Khamis, 10 November 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 29}

   Mereka semua menuruni dari bas itu lalu terus mengikut langkah guru mereka.

   "Baiklah, kita akan dirikan khemah di sini! Kalau nak mandi, di situ terdapat tandas awam! Kamu semua boleh mandi di sana! Dua tandas awam perempuan dan dua lagi tandas awam lelaki. Ingat!" Ucap Cikgu Aliah. Semua murid mengangguk.

   "Saya serahkan pemberitahuan peraturan kepada Cikgu Adham. Cikgu, dipersilakan." Ucap Cikgu Aliah. Cikgu Adham tersenyum lalu memandang wajah anak muridnya itu.

   "Ok, di sini jangan kamu semua fikir yang kamu semua bebas dan boleh buat apa yang kamu semua nak! Di sini pun ada peraturan! Yang pertama, jangan ke mana-mana tanpa izin cikgu! Yang kedua, jangan pandai-pandai kutip benda-benda yang berada di sini jika ia bukannya hak milik kamu! Yang ketiga, mandi laut jika ada aktiviti yang berkaitan! Yang keempat, jangan celupar! Ini sangat pantang dan yang kelima, jangan buang sampah merata-rata. Cikgu harap kamu semua boleh patuhi peraturan yang telah saya beritahu! Ingat, kalau ada yang melanggarnya, hukuman keras akan diberikan! Terima kasih." Ucap Cikgu Adham panjang lebar.

    "Cikgu harap tak akan berlakulah apa-apa perkara yang tidak dikehendaki! Tolonglah berikan kerjasama!" Ucap Cikgu Hanna pula. Semua murid sekadar mengangguk diikuti oleh si burung Yera.

   "Ok, sekarang kamu semua boleh dirikan khemah!" Ucap Cikgu Adham memberi arahan. Semua murid sudah bersedia.

                                                                                         ***

   Pada hari yang pertama, kelihatan Afrina sedang bersiap-siap mahu pergi menyertai rakan sekelasnya yang lain mandi laut. Afrina sudah lama tidak mandi laut.

   "Jom, Yera!" Ucap Afrina lalu terus keluar dari khemahnya diikuti oleh sang burung yang bernama Yera. Yera terbang ke sana-sini. Sangat teruja. Kelihatan Iman sedang menunggu Afrina diikuti oleh Sakinah dan Laila.

   "Mana Maya?" Tanya Afrina sebaik sahaja menghampiri mereka bertiga. Sakinah mengangkat bahunya.

   "Maybe sedang bersiap dalam khemah! Kami tak nampak pun dia sejak tadi." Ucap Laila. Afrina terangguk.

   "Jomlah cepat mandi! Dah lama tak mandi laut!" Ucap Afrina lalu terus mencapai bola pantainya dan menuju ke arah laut.

   Afrina membaling bola pantai itu kepada Sakinah dan Sakinah berjaya menangkapnya.Mereka bermain di situ bersama.

   "Eh, mana Maya ni? Dia sedang buat apa dekat dalam khemah tu seorang diri? Tak bosankah asyik menyendiri?" Tanya Laila. Afrina menggeleng.

   "Biarkan jalah! Nanti dia sampailah tu." Ucap Afrina.

                                                                                 ***

   Pada hari kedua, kelihatan Zafrul sedang menikmati daging panggang yang telah dipanggang oleh Cikgu Hanna dan Cikgu Aliah. Cikgu Rusdi yang belikan kesemua  bahan manakala Cikgu Adham yang telah mengeluarkan alatan untuk memanggang termasuk barbeku itu sendiri.

   "Sedapkan daging panggang bersalut cheese ni? Dengar cerita ini resepi mak Cikgu Aliah." Ucap Alfi sambil duduk di sebelah Zafrul. Dia menikmati daging panggang itu.

   Zafrul memandang Alfi lalu mengangguk perlahan. Dia meletakkan pinggan plastik yang masih ada lagi lima keping daging itu lalu melihat pemandangan senja pantai itu.

   "Kau rasa, aku ada buat salahkah?" Tanya Zafrul. Alfi memandang Zafrul lalu menggeleng.

   "Mana ada! Kau ok ja aku tengok! Afasal? Kau ada buat salah dekat sesiapakah?" Tanya Alfi. Zafrul menggeleng.

   "Tak, aku tak tahulah. Tapi aku rasa macam aku ada buat satu kesilapan besar!" Ucap Zafrul. Alfi yang sedang mengunyah daging panggang itu sekadar terdiam dan memandang reaksi rakan karibnya sejak kecil itu.

   "Kau ni asyik murung ja! Tak gentle kalau lelaki macam kau ni murung, merajuk, sedih!" Ucap Alfi sambil meneguk air orennya.

   Zafrul menggeleng perlahan. "Aku ada perasaan juga macam manusia lain! Tak sepertinya lelaki yang macam aku ni tak pernah menangis! Kau kena faham!" Ucap Zafrul. Alfi terdiam.

   "Oklah, aku nak pergi tambah lagi daging ni! Sedap sangat." Ucap Alfi lalu terus menuju ke arah Cikgu Aliah dan Cikgu Hanna yang sedang sibuk memanggang.

                                                                                            ***

   Pada malam terakhir mereka berada di Pantai Shinobe itu, semua murid boleh beriadah di pantai itu kerana esok tepat jam 6.00 petang, mereka semua akan pulang.

   Zafrul sedang duduk termenung seorang diri sambil berjalan-jalan di tepi pantai itu. Kelihatan Afrina, Sakinah, Iman dan Laila sedang membantu Cikgu Aliah mencuci segala peralatan yang tidak digunakan lagi.

   Tiba-tiba dia terdengar satu suara.

   "HELP ME! YERA! HELP ME! YERA!" Ucap suara itu dengan lantang sekali. Zafrul menjadi agak hairan.

   Zafrul tanpa membuang masa terus berlari menuju ke arah suara yang comel itu. Tiada siapa tahu kehilangannya itu kecuali seorang yang mengekorinya.

   Zafrul memasuki pada sebuah semak-samun agak jauh dari pantai. Kelihatan satu 'objek' yang bulat tersangkut dan dilingkari oleh reranting yang sedang melebar.

   Zafrul menuju ke arah 'objek' itu dengan teliti. Kelihatan Yera di situ. Dia mencebik.

   "Kau rupanya! Mari sini aku tolong." Ucap Zafrul lalu terus membantu Yera. Yera akhirnya bebas lalu terus mengucup dahi Zafrul. Zafrul menggeleng geli-geleman.

   "Jom, aku bawa kau dekat Afrina! Dia sedang sibuk tolong cikgu sampai tak dengar kau dekat sini!" Ucap Zafrul lalu terus meletakkan Yera pada bahunya. Dia berjalan mahu menuju ke arah pantai semula. Takut tindakan keras akan diambil kerana tidak meminta kebenaran untuk menyelamatkan Yera.

   Tiba-tiba satu susuk tubuh sedang berjalan menuju ke arahnya. Kelihatan Maya sedang tersenyum.

   "Kau buat apa dekat sini?" Tanya Zafrul agak dingin. Maya menggeleng.

   "Nothing, saja aku nak ikut kau! Salahkah?" Ucap Maya. Zafrul menjadi hairan.


   "Oh, kau tolong Yera si burung Afrina." Ucap Maya sambil terangguk.

   "Boleh aku tolong kau berikan Yera pada Afrina?" Tanya Maya. Zafrul terdiam seketika lalu mengangguk. Dia menghulurkan Yera pada Maya.

   Maya terus meninggalkan Zafrul. Zafrul mengikut langkah Maya yang laju itu.

                                                                                         ***

   Maya menuju ke arah Zafrul yang sedang termenung. Dia menegur Zafrul.

   "Asyik termenung sahaja? Kenapa ni?" Tanya Maya. Zafrul memandang Maya lalu terus menggeleng.

   "Tak ada apa-apa. Saja! Kenapa?" Tanya Zafrul. Maya menggeleng.

   "Kalau kau ada masalah! Aku tak kisah kalau kau nak share dengan aku." Ucap Maya. Zafrul memandang Maya.

   "Entahlah! Aku rasa, kita dah tak payah nak mesra macam dulu. Aku boleh jadi kawan kau tapi tak macam dulu." Ucap Zafrul sambil meneluh. Maya memandang Zafrul.


   "Awak tolong berhenti murung disebabkan oleh Afrina tu! Semuanya hanya kerana Afrina kan???" Tanya Maya kepada Zafrul seperti sudah tahu apa yang ada di dalam fikirannya.

   "Sudahlah Maya! Aku rasa apa yang kau cakap ni semuanya mengarut! Stop!" Ucap Zafrul lalu terus beredar.

                                                                                    ***

   Pada hari ketiga tepat jam 6.00 petang, mereka semua pun pulang.

 bersambung...

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }