Sabtu, 12 November 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 31}

   Afrina berjalan memasuki ke dalam rumah pak ciknya itu. Encik Airil sekadar tersenyum. Afrina memandang Encik Airil. 

   "Oh, ini dia! Afrina. Silalah masuk. Abang Airil, masuklah." Ucap Puan Nora, adik kepada Puan Hamidah. Encik Airil sekadar mengangguk lalu mengajak anak sulungnya itu masuk ke rumah.

   "Assalamualaikum." Afrina dan Encik Airil memberi salam serentak. Suami kepada Puan Nora keluar dari biliknya lalu terus bersalam dengan Encik Airil. Afrina bersalaman dengan Encik Fadhil dan Puan Nora.

   "Kak long kamu, Sarina esok baru balik. Kamu boleh sembang dengan dia. Taklah boring." Ucap Puan Nora. Afrina mengangguk.

   "Saya haraplah, Nora dengan Fadhil boleh jaga Afrina." Ucap Encik Airil.

   "Mesti boleh punya! Kami akan jaga dia macam anak kami sendiri." Ucap Encik Fadhil. Encik Airil mengangguk. 

   
   "Oklah, duduk sini elok-elok. Abah nak balik dah ni. Malam ni kerja. Duduk elok-elok!" Ucap Encik Airil. Afrina mengangguk lalu terus menyalam abahnya. Encik Airil mengucup dahi anaknya itu. 

   "Abah balik elok-elok ya." Ucap Afrina. Encik Airil mengangguk. Puan Nora dan Encik Fadhil sekadar mengusap kepala anak saudara mereka itu. Afrina mengusap air matanya.

                                                                                      ***

   "Zafrul membaca isi di dalam buku itu. Dia menekup mulutnya membaca isi yang ditulis sendiri oleh Afrina. 

   "Aku tak tahu pun Afrina. Sumpah aku tak tahu." Ucap Zafrul sendirian. Dia ada menitiskan air matanya sedikit.



   Zafrul menyelak halaman seterusnya. 



   "Wira? Aku tak tahu pun Afrina yang kau pun sukakan aku." Ucap Zafrul sendirian. Dia tersenyum. Harapannya untuk terus meminati Afrina tiba-tiba datang semula. Dia rasa, dia masih ada harapan.

                                                                                    ***

   "Ini bilik Afrina. Buatlah macam rumah sendiri." Ucap Puan Nora. Afrina mengangguk lalu terus memasuki ke dalam bilik itu.

   "Afrina kemaslah dulu apa yang patut. Pergi mandi dan turun ke dapur untuk minum petang." Ucap Puan Nora sambil tersenyum. Afrina mengangguk.

   Puan Nora menutup pintu itu. Afrina menyimpan kesemuanya barang-barangnya di tempat yang sepatutnya. Dia akan duduk di situ jika dia balik dari asrama sekolah menegahnya jika cuti panjang dan tidak akan berjumpa dengan keluarganya.

   Afrina tertunduk lalu mengeluarkan buku-bukunya. Tiba-tiba Afrina berkerut.

   "Mana buku diari aku?" Tanya Afrina sendirian. Afrina tiba-tiba menepuk dahinya yang licin itu.

   "Aduh, tak bawalah pula! Harap-harap ada dalam almari meja belajar aku tu! Afrisyah, janganlah kau usik! Penting kot diari tu." Ucap Afrina sendirian. Tiba-tiba foto kenangan semasa dia enam tahun itu berada di dalam begnya itu.

   "Aku dengan Zaf." Ucap Afrina sendirian melihat foto itu.


   "Betulkah apa yang dia cakap hari tu? Betulkah dia sukakan aku? Betulkah?" Tanya Afrina sendirian. Dia mengeluh lalu meletakkan foto lama itu di dalam selitan buku komiknya. 

   Dia mencapai telefonnya. Tiada apa-apa pun sebenarnya. Dia terus meletakkan telefon itu di atas meja kecil.

   "Bosannya. Kalau tak time ni, sure aku akan keluar dengan kawan-kawan." Ucap Afrina. Dia membaringkan dirinya di atas katil. Dia terlelap buat seketika.

                                                                                 ***

   "Aku betul-betul nak minta maaf! Aku rasa bersalah sangat." Ucap Maya sambil mengusap air matanya yang deras mengalir.

   "Sudahlah Maya, aku dah bagi kau peluang terlalu banyak, kau tetap macam tu." Ucap Zafrul. Maya menggeleng.

   "Tolonglah Zaf, aku betul-betul merayu, aku sanggup buat apa sahaja asalkan kau maffkan aku. Please." Ucap Maya yang masih menangis. Zafrul menatap wajah Maya itu. Dia mengeluh berat.

   "Sudahlah Maya, cukuplah! Aku dah tak akan terpedaya dengan kau. Kau fitnah aku macam-macam. Lepas tu, kau nak aku maafkan kau. Memang susahlah." Ucap Zafrul agak marah.

   "Asyik-asyik Afrina! Hanya Afrina sahaja! Kau dah tak ada orang lainkah!?" Marah Maya dengan kuat sekali. Zafrul merenung tajam ke arah gadis itu. Maya buat tidak endah sahaja.

   "Tolong..." Belum sempat Zafrul mahu habiskan ayatnya, Maya memotong.

   "Sudahlah Zaf! Kau hanya akan penitngkan soal Afrina dan tidak akan pedulikan orang lain! Kau sanggup buang persahabatan untuk mengejar cinta dari seorang gadis yang macam tu? Yang macam tak ada maruah diri tu?" Tanya Maya. Zafrul menajdi bengang.

   "Kau cakap biar cantik sikit! Jangan cakap dia tu tak ada maruah! Kau tu yang tak ada maruah sebab sanggup datang merayu-rayu dekat seorang lelaki yang tak inginkan kau! Kau ni yang tak ada rasa malu! Perempuan bodoh!" Marah Zafrul. Maya sudah mula menangis.

   "Hei, kau tu apa hak nak cakap macam ni? Apa hak kau?!" Marah Maya. Zafrul menggeleng lalu terus pergi. Maya mengejarnya.

   "Tolong jawab soalan aku! Apa kena dengan kau ni! Kau sanggup buang aku demi dia? Kau ni dah kenapa?" Tanya Maya sangat marah. Zafrul tersenyum sinis.

   "Hei, kau dengar sini baik-baik. Aku lebih kenal Afrina dari aku kenal kau. Dia lebih kenal aku lebih dari kau kenal aku! Jadi, jangan cakap macam dia tu tak tau apa-apa! Tolonglah buang sifat dengki tu! Dia pun dah pergi! Dah tinggal dengan pak cik dia jauh ke luar negeri!" Ucap Zafrul. Maya menitiskan air matanya dengan deras.

   "Tak guna!" Ucap Maya. Zafrul ketawa kecil lalu terus pergi begitu sahaja. Maya menggeleng lalu terus berlari mahu pulang ke rumahnya.

 bersambung...                                               

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }