Sabtu, 5 November 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 26}

   "Lepaskan aku!" Ucap suara Puan Hamidah tenggelam timbul kerana telah menutup mulutnya menggunakan kain. Lelaki itu sekadar memandang Puan Hamidah sambil mengacukan pistol kepada Puan Hamidah. Puan Hamidah menjadi takut apabila terpandang pistol itu.

   "Kalau kau bising lagi, aku akan bunuh kau!" Ucap lelaki itu keras dalam nada mengunggut.

   Puan Hamidah tidak berani mahu melawan. Dia tidak berdaya dengan keadaannya yang diikat begitu! Dia sekadar mampu menitiskan air matanya. Dia teringatkan anak-anaknya dan juga suami yang amat dicintainya, Encik Airil.

   'Tolong.' Desis hati kecil Puan Hamidah. Lelaki itu mencapai telefonnya lalu memandang ke arah Puan Hamidah.

   "Hei, bagi dekat aku nombor phone suami yang paling kau sayang tu kejap!" Ucap lelaki itu. Puan Hamidah menggeleng. Lelaki itu membuka kain yang menutup mulut Puan Hamidah.

   "Jangan harap! Tak guna!" Jerit Puan Hamidah. Lelaki itu menampar pipi Puan Hamidah. Puan Hamidah mengeluarkan air mata kekesalan.

   "Kau bagi sahaja! Jangan melawan!" Ucap lelaki itu. Puan Hamidah mengangguk lalu memberikan nombor telefon suaminya yang tersayang.

   "Bagus! Kan senang!" Ucap lelaki itu sambil menghalakan telefon ke telinganya.

Encik Airil: Hello, siapa ni?
Imran: Tak payah nak hello sangatlah! Nyawa bini kau sekarang ni ada kat tangan aku!
Encik Airil: Apa? Kau siapa? Kau lepaskan bini aku sekarang!
Imran: Bodoh, siapa yang nak lepaskan orang yang dia culik senang-senang macam tu ja! Pakai otaklah sikit!
Encik Airil: Aku tak kisah apa yang kau nak cakap! Apa yang kau nak dari bini aku!? Kau siapa?
Imran: Tak ada apa-apa!
Encik Airil: Mana Hamidah! Biar aku nak cakap dia kejap!
Imran: Untuk apa?
Encik Airil: Lepaskan rindu!
Imran: Oh, oklah!

   "Sekarang ni aku nak kau cakap dengan suami yang paling kau sayang ni!" Ucap Imran sambil menunjukkan telefonnya di hadapan Puan Hamidah.

   "Abang! Tolong saya abang! Imran culik saya! Jalannya dekat 234 Pekan Mochi, Lorong Kebun Bunga 2145 berdekatan sahaja dengan rumah Pak Ibrahim!" Ucap Puan Hamidah dalam nada merayu!

   "Tak guna! Dengan alamat sekali kau bagi!" Ucap Imran lalu terus menutup mulut Puan Hamidah dengan kain semula. Puan Hamidah menjadi amat gelabah dan ketakutan.

Encik Airil: Tunggu abang Hamidah!
Imran: Cukup! Alamat yang dia bagi tu salah! Rumah aku dekat...
Encik Airil: Cukup! Aku tak percayakan kau! Aku akan datang sekarang juga!
Imran: Kalau kau panggil polis, say goodbye for your wife! Ingat!
Encik Airil: Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

   Imran memutuskan panggilan. Dia melemparkan telefon itu di atas mejanya. Dia memandang Puan Hamidah yang tidak berhenti menangis.

   "Ingat, umur kau tak  panjang!" Ucap Imran.

                                                                         ***

   "Macam mana sekarang ni abah? Mama pasti dalam bahaya!" Ucap Afrina sambil mengusap air matanya yang berguguran. Encik Airil menggelengkan kepalanya sambil menangis teresak-esak di sebuah bangku kosong.

   Afrisyah sekadar memandang Encik Airil yang tak habis-habis menangis.

   "Sudahlah tu abah! Kita kena kuat!" Ucap Afrina dengan nada yang agak tegas. Encik Airil memandang Afrina. Terkejut juga dengan kata-kata anaknya itu tadi.

   "Sudahlah abah! Jom, kita pergi cari mama! Abah tahukan alamatnya dekat mana?" Ucap Afrina sambil berjalan ke hadapan. Afrisyah memapah abahnya lalu terus mengikuti langkah kakaknya.

   "Afrina, bahaya! Biar abah seorang sahaja yang pergi!" Ucap Encik Airil. Afrina menggeleng.

   "Tak abah, demi mama, Afrina sanggup lakukan apa sahaja! Jom, jangan buang masa!" Ucap Afrina. Encik Airil mengangguk. Afrina memang berani menghadapi cabaran!

                                                                              ***

   Mereka bertiga berselindung di sebalik rumah yang tesergam di hadapan mereka itu. Afrina mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas rumah itu.

   "Macam mana Afrina? Dah boleh masukkah?" Tanya Encik Airil. Afrina mengangguk.

   "Boleh, tapi kena jalan slow!" Ucap Afrina. Mereka bertiga memasuki ke halaman rumah itu. Memang besar. Afrina menuju ke muka pintu. Pintu berkunci. Macam mana ni?

   "Abah tahu apa yang nak dibuat!" Ucap Encik Airil sambil mengeluarkan gugusn kunci dari poketnya. Dia mencapai satu kunci lalu terus merongkah pintu itu. Dengan keizinan Allah SWT, pintu itu berjaya dibuka.

   "Alhamdulillah! Jom masuk! Jangan sampai bagi diorang tahu kehadiran kita dekat sini!" Ucap Encik Airil. Afrina menggengam tangan adiknya sambil memasuki ke dalam rumah itu.

   "Besarnya rumah ni!" Ucap Afrisyah. Afrina menutup mulut adiknya itu.

   "Diam! Nanti diorang tahu." Ucap Afrina dalam nada berbisik tetapi tegas. Encik Airil sekadar tersenyum memandang karenah anaknya itu. Dah macam detektiflah pula.

   Mereka berjalan memasuki ke dalam satu kawasan yang di situ terdapat banyak pintu bilik. Rumah itu memang mewah dan besar. Mungkin Imran ini orang kaya.

   "Selamat datang." Ucap seorang lelaki yang sedang memeluk tubuhnya sambil tersenyum.

   Mereka bertiga agak terkejut lalu memandang ke arah lelaki yang sedang melambungkan duit syilingnya. Dia tersenyum jahat. Memang begitu bergaya dengan jaket hitam yang dipakainya. Jauh berbeza dari Encik Airil yang biasa-biasa sahaja.

   "Jadi, inilah dia! Anak-anak kepada gadis yang aku sayang tu. Nama aku Imran! Tahniah kerana berani datang ke sini." Ucap Imran sambil menghulurkan tangannya kepada Afrina. Afrina tidak menyambut salam itu.

   "Aku tak nak tahu pun siapa nama kau! Yang aku nak hanyalah mama aku! Bagi balik mama aku sebelum kau, aku ajar!" Marah Afrina sambil memeluk tubuhnya. Biarlah lagi tua darinya pun, kalau dah perangai sudah macam tu sampai menculik mamanya, tak payah nak baik sangat, bagi Afrina.

   "Wah, macam nikah cara Hamidah menjaga anaknya? Tidak sopan dan kurang ajar!" Ucap Imran sambil tersenyum sinis ke arah Afrina. Afrina menggeleng.

   "Hello, kalau dah perangai macam ni, still nak cakap baik-baik? Tak payahlah!" Ucap Afrina. Imran ketawa kecil sambil mengangguk.

   "Betul juga. Kalau aku jadi kau pun, aku akan lakukan perkara yang sama. Kau ni berani ya! Oh, wow tengoklah siapa lagi ni! Seorang tukan kebun yang ingin membantu juga! Mana majikan kau? Suami kepada Puan Hamidah?" Tanya Imran.

   Encik Airil menjadi agak marah. "Hei, siapa yang kau maksudkan tukang kebun tu? Akulah suami Puan Hamidah! Airil!" Ucap Encik Airil agak marah. Afrina sekadar memejamkan matanya manakala Afrisyah sekadar memerhati situasi yang bakal berlaku.


   Imran terlopong. Dia ketawa kecil. "Oh, maaf! Jadi inilah dia, suami yang amat disayangi Hamidah! Muka macam ni dia nak? Taklah sekacak mana! Hamidah tu entah apa-apa! Aku yang kacak ni dia tak nak tunggu, sanggup berkahwin dengan kau!" Ucap Imran.

   "Kalau dah jodoh, tak ke mana kata orang tua-tua! Nak lari ke mana pun, jodoh kita tetap dia! Kalau kau cinta bagai nak rak sekalipun tetapi tak ada jodoh! Tetap tak ada! Kalau raksasa jodoh kau, raksasalah walau kacak macam mana pun kau tu!" Ucap Encik Airil.

   Imran tergeleng. Pembantu yang berada di sebelah Imran sekadar ketawa kecil.

   "Hahahahaha! Jadi, sekarang ni, apa yang kau nak buat? Siap bawa anak-anak lagi!" Ucap Imran sambil ketawa lagi. Encik Airil tertunduk lalu memandang Afrina yang tenang sahaja.

   "Bagi balik isteri aku atau..." Encik Airil tidak menghabiskan kata-katanya. Imran mengangkat keningnya.

   "Atau apa?" Tanya Imran agak bongkak.

   Encik Airil terus menendang perut Imran membuatkan Imran jatuh terpelosok. Dia mengurut perutnya yang terasa senak akibat tendangan kuat Encik Airil. Pembantu Imran terus membantu Imran untuk berdiri semula.

   "Apa kau nak buat? Belasah dia!" Ucap Imran. Pembantu Imran atau namanya, Amir terus menuju ke arah Encik Airil untuk menumbuk wajahnya. Encik Airil sempat mengelak lalu menyiku muka Amir AMir jatuh terduduk.

   Tiba-tiba Imran menumbuk muka Encik Airil membuatkan Encik Airil terus jatuh.

   "Abah!" Jerit Afrisyah dan Afrina serentak. Imran tersenyum.

   "Tak guna! Ada hati nak belasah orang! Kau ingat kau siapa?" Tanya Imran sambil menuju ke arah Encik Airil dan menghadiahkan tumbukan bertubi-tubi pada wajah lelaki itu. Habis mulut Cik Airil berdarah teruk akibat dari tumbukan itu.

   "Akak! Abah akak! Kesian! Tolong!" Jerit Afrisyah seperti terkena histeria. Afrina terus menendang Imran membuatkan Imran terjatuh sedikit. Dia memandang Afrina sambil tersenyum sinis.

   "Kau ingat kau siapa?" Tanya Imran lalu terus menampar Afrina tetapi berjaya dielak oleh tangan Afrina. Afrina terus menendang dada lelaki itu membuatlah lelaki itu mengerang kesakitan. Amir pula daang dari belakang mahu menolak Afrina tetapi Afrina terus menenadang kaki lelaki itu lalu lelaki itu terus tersebam jatuh.

   Afrina menuju ke arah Imran lalu terus menumbuk wajah lelaki itu dengan sekuat hatinya!

   "Kenapa kau belasah abah aku? Tak ada siapa pun yang boleh cederakan abah aku! Kau tak ada hak!" Ucap Afrina lalu terus memijak wajah lelaki itu. Imran sudah tidak berdaya lagi. Amir yang baru bangun itu menjadi ketakutan untuk belasah Afrina.

   Afrisyah sekadar menuju ke arah Encik Airil lalu menangis teresak-esak di sisi Encik Airil. Encik Airil sekadar membelai wajah anak bongsunya itu.

   Afrina berdiri sambil menarik nafasnya dalam. Afrina menuju ke arah Encik Airil.

   "Abah tak apa-apa?" Tanya Afrina. Encik Airil menggeleng.

   "Akak! Belakang akak!" Tiba-tiba Afrisyah menjerit lalu Afrina menoleh, tidak sempat dia mahu menoleh, Imran sudah menerkam dari belakang dan memegang lehernya dan mengacukan pistol ke arah kepala Afrina.

   Afrina menjadi ketakutan. Air matanya sudah berguguran jatuh. Adakah ajalnya sudah sampai?

   "Jangan apa-apakan anak aku!" Ucap Encik Airil lalu berdiri semula dengan bantuan anaknya, Afrisyah.

   "Kalau kau datang dekat, aku akan tembak dia!" Ucap Imran. Encik Airil pulat menjadi pucat selepas mendengar kata-kata itu. Afrisyah sudah menangis! Tolonglah jangan apa-apakan kakaknya itu.

   "Lepaskan aku!" Ucap Afrina sambil menangis dengan sekuat hati.

   Imran menggeleng. "Oh, senang-senang kau tumbuk aku, lepas tu nak aku lepaskan kau pula! Jangan haraplah tak guna!" Ucap Imran.

   "Lepaskan dia!" Tiba-tiba tiga orang polis tiba sambil mengacukan pistol kepada Imran. Diikuti oleh Tok Tih, Mak Onah, Naufal dan Zafrul.

   Zafrul menjadi terkejut juga melihat keadaan Afrina yang begitu. Afrisyah menangis sampai tersedu-sedu.

   "Tolong jangan apa-apakan budak tu." Ucap seorang polis. Imran menggeleng.

                                                                              ***

   Keadaan menjadi semakin genting. Apa yang harus dilakukan sekarang?

   "Tolong saya! Saya masih terlalu muda untuk mati!" Afrina menangis dengan sekuat hati. Zafrul mula mencari jalan untuk menyelamatkan Afrina. Nak juga tunjuk hero depan gadis itu.

    Polis dan yang lain sudah tidak tahu mahu buat apa? "Mana Puan Hamidah?" Tanya seorang polis. Imran menggeleng.

   "Jangan harap! Kalau kau orang semua datang dekat, aku akan bunuh budak ni!" Ucap Imran.

    "Tolong! Tolong! Jangan berdiri macam patung sahaja! Tolonglah saya!" Afrina masih merengek mahu minta untuk dilepaskan.

   "Sabar ya adik. Sabar! Adik akan selamat!" Ucap seorang polis. Afrina menggeleng lalu memandang Zafrul.

   "Zafrul! Tolong aku! Aku tak nak mati! Siapa yang nak jaga Yera nanti?" Ucap Afrina meminta simpati dari Zafrul.

   "Jangan risau, Afrisyah kan ada!" Ucap Zafrul. Sempat pula dia buat lawak pada masa yang begini. Afrina menjadi lebih marah.

   "TOLONG LEPASKAN SAYA!" Jerit Afrina dengan sekuat hati.

   "Diam, kalau tak aku tembak! Banyak cakap pula!" Ucap Imran. Afrina menggeleng.

   Tiba-tiba Zafrul terus menuju ke arah Imran dan menendang lelaki itu. Lelaki itu terjatuh dan terlepaskan pistolnya. Afrina terlepas darinya dan terjatuh terduduk. Tindakan gila Zafrul itu membuatkan semua orang terkejut. Zafrul mencapai pistol itu.

   Afrina terus berdiri dan berlari ke arah Encik Airil. Encik Airil memeluk anak sulungnya itu.

   "Jangan nak main-main dengan Zafrul! Jaguh silat di sekolah!" Ucap Zafrul sambil mengenyit matanya. Polis terus menuju ke rah Imran dan menggari tangannya.

   "Tak guna!" Ucap Imran. Amir mahu melarikan diri tetapi tidak sempat keran Zafrul terus menendang belakang lelaki itu membuatkan lelaki itu terjatuh. Polis berjaya menangkap kedua-ua lelaki itu. Mereka menuju ke ara bilik di mana Puan Hamidah disembunyikan lalu membuka ikatan itu. Puan Hamidah terus memeluk suaminya yang tercinta.

   "Terima kasih abang." Ucap Puan Hamidah sambil menangis dengan teresak-esak.

   "Terima kasih sekali pada Afrina. Dia yang banyak membantu." Ucap Encik Airil. Puan Hamidah terus memeuk Afrina dan Afrisyah. Mujurlah mereka telah kembali bersatu. Afrina tersenyum mengenangkan sesuatu.

                                                                        ***

   Afrina berjalan bersendirian di sebuah pekan. Dia memandang sekeliling. Kelihatan ramai orang sedang bersiar-siar di situ. Dia sekadar tersenyum melihat ramai kanak-kanak seusia Afrisyah sedang berjalan-jalan sambil ketawa.

   Afrina teringat kembali persitiwa minggu lepas. Mamanya, Puan Hamidah diculik oleh lelaki bernama Imran yang juga cuba untuk membunuhnya. Tetapi nasibnya baik kerana telah diselamatkan oleh lelaki yang bernama Zafrul.

   'Terima kasih Zaf.' Itu sahaja yang mampu diucapkan di dalam hati milik Afrina. Afrin tersenyum seorang diri.

                                                                              ***

   "Apa? Betulkah ni Muadz?" Tanya Zafrul seperti tidak percaya dengan kata-kata adik sepupunya itu. Ya, Muadz merupakan adik sepupu kepada Zafrul. Kakak Zafrul sekadar mendengar sahaja. Apa yang nak terkejut sangat basikal milik Zafrul yang dipinjam Muad sekadar pancit tayarnya.

   "Muadz naik macam mana? Main redah ja kau ni!" Ucap Zafrul.


   "Cepatlah nanti hilang kena curi!" Ucap Muadz. Zafrul menepuk dahinya.

   "Kau tinggal basikal tu dekat mana?" Tanya Zafrul. Muadz terkedu seketika.

   "Saya tinggal dekat tepi lorong lama berdekatan dengan rumah Mak Ijah." Ucap Muadz. Zafrul menjadi agak berang.

   "Budak ni kenapa pandai sangat? Kau pun tahukan, anak Mak Ijah tu suka mencuri? Kenapalah kau ni pandai sangat!?" Ucap Zafrul seakan menyindir. Muadz sekadar tersengih-sengih.

   "Taklah pandai sangat!" Ucap Muadz. Zafrul menepuk dahinya. Memang budak ni tak terkesan langsung dengan sindiran.

   "Dah tau anak Mak Ijah si Yuta tu pencuri, pergilah cepat ambil basikal tu! Still tercegat kat sini lagikah? Kalau dia dah ambil and then tukar segalanya, baru nak menangis! Menangis ta berlagu tau." Ucap kakak Zafrul. Zafrul terus berlari menuju ke tempat yang telah dikataan diikuti oleh Muadz.

   "Mana basikal tu???" Tanya Zafrul apabila didapati di situ tiada basikalnya. Muad menjadi terkejut.

   "Tadi saya letak sini." Ucap Muadz. Zafrul menepuk kepalanya.

   "Tengok, basikal aku dah hilang! Semua salah kau! Kau ni memang... memang!" Zafrul tidak mahu berkata apa-apa kerana benda dah jadi. Marah macam mana pun, basikal itu tidak akan kembali.

   Muadz sekadar tertunduk pasrah. Rasa bersalah sangat.

   "Maaf abang Zaf! Muadz tak sengaja!" Ucap Muadz sambil memandang Zafrul yang kelihatan amat marah. Mukanya merah menahan bengang.

   "Ah, maaf sahaja yang kau tahu nak ucapkan! Basikal aku dah hilang! Dah kena curi! Apa yang aku nak jawab dengan abah aku? Apa? Kau rasa apa? Kau bagi hilang! Aku juga yang akan kena sebab bagi pinjam dekat orang yang careless macam kau!" Ucap Zafrul sangat marah. Muadz tertunduk.

   "Pergilah balik Muadz! Meluat aku tengok muka kau dekat sini! Menyakitkan hati sahajalah yang kau tahu! Makan, tidur, main, hilangkan barang orang! Pergilah! Pergi!" Ucap Zafrul. Muadz mengangguk lalu terus pulang.

   "Macam tak ada apa-apa sahaja aku tengok budak ni! Rileks sahaja!" Ucap Zafrul sendirian.

                                                                              ***

   Afrisyah berjalan di pekan itu bersama dengan Encik Airil. Dia ingin mengikuti abahnya mahu menuju ke rumah Tok Tih. Mahu melawat mamanya di situ. Mamanya, Puan Hamidah mahu tinggal sebentar di rumah Tok Tih dan Mak Onah selepas diculik dalam masa seminggu.

   Tiba-tiba Afrisyah ternampak Muad berjalan sendirian dengan wajah yang amat muram. Afrisyah menjadi agak hairan juga melihat wajah Muadz yang muram itu.


     "Abah, Afrisyah nak jumpa Muadz sekejap boleh tak?" Tanya Afrina. Encik Airil memandang Muadz lalu mengangguk.

   "Sekejap ja tau! Abah tunggu dekat belakang tembok sana." Ucap Encik Airil. Afrina mengangguk.

   "Hai Muadz, kenapa muram ja ni?" Tanya Afrina. Muadz menggeleng.

   "Basikal abang Zaf hilang lepas tu dia marah saya." Ucap Muad. Basikal hilang? Afrina berkerut.

   "Basikal? Awak tinggal dekat mana basikal tu?" Tanya Afrisyah. Muad mengeluh.

   "Saya tinggal dekat satu lorong lama berdekatan dengan rumah Mak Ijah sebab basikal tu punya tayar pancit. Saya naklah bagi tahu dekat abang Zafrul lepas tu dia marah-marah saya sebab basikal tu hilang." Ucap Muadz.

   "Oh, basikal yang warna biru itukah?" Tanya Afrisyah. Muadz mengangguk.

   "Oh, kakak saya ambil. Dia kata tinggal dekat situ bahaya, so dia bawa baliklah basikal tu! Kakak saya bagi tahu saya tadi masa saya sedang bersiap nak pergi rumah Tok tih saya." Ucap Afrisyah. Muadz menjadi teruja.

   "Yakah? Serius?" Tanya Muadz mahukan kepastian. Afrisyah mengangguk.

   "Oklah saya nak bagi tahu dekat abang Zaf ni! Terima kasih daun keladi, semoga berjumpa lagi wahai tuan puteri yang cantik lagi berseri!" Ucap Muadz. Afrina tertunduk malu sambil tersenyum.


   "Bye Afrisyah." Ucap Muadz lalu terus pergi. Afrisyah tersenyum melihat Muadz pergi.

 bersambung...

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }