafrul tersengih.

   "Alah, apalah salahnya kalau tunggu? Takkan tak boleh?" Zafrul tersengih. Afrina menggeleng sambil tersenyum lucu.

   "Akak! Baguslah akak dah nak balik! Mama, mama hilang!" Tiba-tiba Afrisyah muncul dan berkata begitu.

   "Apa?" Tanya Afrina.



   "Jom ikut Afrisyah." Ucap Afrisyah dan berpatah balik kembali. Afrina tanpa banyak songeh terus berlari sama meninggalkan Zafrul seorang diri.

                                                                               ***

   "Sabar jalah Airil. Hang tak payah nak risau. Bagi ja tugas ni, polis yang uruskan!" Pujuk Pak Tih dengan loghat utara. Encik Airil menggeleng lalu terus memeluk Pak Tih. Pak Tih sekadar mengusap kepala Encik Airil.

   Afrina dan Afrisyah turut menangis.

  "Tok tih. Kalau mama dah hilang, tak kan nak suruh sabar lagi? Tak kan nak suruh rilek lagi? Memang tak sama sekali!" Ucap Afrina sambil mengusap air matanya yang semakin deras. Afrisyah menangis begitu esak. Sampaikan Mak Onah dan Naufal harus memujuk.

   Afrina menangis, menangis dan menangis. Tiba-tiba satu suara menegur.

   "Sabar saja. Kan sabar tu separuh dari iman." Ucap suara itu. Afrina memandang. Kelihatan Zafrul sedang tersenyum.

   Afrina menggelengkan kepalanya. "Senanglah kau cakap bukan kau yang kena! memang tak ada sesiapa boleh faham perasaan kami tiga orang! Sabar ja yang korang semua mampu cakap!" Ucap Afrina. Zafrul tertunduk.

   "Afrina, kalau hang sabar insya-Allah Allah boleh permudahkan tugas ni. Doa dekat Allah! Inikan ujian!" Ucap Mak Onah pula, isteri kepada Pak Tih.

   "Betul tu. Aku faham perasaan kau, anak mana yang tak risau kalau mak dia hilangkan?" Ucap Zafrul. Afrina memandang Zafrul.


   "Sekarang ni, kau cuba sabar dan doa banyak-banyak. Tugas ni, biar polis yang settlekan. Kita just tunggu." Ucap Zafrul. Afrina masih memandang Zafrul.

   "Err, kenapa pandang aku macam tu?" Tanya Zafrul. Dia mula rasa segan dan tidak selesa.

   "Aku nak cari mama aku." Ucap Afrina. Zafrul terbeliak biji matanya.

   "What? Kau gila!? Tak payah! Tak payah nak buat pandailah Afrina. Serahkan sahaja tugas ni kepada polis. Kau just duduk dan menangis." Ucap Zafrul. Afrina menendang kaki Zafrul perlahan. Zafrul mengadu kesakitan. Walaupun perlahan tapi sakt juga.

   "Aku tak kira. Aku nak cari mama aku juga! Aku tahu siapa yang culik mama aku! Aku tahu rumah dia dekat mana sebab aku dengan Afrisyah pernah mengintip. Kan Afrisyah. Ingat lagi tak dengan lelaki yang kita jumpa tegur mama dekat pasar tu?" Tanya Afrina. Afrisyah mengangguk lambat.

  "Dan aku rasa, dialah!" Ucap Afrina. Zafrul menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   "Siapa ni?" Tanya Zafrul. Encik Airil memandang Afrina.

   "Betulkah ni Afrina?" Tanya Encik Airil. Afrina mengangguk.

  "Siapa lelaki tu? Macam mana ceritanya?" Tanya Encik Airil. Afrina pun bercerita tentang Imran. Encik Airil kini memahaminya.

   "Tak salah jugakan!" Ucap Encik Airil.

   Afrina mengangguk sambil menepuk bahu Afrisyah.

   "Hampa tiga orang jangan buat kerja gila. Bagi polis ja yang settlekan. Depa lebih tau dari hampa tau!" Ucap Pak tih. Encik Airil menggeleng.

   "Kami tahulah Pak tih. Tapi apa salahnya kalau siasat?" Ucap Encik Airil. Pak tih menepuk dahinya.

   "Kalau jadi apa-apa macam mana?" Tanya Zafrul pula. Afrina menggeleng.

   "It's oklah! Tak ada apa-apa! Doakan kami semoga berjaya. Bye!" Ucap Afrina lau mereka bertiga pun memulakan perjalanan.

   Apalah yang nak terjadi? Lihat sahajalah!

 ~bersambung~

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }