Rabu, 9 November 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 28}

   Afrina berjalan seorang diri baru pulang dari sekolah. Tiba-tiba dia terserempak dengan lelaki yang kononnya telah menghinanya dan mempergunakannya. Zafrul ternampak Afrina lalu terus mengukirkan senyuman manis bergula. Afrina menjeling menyampah.

   "Hei, Afrina! Kenapa dengan kau ni? Macam aku pernah buat salah!" Tanya Zafrul. Afrina merenung Zafrul dengan tajam lalu terus menolak lelaki itu. Zafrul menjadi terkejut dengan perbuatan spontan Afrina yang kasar itu.

   "Kenapa ni?" Tanya Zafrul. Afrina menggeleng lalu terus berlari. Air matanya telah mengalir keluar. Dia menjadi sebak. Zafrul terus berlari untuk mengekori langkah gadis itu. Afrina menoleh. Dia melihat Zafrul sedang mengekorinya.

   "Hei, kenapa kau ikut aku!? Pergilah berambus! Jangan nak berlakon baik sangat! Aku benci tengok kau dekat sini! Memang lelaki murahan macam ni! Sekadar kawan hanya nakkan benda-benda mahal! Kau ingat aku ingin sangatkah dekat kau ni? Boleh pergi berambus! Aku tak perlukan kau dalam hidup aku!" Ucap Afrina sambil menangis di situ.

   "Siapa buat kau? Aku rasa kau mimpilah Afrina! Kenapa tiba-tiba kau kata dekat aku macam ni? Apa yang aku dah buat?" Tanya Zafrul. Fakrul yang lalu di situ ternampak mereka berdual lalu menghendap untuk memerhati situasi itu.

   Afrina menggeleng sambil mengetap giginya.

   "Aku tak bermimpi! Ini realiti! Surat yang kau bagi dekat Maya! Aku dah baca! Aku tahu apa niat kau yang sebenarnya." Suara Afrina menjadi tenggelam-timbul akibat tangisannya itu. Zafrul berkerut! Surat? Maya?

   "Apa yang kau cakap ni? Surat? Surat apa? Niat? Serius aku tak faham." Ucap Zafrul. Afrina menggeleng lalu terus pergi dari situ. Zafrul ingin mengekorinya lagi. Tiba-tiba Afrina menoleh.

   "Kalau kau ikut aku lagi! Aku akan menjerit! Aku tak kisah apa yang nak terjadi!" Ucap Afrina. Zafrul terhenti. Dia melihat Afrina pergi. Dia menjadi hairan!

   'Apa yang aku dah buat?' Tanya Zafrul sendiri.

                                                                                       ***

    Afrina duduk termenung di dalam biliknya melayan fikiran sendiri. Yera sudah berdengkur. Afrina melihat wajah Yera yang sedang tidur itu. Dia mengetap bibirnya. Memang Zafrul dasar lelaki tidak berguna.

   Tiba-tiba telefonnya berdering. Afrina mencapai telefon itu dengan lambat. Kelihatan nama Fakrul tertera di skrin telefon itu. Afrina terus menjawab panggilan itu.

Afrina: Hello! Kenapa ni?
Fakrul:Kenapa ni? Macam muram sahaja? Aku nampak apa yang terjadi antara kau dengan Zaf.
Afrina:Jadi? Kau nak apa?
Fakrul:Janganlah marah! Jangan risau! Tenangkan fikiran dan lupakan tentang tadi! Esok, aku minta sangat agar kau ceritakan masalah tu dekat aku! Maybe aku boleh settlekan!
Afrina:Nak settle apa? Aku rasa tak ada apa-apa yang harus disettlekan! Zaf tu tak berguna!
Fakrul:Ok, tenangkan fikiran! Sentiasa rileks! Ingat, kau sentiasa akan aku bantu!

   Afrina menjadi amat terharu mendengar ayat itu.


Fakrul: Aku letak telefon! Assalamualaikum!
Afrina:Waalaikumussalam.

   Afrina terus menutup telefonnya. Dia meletakkan telefonnya di atas meja belajar lalu membaringkan diri yang keletihan di atas katil. Dia tidur di sebelah Yera yang sudah beradu.

                                                                                        ***

   Seminggu berlalu, UPSR sudah tamat! Mereka hanya mahu menunggu keputusannya sahaja. Afrina, Sakinah, Maya, Laila dan Iman kelihatan sedang berbual gembira di meja milik Sakinah.

   Zafrul kelihatan sedang berbual dengan Alfi dan Kamarul. Sekali-sekala dia ada juga menoleh memandang Afrina yang sedang ketawa sambil menepuk bahu Iman. Gadis itu sudah lama tidak berbicara dengannya. Kalau bertembung pun, gadis itu hanya buat tidak layan.

   Tiba-tiba seorang guru lelaki memasuki ke dalam kelas mereka. Semua murid di kelas itu terus duduk di tempat masing-masing. Selepas memberi salam. Cikgu Adham terus menghulurkan beberapa helai kertas kepada Fauzi, ketua kelas itu.

   "Berikan kepada semua pelajar." Ucap Cikgu Adham. Fauzi mengangguk lalu terus berdiri untuk mengedarkan kepada seluruh kawan-kawan sekelasnya seorang satu.

   Zafrul mencapai surat yang diedarkan lalu membaca isinya.

   "Yeah, betulkah kita akan berkelah di Pantai Shinobe, cikgu?" Tanya Iman. Cikgu Adham tersenyum lalu terus mengangguk.

   "Ya, tiga hari, dua malam! Ingat, bawa barang-barang yang sepatutnya dibawa! Kompas adalah yang paling penting! Pakaian, bawa lebih sikit! Jangan lupa T-Shirt sekolah!" Ucap Cikgu Adham. Semua murid terangguk.

   "Yuran murah sahaja, sekadar bayar sepuluh ringgit! Tak mahal! Siapa yang rasa dia tak boleh pergi atau tak mampu, sila angkat tangan!" Ucap Cikgu Adham. Semua murid membisu. Cikgu Adham tersenyum sambil mengangguk.

   "Bagi dekat parent surat ni, esok atau lusa, bawa borang ni! Ok?" Ucap Cikgu Adham. Semua murid mengangguk.

                                                                            ***

   Afrina berjalan bersama Fakrul di sebuah taman sambil menikmati ais blended. Afrina tidak berkata apa-apa. Fakrul pun sama.

   "Bila yang perkelahan tu?" Tanya Afrina kepada Fakrul. Fakrul memejamkan matanya.

   "Minggu depan! Kau dah siapkan barang-barang? Hari ni dah hari Jumaat. Esok, lusa dah hari Isnin! Perkelahan tu." Ucap Fakrul. Afrina mengangguk.

   "Dah, just nak tunggu abah aku belikan kompas! Tu sahaja." Ucap Afrina. Fakrul mengangguk.

   "Kau percayakah, Zaf sanggup buat dekat kau macam tu? Aku tengok dia sekarang ni asyik termenung sahaja! Atau, dia dianayai!" Tanya Fakrul. Afrina menarik belakang rambutnya ke belakang telinga lalu memandang Fakrul.

   "Tulisan dekat surat tu sama. Siapa lagi? Maya menangis sampai tersedu-sedu. Kau nak kata tipu lagi?" Ucap Afrina. Fakrul menggeleng.

   "Tulisan orang boleh tirulah Afrina. Aku pun boleh tiru tulisan papa aku! Menangis? Maybe dia ingatkan kembali apa--apa kisah sedih sehingga menangis macam tu. Kau kan Afrina, kalau nak tuduh, pergilah siasat! Kau pasti? Jangan main tuduh ja Afrina." Ucap Fakrul.

   "Maya tu kawan aku, takkan aku tak percayakan dia? Dia tu kawan aku." Ucap Afrina. Fakrul tersenyum sinis.

   "Afrina, selalunya kawan yang paling rapat tu akan tikam belakang! Makan kau balik. Jangan percaya sangat. Selalunya kawan baik nilah yang berdendam dengan kita! Kita tak tahu. Maybe! Fikir Afrina! Jangan asyik ikut kepala angin kau! Jadi matang untuk situasi yang macam ni. Jangan membabi buta sahaja!" Ucap Fakrul.

   Afrina terdiam. Dia terfikirkan sesuatu.

                                                                                       ***

   Maya ketawa seorang diri di dalam biliknya. Dia menepuk tangannya berkali-kali. Sangat berpuas hati.

   "Bodoh! Kau memang bodoh Afrina! Kau percayakan aku! Memang dasar kau tu perlukan sahabat dalam hidup! Kalau tak ada kawan, kau boleh mati! Kau percaya dengan surat palsu tu? Maya berkata lalu terus ketawa sambil membaringkan dirinya di atas katil.

   "Padan dengan muka kau Zaf! Kau nak main dengan akukan? Sekarang baru kau rasa macam mana perasaan yang ditinggalkan!" Ucap Maya seorang diri. Tiba-tiba air matanya menitis jatuh.

   "Maafkan aku Zaf! Maafkan aku." Ucap Maya lalu terus melelapkan matanya.

                                                                   ***

   Mereka semua sudah bersiap mahu ke Pantai Shinobe. Mereka semua terus menaiki sebuah bas sekolah.

   "Baiklah, ingat, kalau dah sampai ke sana, jangan tegur benda yang mengarut! Mulut jangan celupar dan tolong jangan malukan saya, Cikgu Fauzi, Cikgu Rusdi dan Cikgu Hanna." Ucap Cikgu Aliah sambil memeluk tubuhnya seraya memandang semua pelajarnya.

   Semua murid yang berada di dalam bas sekadar mengangguk. Ada yang sedang menikmati keropok, ada yang sedang memakai earphone, ada yang sedang tidur dan ada yang sedang berbual. Afrina yang duduk bersebelahan Iman melihat pemandangan di luar tingkap.

   Iman memandang Afina yang kelihatan murung dan muram itu. Iman tidak mahu menganggu Afrina yang sedang melayan fikirannya sendiri. Zafrul yang duduk di belakang sekadar memejamkan matanya sambil mendengar alunan lagu dari earphonenya.

   "Tak sabarnya nak sampai." Ucap Afrina sambil tersenyum tawar. Afrina membawa Yera turut bersama. Cikgu Fauzi membenarkan dengan syarat  Yera jinak seperti burung lain.

   "Yera, kalau kita dah sampai, kau boleh bersiar-siar tetapi datang balik dekat aku! Kalau sesat, buat satu bunyi yang comel iaitu bunyi Help Yera." Ucap Afrina. Yera mengangguk. Iman sekadar ketawa kecil.

 bersambung...

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }