Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 27}
Rabu, 9 November 2016 | 4:29 PG | 0 comments
   "Assalamualaikum! Akak Afrina ada dekat rumah tak? Akak!" Ucap Muadz dari luar rumah. Afrina membuka pintunya lalu tersenyum memandang Muadz di situ.

   "Kenapa ni Muadz? Afrisyah tak ada, dia keluar dengan abah pergi rumah tok tih." Ucap Afrina sambil memeluk tubuhnya di muka pintu. Muadz menggeleng.

   "Mana basikal?" Tanya Muadz. Afrina terlopong seketika. Basikal?

   "Basikal? Bukan tu basikal..." Belum sempat Afrina mahu habiskan kata-kata, Muadz sudah memotong.

   "Basikal abang Zaf. Muadz pinjam dari dia! Abang Zafkan abang sepupu Muadz. Lepas tu Afrisyah jumpa Muadz dekat simpang jalan nak pergi rumah Tok tih dan beritahu tentang ni." Ucap Muadz. Afrina terangguk.

   "Akak dah bagi dekat abang Zaf. Maaflah Muadz, menyusahkan." Ucap Afrina sambil menundukkan wajahnya. Muadz tersenyum lalu mengangguk.

   "Tak apalah. Muadz pergi rumah abang Zaf. Terima kasih akak." Ucap Muadz. Afrina mengangguk.

                                                                                ***

   Di sekolah kelihatan Sakinah sedang menaiki satu-persatu anak tangga untuk menuju ke kelas. Dia memasuki ke dalam kelas. Kelihatan Maya sedang duduk berseorangan sambil membaca bukunya. Hanya dia seorang sahaja di situ.

   Sakinah menuju ke arah Maya sambil melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu. Maya sekadar buat tidak endah sahaja.

   "Hai! Kenapa semenjak-dua menjak ni kau jarang..." Belum sempat Sakinah mahu menghabiskan ayatnya, Maya terus menuju ke tingkap.

   "Ah, lantak akulah! Kau ingat aku kisah sangatkah dengan korang semua? Aku boleh hidup tanpa kawan! Tak mati pun!" Ucap Maya agak kasar. Sakinah terlopong.

   "Oh, jadi kau tak perlukan kami? Habis tu, tanpa cinta kenapa aku tengok kau macam tak boleh nak hidup ja! Cinta pun lebih kurang seperti sahabat, tapi lebih istimewa!" Ucap Sakinah. Maya menjadi agak terkejut. Pipinya memerah.

 
   "Apa yang kau mengarut ni? Bila masa aku bercinta?" Ucap Maya sambil menoleh ke arah lain. Malu.

   Sakinah menggeleng. "Jangan nak menipu sangatlah Maya! Aku tahu kau bercinta dengan Zafrul! Aku tahu semuanya! Tengok cara korang berdua rapat pun sudah boleh tahu!" Ucap Sakinah sambil memeluk tubuhnya. Maya menggeleng.

   "Tak! Mana ada! Zafrul tu tak akan suka kepada aku! Apa yang hebatnya aku!? Hanya Afrina sahaja yang dia suka! Jangan nak merepeklah Sakinah!" Marah Maya. Sakinah menggeleng.

   Sakinah mendiamkan dirinya. Maya sudah mula menangis. 

   "Zafrul kawan dengan aku pun, bukannya ikhlas! Apatah lagi nak cinta! Memang taklah!" Ucap Maya agak sebak. Sakinah mengurut belakang rakannya itu.

   "Tapi..." Sakinah tidak dapat menghabiskan ayatnya.

   "Sudahlah Sakinah! Pergi! Aku tak nak kau dekat sini! Pergi duduk tempat kau!" Ucap Maya. Sakinah tertunduk lalu terus duduk di tempatnya. Maya mengingati kembali pertemuannya dengan Zafrul pada minggu lepas.


Pertemuan Maya dengan Zafrul pada minggu lepas...

   Maya sedang berjalan sambil melintasi di hadapan tandas perempuan dan lelaki. Tiba-tiba dia bertembung dengan Zafrul yang kelihatan baru keluar dari tandas lelaki.

   "Zaf." Tegur Maya dengan lembut. Zafrul memandang Maya sambil tersenyum tawar. Memang dari senyumannya itu tidak ikhlas langsung.

   "Kenapa?" Tanya Zafrul. Maya menggeleng.

   "Kau still marahkan aku lagikah? Kau dah benci aku?" Tanya Maya. Zafrul terdiam selepas mendengar pertanyaan Maya itu.



   "Apa benda yang kau..." Belum sempat Zafrul mahu menghabiskan ayatnya, Maya terus memotong.

   "Jangan tanya soalan yang entah apa-apa tu! Apa yang kau nak dari aku di sebalik persahabatan kita? Kau hanya nak tahu fasal perempuan tu sahajakan? Fasal Afrinakan? Hei, apa yang hebat sangat dengan Afrina tu hah? Sanggup ya kau pergunakan aku demi perempuan yang tak berguna tu!" Marah Maya. Zafrul menggeleng.

   "Sudahlah Zaf! Kau ni memang tak guna! Sama ja dengan Afrina yang entah apa-apa! Kau tu bodoh! Bodoh! Afrina pula hanyalah perempuan mu..." belum sempat Maya mahu menghabiskan ayatnya, Zafrul terus melawan.

   "DIAM!" Marah Zafrul. Maya terlopong.

   "Aku dah nak balik! Aku malaslah nak jumpa dengan orang yang macam kau! Kawan jenis apa kau ni? Macam ni kawan? Hei, sedarlah diri tu sikit! Kau cantik macam mana pun tetapi perangai macam ni, aku pun tak inginlah! Cantik atau kacak tu tak kekal! Sudahlah Maya! Pergilah balik!" Ucap Zafrul. Maya menggeleng.

   "Tak! Aku tak nak balik! Aku nak jawapan pada soalan aku tadi! Kau sudah benci akukah?" Tanya Maya dengan sebak. Zafrul menatap wajah cantik milik Maya itu. Zafrul menjadi hiba pula melihat wajah yang sedang menahan tangisan itu.

   "Tak. Aku tak pernah bencikan kau." Ucap Zafrul. Maya tertunduk.

   "Habis, kenapa kau layan aku macam patung? Kenapa kau buat macam aku ni tak pernah wujud? Kenapa?" Tanya Maya.

   "Jawapan tu, aku sendiri pun tak tahu macam mana nak jawab. Sudahlah Maya! Aku minta maaf. Aku memang dah sakitkn hati kau. Tapi kau kena faham, aku tak sukakan kau pun. Muktamad! Titik!" Ucap Zafrul lalu terus pergi. Maya menggeleng lalu terus menangis dengan sekuat hatinya. Dia berlari mahu keluar dari sekolah itu.

    Maya sekadar tertunduk memperingati kenangan itu. Memang memeritkan tetapi dia harus terima. 

   "Aku tak akan biar korang gembira." Ucap Maya seorang diri.

                                                                               ***

   Tok...tok...tok

   Puan Hamidah dan Encik Airil menoleh.

   "Siapa tu?" Tanya Encik Airil.

   "Afrina!" Jerit Afrina dari luar. 

   "Masuklah pintu tak kunci pun." Ucap Encik Airil. Afrina terus membuka pintu dan memberi salam.

   "Assalamualaikum!" Ucap Afrina sambil tersenyum.



   "Waalaikumussalam." Ucap Puan Hamidah dan Encik Airil serentak. Afrina terus memasuki ke dalam biliknya dan melemparkan beg sekolahnya di atas katil. Dia membaringkan dirinya yang keletihan itu sambil menenyeh matanya yang bewarna biru itu.

   "Kenapa tiba-tiba rasa mengantuk? Nak kata letih, taklah letih sangat! Just jawab UPSR ja pun!" Ucap Afrina sambil memerhatikan setiap kuku jarinya. Tiba-tiba seseorang mengetuk pintu biliknya. Afrina terus menuju ke arah pintu lalu membukanya.

   "Oh, mama!" Ucap Afrina. Puan Hamidah sekadar tersenyum.

   "Macam mana dengan UPSR? Ok?" Tanya mamanya. Afrina mengangguk.

   "Adalah soalan yang susah sikit." Ucap Afrina. Puan Hamidah mengangguk.

   "Harap-harap keputusan Afrina tu baguslah! Mama tak nak kau failed exam tu! Buat malu sahaja!" Ucap Puan Hamidah. Afrina mengangguk.

                                                                                           ***

   Petang yang damai di Pekan Mochi itu penuh dengan penduduknya yang sedang beriadah di situ. Ada yang meniaga, ada yang membeli dan ada yang bersiar-siar. Afrina tidak terkecuali dari golongan itu. Tiba-tiba dia ternampak Zafrul. Dia menegur Zafrul.

   "Hai, tak ada aktivitikah petang ni?" Tanya Afrina. Zafrul memandang Afrina.

   "Sekarang ni kau nampak aku sedang tidurkah? Aku tengah beriadahlah ni! Bukan aktivitikah? Kau panggil apa?" Tanya Zafrul seakan menyindir. Afrina merengus geram.

   "Orang tanya elok-elok! Jawablah elok-elok! Aku malaslah nak gaduh! UPSR still belum habis lagi? Kau study tak?" Tanya Afrina lagi. Zafrul mengangguk.

   "Study! Afasal? Kau tu tak studykah?" Tanya Zafrul pula kepada gadis itu. Afrina mengangguk.

   "Boleh aku tanya kau satu soalan?" Ucap Afrina. Zafrul terdiam lalu terangguk.

                                                                                 ***

   "Mana ada! Kau ni suka sangat merepek! Pleaselah! Jangan tanya soalan yang macam ni!" Ucap Zafrul agak gedik. Afrina menggeleng menyampah!

   "Yalah, kan kau tu rapat dengan dia! Sayanglah katakan! Kan kau dengan dia pernah..." Belum sempat Afrina mahu menghabiskan ayatnya, Zafrul sudah memotong dengan marah.

   "Mana ada! Stoplah! Kau ni jangan nak jadi wartawan gosip pula dekat sini! Tak payah nak ambil tahu sangatlah hal aku dengan dia tu! Lagipun, aku anggap dia kawan ja! Tak lebih dari tu! Janganlah beranggapan yang kami tu ada hubungan istimewa!" Ucap Zafrul tegas.

   Afrina sekadar menggeleng tidak puas hati. Wajahnya tenang sahaja!

   "Alah! Tak payah nak tipu akulah Zaf! Dari muka kau tu aku boleh tahu yang kau nak sembunyikan perkara tu!" Ucap Afrina lalu terus beredar dari situ. Zafrul sekadar memandang gadis itu pergi meninggalkannya.

                                                                                ***

    Maya berjalan di Pekan Mochi dalam keadaan senja. Tiba-tiba dompetnya terjatuh. Dia terus terduduk lalu mencapai dompetnya yang terjatuh.

   "Maya." Tegur Zafrul. Maya menoleh. Kelihatan Zafrul sedang memandangnya. Maya agak terkejut.


   "Zaf." Ucap Maya perlahan.

   "Kau nak pergi mana ni?" Tanya Zafrul. Maya memandang Zafrul.

   "Balik." Ucap Maya lalu terus berdiri. 

   "Kenapa kau tanya?" Tanya Maya agak sombong. Dia sangat marah dengan Zafrul yang langsung menganggapnya seperti patung.

   "Kau ingat, kau marah aku macam ni, aku kisah sangat? Tujuan aku nak ramah! Tapi kalau macam nilah perangai kau, jangan harap aku, raksasa pun tak inginkan kau!" Ucap Zafrul marah.

   "Kenapa kau kata macam tu? Kau memang layak kena macam ni! Kau ingat kau bagus sangatkah?" Ucap Maya, melawan. Zafrul merenung Maya dengan tajam.

   Maya membuat wajah bengis.

   "Perempuan tak guna!" Ucap Zafrul lalu terus berlalu pergi. Maya memandang Zafrul pergi. Tiba-tiba air matanya menitis keluar. Dia mendapat satu ideal jahat. Dia mengeluarkan kertas kecil dari dompetnya dan sebatang pen dari beg kecil yang digalasnya.

   "Aku akan buat kau dengan Afrina tu berpecah!" Ucap Maya.

                                                                                     ***

   "Afrina! Buka pintu ni! Afrina!" Ucap satu suara dari pintu. Afrina terus turun dari biliknya dan membuka pintu itu. Kelihatan Maya sedang tersenyum ke arahnya.

   "Maya." Ucap Afrina.

   "Afrina!" Maya tiba-tiba menangis di situ. Afrina menjadi terkejut.

   "Ke...kenapa ni?" Tanya Afrina. Maya menggeleng sambil mengusap air matanya.

   "Jom naik atas! Nanti mama aku dengar pula." Ucap Afrina sambil memimpin rakannya itu masuk ke dalam biliknya.

                                                                                 ***

   "Kenapa dengan kau ni Maya?" Tanya Afrina. Maya menekup wajahnya sambil menggeleng. Afrina menjadi risau.

   "Kenapa ni? Kau menangis sampai macam ni! Kenapa Maya?" Tanya Afrina lagi.

   "Ba...baca ni." Ucap Maya tersedu-sedu. Afrina mencapai lipatan kertas itu dengan keadaan yang agak hairan.

   Afrina membuka lipatan kertas itu lalu terus membaca isi di dalamnya.

Hei Maya! Kalau kau nak tahu, tujuan aku kawan dengan Afrina tu hanyalah cabaran dari kawan-kawan aku! Diorang cabar aku, kalau aku berjaya kawan dengan dia sampai habis UPSR ni, diorang nak belikan aku basikal dan kasut bola yang berjenama! Sebab tulah aku gunakan kau! Kau tu tak ada apa-apa pun dengan aku! Terutamanya, Afrina! Dia tu, kosong dan tak ada apa-apa pun bagi diri aku! Dia tu pada aku, macam perempuan yang meloyakan aku! Buatlah dia tu macam cantik sangat! ~Zafrul~

   Afrina menjadi agak terkejut selepas membaca isi surat itu. Dia memandang Maya. Maya merampas kembali surat itu.

   "Sebab tulah aku menangis, aku rasa bersalah sangat dengar tentang perkara ni! Aku rasa kasihan sangat dekat kau! Sanggup dia buat macam ni dekat kau!" Ucap Maya sambil menangis teresak-esak. Afrina terkaku.

   "Aku tak sangka dia tu jahat! Itu pun kau masih nak berkawan dengan dia?" Ucap Maya lagi. Afrina menggeleng. Tidak disangkan lelaki itu sanggup menghinanya seperti itu. Tapi, kenapa dai selamatkan aku tempoh hari dari dibunuh Imran, kekasih lama Puan Hamidah, mamanya!?

   Kenapa dia sanggup datang ke rumahnya tujuan untuk meminta maaf? Tidak mungkin, tapi bukti sudah ada, tulisannya pun sama! Afrina menjadi sebak tetapi ditahannya air mata itu. Dia memandang Maya yang tidak henti-henti menangis itu.

   "Sudahlah Maya! Tak apa! Aku tak kisah!" Ucap Afrina lalu terus memeluk rakannya itu.

   Maya terus menyebamkan mukanya pada bahu Afrina. Afrina menahan sahaja air matanya itu.


   "Sudahlah Maya! Asalkan aku dengan kau ok!" Ucap Afrina sambil menahan sebak. Maya terdiam lalu terus meleraikan pelukkan. Dia menyeka air matanya itu. Dia tersenyum melihat Afrina sedang mengelap air matanya.

   "Kau pun menangis?" Tanya Maya. Afrina memandang Maya lalu tersenyum tawar.

   "Pedulikan jalah! Asalkan aku dengan kau dah ok!" Ucap Afrina sambil memegang kedua belah pipi comel milik Maya dan menggoyangkan kepala Maya sedikit ke kanan dan kiri. Maya menjadi pening-pening lalat. Afrina ketawa kecil.

 
    "Kau tak kisahkah dia cakap macam tu dekat kau?" Tanya Maya. Afrina terdiam sebentar.

   "Ah, pedulikan dia! Aku dah tak nak ambil peduli! Biarkan dia dengan Amisyah!" Ucap Afrina. Maya terangguk.

   Apa yang akan terjadi? Lihatlah!

 bersambung... 

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard