Jumaat, 11 November 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 30}

    Keputusan UPSR telah diumumkan! Didapati ada juga ramai pelajar yang gagal dalam UPSR. Sakinah mendapat 3A 2B! Targetnya hanya 2A sahaja tapi rezekinya!

   Maya dan Iman pula sama, mendapat 2A 3B! Lain dari Afrina. Keputusannya sangat berbeza. Sangat lain dari keputusan rakan-rakannya yang lain. Lain dari Laila yang mendapat 2A 2B dan 1C! Lain dari Zafrul yang mendapat 4A 1B! Lain dari Fakrul yang mendapat 3A 2B!

   5A! Ya, Afrina berjaya menakluki 5A! Keputusannya itu sangat memuaskan hati keluarganya! Memang impian Afrina yang kononnya itu mustahil akhirnya menjadi kenyataan!

   "Alhamdulillah! Anak mama ni pandai sangat!" Ucap Puan Hamidah sambil memeluk anak sulungnya itu. Afrina sekadar tersenyum. Encik Airil mengusap kepalanya.

   "Tahniah." Ucap Encik Airil!

   "Tahniah ya akak!" Ucap Afrisyah. Afrina mengangguk.

   "Saya harap sangat dapat sekolah yang akak Neena belajar tu! Sekarang dia dah belajar dekat Singapura! Nak jadi peguam!" Ucap Afrina. Encik Airil sekadar terdiam.

                                                                           ***

   "Abang betulkah nak hantar Afrina pergi sana? Jauh tu, abang pun tahukan saya tak boleh jauh dari dia!" Ucap Puan Hamidah yang sedang memberikan secawan kopi kepada suaminya. Encik Airil mencapai kopi itu.

   "Dia tak boleh terus dekat sini! Abang nak dia duduk dengan pak cik dia! Keputusan dia tu cemerlang! Dia kenalah belajar dekat sana!" Ucap Encik Airil. Puan Hamidah tertunduk.

   "Afrisyah macam mana? Pasti dia sunyi! Diorang berdua tu tak boleh dipisahkan bang!" Ucap Puan Hamidah. Encik Airil menggeleng.

   "Demi cita-cita dia! Afrisyah kena lepaskan juga kakaknya itu! Kalau Afrisyah sayangkan kakak dia, dia terpaksa." Ucap Encik Airil. Puan Hamidah terdiam. Dia terangguk.

                                                                               ***

   Afrisyah sudah tahu tentang berita yang baru sahaja disampaikan oleh abahnya sebulan lepas kerana keputusan sekolah yang akan ditempatkan Afrina memang sekolah yang telah dirancang oleh Encik Airil.

   Afrisyah menuju ke bilik kakaknya itu lalu mengetuk pintu kakaknya itu. Afrina membuka pintu bilik itu lalu tersenyum.

   "Macam mana dengan sekolah akak? Sekolah mana yang akak dapat?" Tanya Afrina. Afrisyah tertunduk.

   "Akak dapat sekolah berasrama penuh dekat luar negeri sana tu! Alah, sekolah yang kak long anak pak cik kita tu dapat! Kan sekarang kak long dah jadi doktor! Seronoklah akak dapat sekolah pandai!" Ucap Afrisyah sambil tersenyum.

   Afrina tiba-tiba bertukar menjadi hiba. Betulkah?

   "Luar negeri?" Tanya Afrina. Afrisyah mengangguk.

   "Ya! Kenapa? Alah, akak janganlah risau! Saya sedih juga! Tapi, demi impian akak tu, saya tak kisah! Asalkan akan capai cita-cita akak! Afrisyah turut gembira!" Ucap Afrisyah. Afrina memandang Afrisyah. Kanak-kanakyang baru berusia 7 tahun itu.

   "Kenapa kena dekat luar negeri! Dekat sini-sini tak bolehkah?" Tanya Afrina. Afrisyah menggeleng.

   "Mama dengan abah dah berkeras! Kakak dah tak boleh lawan! Tak apalah. Afrisyah keluar dulu. Akak tenangkan fikiran ya!" Ucap Afrisyah lalu terus beredar dari bilik itu. Afrina sekadar tertunduk.

    Selepas Afrisyah menutup pintu bilik itu, Afrina terus membaringkan dirinya di atas katil itu. Dia bertukar menjadi sedih. Perlukah?

   "Aku tak nak tinggalkan semua yang ada dekat sini." Ucap Afrina. Tiba-tiba Yera muncul di sebalik pintu. Afrina sekadar memandang.


        
"Yera rupanya."   Ucap Afrina sambil tertunduk. Kembali. Dia juga akan meninggalkan Yera. Dia menjadi sangat sedih!

   Dia tersenyum melihat Yera terbang mengelilingi biliknya itu. Selalunya Afrina akan memarahi Yera. Pening katanya. Tetapi sekarang, dia hanya membiarkan sahaja.

                                                                           ***

   "Apa? Bila kau nak pergi?" Tanya Fakrul. Afrina memandang reaksi Fakrul itu.

   "Lepas dua minggu ni. Aku pergilah." Ucap Afrina. Fakrul terdiam.

   "Aku harap kau ok duduk sana." Ucap Fakrul. Afrina tersenyum lalu mengangguk.

   "Aku terpaksa tinggalkan semua benda yang aku sayang dekat sini! Termasuk Yera." Ucap Afrina. Fakrul terangguk.

   "Tak apa, Afrisyah tahukan cara nak jaga dia macam mana?" Tanya Fakrul. Afrina tersenyum lagi.

   "Zafrul macam mana? Kau dah minta maaf dekat dia?" Tanya Fakrul. Afrina terdiam.

   "Oklah, aku kena balik! Nanti mama aku marah pula! Bye Fakrul! Terima kasih untuk aiskrim ni." Ucap Afrina sambil tersenyum. Fakrul terdiam. Bila tanya sahaja fasal Zafrul, dia pasti mahu mengelak. Semasa di pantai pun kelihatan Afrina langsung tidak melayan Zafrul.

                                                                                ***

   "Apa? Dia dah nak pergi? Bila?" Tanya Zafrul. Fakrul sekadar tertunduk.

   "Lepas dua minggu ni! Aku tengok dia pun macam sedih ja." Ucap Fakrul. Zafrul terdiam.

   "Kau masih diperlakukan macam tu dengan Afrina? Kau marah dia?" Tanya Fakrul. Zafrul menggeleng.

   "Tak. Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba ja dia pulaukan aku! Macam aku dah buat satu salah besar dekat dia! Kau rasa aku ada buat salahkah dekat dia?" Taya Zafrul. Fakrul terdiam lalu menggeleng.

   "Maya. Dia cakap Maya ada berikan dia surat berkaitan dengan rancangan kau dan kawan-kawan kau nak kenakan dia untuk basikal dan kasut bola yang berjenama. Kau nak gunakan dia! Kalau kau dapat ambil hati dia, kau akan dapat hadiah-hadiah tu! Sudahlah Zaf, kau memang dah sakitkan hati dia!" Ucap Fakrul. Zafrul berkerut.

   "Apa? Bila masa? Hei, aku tak ada niatlah! Mana ada!" Ucap Zafrul. Fakrul mengangkat bahunya.

   "Entahlah, Afrina yang kata! Kau, Alfi dengan Kamal! Maya yang beri surat yang kau bagi dekat dia tempoh hari." Ucap Fakrul. Zafrul mengetap giginya. Maya! Kenapa?

                                                                             ***

     "Kenapa kau buat dekat aku macam ni? Kenapa? Kau ni tak cukup-cukup lagikah? And now, kau nak fitnah aku pula! Sudahlah Maya! Sudah! Tak cukup lagikah? Kau ni memang perempuan tak guna! Tak guna! Tak guna!" MarahZafrul. Maya menjadi agak ketakutan.

   Alfi yang berada di sebelah sekadar menenangkan Zafrul yang sedang kemarahan.

   "Kau memang suka tengok orang berpecah-belah ya? Seronok! Baru hati kau tu puas!" Ucap Zafrul lagi. Maya masih mendiamkan dirinya.

   "Mana surat yang kononnya aku cakap yang aku nak gunakan dia? Mana?!" Tanya Zafrul lagi.

   "Apa yang kau nak kisah? Padan dengan muka kau! Kau ni, memang layaklah kena macam ni! Baru kau tahu, aku ni tak boleh diperbodohkan!" Ucap Maya. Zafrul mengeleng marah.

   "Maya, kenapa kau buat macam ni? Kalau kau marah sangat pun dengan Zaf, janganlah sampai nak memfitnah! Kau pun tahukan, dosa memfitnah tu lebih teruk dari membunuh! Macam makan darah daging sendiri." Ucap Alfi. Maya menggeleng.

   "Ah, mampuslah dengan semua tu! Asalkan hati aku puas! Hati aku puas!" Ucap Maya. Zafrul mahu menampar wajah Maya tetapi terus dihalang oleh Alfi.

   "Bawa bertenang Zaf! Benda ni boleh dibincangkan." Ucap Alfi. Zafrul menundukkan wajahnya lalu terus menggeleng.

   "Tak boleh! Dia dah buat satu kesilapan yang besar! Aku tak boleh maafkan! Kau tahukan aku anggap kau macam adik aku sendiri?" Ucap Zafrul dengan lemah. Maya terdiam. Dia terus beredarvdari situ sambil mengelap air matanya yang mengalir keluar.

   "Sudah Zaf, jomlah balik." Ucap Alfi. Zafrul mengangguk pasrah lalu terus berjalan bersama Alfi mahu pulang.

                                                                            ***

   Dua sahaja hari lagi sebelum Afrina mahu dihantar tinggal bersama dengan pak ciknya di luar negeri. Dan dua hari lagilah hari terakhir persekolahan mereka.

   "Afrina." Panggil Sakinah. Afrina memandang Sakinah lalu tersenyum tawar.

   "Kau esok datang sekolah? Kan esok hari last kita?" Tanya Sakinah. Afrina menggangguk.

   "Ya. Esok lepas balik sekolah dalam pukul 2.00 petang macam tu aku pergilah." Ucap Afrina. Sakinah terangguk.

   "Bosannya dah tak dapat jumpa kau!" Ucap Sakinah sambil mengenggam erat tangan Afrina. Afrina tersenyum.

   "Alah, nanti call akulah! Senang ja." Ucap Afrina. Sakinah terdiam. 

   "Betul juga cakap kau! Tapi, aku nak sembang terus! Adanya kau betul-betul depan mata." Ucap Sakinah. Afrina sekadar menggeleng sambil ketawa kecil. 

   "Kau ni, macam-macamlah!" Ucap Afrina. Dia mengeluh ringan.

                                                                        ***

   "Apa, jumpa dekat sana? Buat apa?" Tanya Afrina agak terkejut dengan kata-kata Alfi itu. Alfi mengangkat bahunya.

   "Aku pun tak tahulah, tapi dia serius nak jumpa kau lepas majlis makan-makan dengan guru kelas kita." Ucap Alfi.

   "Kita dah balik pun pukul 6.30 petang! Ish, oklah! Aku akan jumpa dia dekat sana!" Ucap Afrina sambil mengemas barang-barangnya.

   "Betulkah kau nak pergi luar negeri nanti?" Tanya Alfi. Afrina mengangguk.

   "Aku terpaksa. Oklah, nak pergi toilet sekejap. Bye." Ucap Afrina lalu terus beredar dari kelas itu.

   Dia ternampak Zafrul. Dia berasa agak malu dan tidak berani mahu menyapa. Zafrul sekadar tertunduk.

   'Ish, malunya.' Desis hati kecil Afrina.

                                                                               ***   

   Tepat jam 6.30 petang semua murid di kelas itu pun beredar. Afrina sudah bersedia, mahu ke tempat yang telah diberitahu oleh Alfi. Ada seseorang mahu berjumpa dengan dia.

   Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Dia singgah di kantin lalu terus membeli sebotol air mineral. Dia meneguk air itu. 

   Lalu dia pun terus keluar dari kawasan sekolah itu. Afrina pun berjalan dengan perlahan menuju ke tempat yang telah dirancang.

   Sesampainya dia di situ. Dia ternampak seorang lelaki sedang menunggunya. Afrina menarik nafasnya dalam-dalam lalu terus memberanikan dirinya. Di situ ada ramai orang yang lalu-lalang.

   Kelihatan Zafrul sedang memandang ke arahnya. Afrina menuju ke arahnya.

   "N......nak apa?" Tanya Afrina tergagap. Zafrul sekadar menggeleng.   

   "Dengar cerita, kau nak pergi esok! Kenapa tak beritahu dekat aku?" Tanya Zafrul. Afrina memandang wajah Zafrul itu lalu terus menggeleng.

   "Apa? Perlukah? Awak dah cakap benda  yang menghina saya and then nak tahu hal saya! Dah dapat basikal dengan kasut bola yang sangat diidamkan itu?" Tanya Afrina seakan menyindir.

   "Apa yang kau merepek? Maya tu memfitnah! Aku berani bersumpah sebab aku tak tahu apa-apa tentang perkara ni!" Ucap Zafrul. Afrina terdiam.

   "Maya tu cuba nak bagi kita bergaduh! Kau ni suka sangat percaya cakap dia! Nampak ja baik, tapi belakang kita, entah apa yang dia mengata!" Ucap Zafrul lagi. Afrina masih mendiamkan dirinya.

   "Dahlah Zaf! Maya bukan macam tu! Aku lebih percayakan dia dari percayakan lelaki yang macam kau ni!" Ucap Afrina. Zafrul menjadi tersentap.

   "Aku tak suka kau! Aku benci sangat tengok muka kau! Kau kata tengok aku meloyakan kan? So, tak payahlah nak jumpa semua berbagai! Jangan nak buat-buat alimlah dekat sini!" Ucap Afrina. Zafrul menggeleng.

   "Aku nak bagi tahu satu benda ni!" Ucap Zafrul. Afrina memandang Zafrul.

   "Aku tak kisah kalau kau nak buat apa ja! Tapi, aku rasa, masa nilah yang paling sesuai sekali untuk aku luahkan segalanya!" Ucap Zafrul lagi. Afrina masih memandang Zafrul. 

   "Hei, tak payah nak buang masalah dekat sini!" Ucap Afrina masih marah.

   "Aku sangat sukakakan kau! Lebih dari seorang sahabat! Aku tak tahu macam mana aku boleh sukakan kau tapi seirus aku tak tipu dan ini adalah ikhlas dari hati aku." Ucap Zafrul. Pipi Afrina memerah.Hatinya berdebar-debar semacam.

   "Kau nak aku ulang? Aku sukakan kau." Ucap Zafrul. Afrina lagi malu mendengar kata-kata itu. 

   "Sudahlah, tak lawak semua ni! Ini bukannya masa untuk aku berlawak." Ucap Afrina sambil ketawa kecil. Dia buat-buat tersenyum tetapi hati masih berdebar.



   Zafrul memandang senyuman Afrina. "Aku tak tipu! Aku serius." Ucap Zafrul. Tiada langsung senyuman pada wajahnya. 

   "Aku kena pergi. Bye." Ucap Afrina tetapi Zafrul terus memegang lengan Afrina yang berlapik dengan baju sekolah itu membuatkan langkah Afrina mati.

   "Kau nak pergi mana? Aku belum habis cakap lagi ni." Ucap Zafrul. Afrina terdiam.


     "Sudahlah Afrina! Kau dah lama sakitkan hati aku. Tapi aku diam ja! Semuanya disebabkan oleh Maya." Ucap Zafrul. Afrina menggeleng.

   "Ah, tak payah babitkan Maya dalam hal ni! Kau pun tak guna!" Ucap Afrina meronta mahu dilepaskan.

   "Sudahlah Afrina. Kau ni memang sayang sangat dengan Maya. Kawan sejatilah konon." Ucap Zafrul. Afrina menggeleng.

   "Ish, dahlah! Aku nak balik! Nanti mama dengan abah aku risau!" Ucap Afrina. Geram!


   "Ok, tapi ingat satu ja." Ucap Zafrul. Afrina membuat wajah tidak puas hati.

   "Aku akan tetap tunggu kau." Ucap Zafrul. Dia melepaskan Afrina. 

   "Ish, jangan perasanlah Zaf! Kau ingat aku akan terpedaya dengan kau!?" Afrina terus pergi dari situ. Dia berasa sangat geram dengan Zafrul. Tipu atau betul, Afrina tidak tahu!

                                                                                       ***

   Semua rakan-rakan dan keluarga terdekat Afrina datang untuk berjumpa dengan Afrina buat kali yang terakhir. Hanya Zafrul sahaja yang tidak datang. Afrina tercari-cari juga Zafrul.

   "Pergi elok-elok ya Afrina. Jadi seorang yang berguna. Mama sayang kamu tau." Ucap Puan Hamidah sambil memeluk erat anaknya itu. Afrina menitiskan air matanya.

   "Mama pun jagalah diri mama baik-baik. Afrina nak minta maaf atas segalanya." Ucap Afrina. Puan Hamidah mengangguk.

   Afrisyah memeluk Afrina. Afrina membalas pelukan itu. 

   "Akak jaga diri ya! Jangan lupa kami." Ucap Afrisyah. Afrina mengangguk.

   "Sudah tentulah. Akak takkan lupakan Afrisyah!" Ucap Afrina. Muadz sekadar tersenyum.

   "Pergi elok-elok ya Afrina! Jangan dok leka pula." Ucap Tok tih. Afrina mengangguk.

   "Ok." Ucap Afrina. Dia memeluk Mak Onah.

   "Afrina jangan lupakan kami." Ucap Iman. Afrina memeluk Iman, Sakinah, Laila dan Maya. Amisyah sekadar berdiri dan tersenyum. Afrina memandang Amisyah.

   "Aku nak minta maaf atas segalanya." Ucap Amisyah lalu terus memeluk Afrina. Afrina menjadi terkejut lalu membalas pelukkan itu.

   "Pergi elok-elok! Tahniah." Ucap Amisyah. Afrina mengangguk.

   Fakrul tersenyum. Alfi dan Kamal pun turut tersenyum.

   "Jom Afrina. Pak cik kamu dah call." Ucap Encik Airil. Tiba-tiba Afrina terlupa sesuatu. Yera!

   Yera memandang Afrina. Mukanya muram kerana terpaksa melepaskan tuannya pergi.

   Cik Marie sekadar ketawa kecil. Afrina terus memeluk Yera dengan erat sekali.


   "Yera jaga diri ya. Pasti Afrisyah akan jaga Yera dengan baik." Ucap Afrina. Dia terus memasuki ke dalam kereta selepas meleraikan pelukkan Yera. Afrina melambaikan tangannya kepada semua orang yang berada di situ. Dia pun pergi dari situ. Yang hanya tinggal di situ, hanyalah asap kereta.

                                                                             ***

   Afrisyah memasuki ke dalam bilik kakaknya itu. Baru tiga puluh minit pergi, sudah rasa rindu. Afirsyah membuka almari pakaian kakaknya. Bajunya banyak sudah tiada.  Afrisyah mengeluh.

   Dia membuka pula almari belajar kakaknya itu. Afrisyah ternampak buku yang bewarna hitam berkilat dengan merah jambu. Siap berkunci lagi.

   Dia terjumpa kunci kecil itu lalu membuka buku kunci itu. Afrisyah membaca isi di dalam bukunya itu. Afrisyah tersengih seorang diri.

   Dia terus berlari menuju ke suatu tempat. Sesampainya di di halaman rumah itu. Kelihatan Zafrul baru mahu memasuki ke dalam rumah. 

   "Kenapa ni Afrisyah?" Tanya Zafrul. Afrina menghulurkan buku itu.

   "Nah, abang bacalah buku diari kakak saya! Abang simpanlah! Lebih elok abang yang simpan." Ucap Afrina. 

 bersambung...

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }