Sabtu, 12 November 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 32}

   Afrina mendengar deringan telefonnya itu. Sudah setahun dia bersekolah di sekolah itu. Dia mengangkat dan menjawab panggilan itu.

Afrina:Hello, assalamualaikum.
Maya:Waalaikumussalam! Hai Afrina! Macam mana? Best sekolah?
Afrina:Best. Oklah! Tapi aku tetap rindu korang.
Maya:Kau pun dah tak datang sini, cuti panjang pun tak datang. Kenapa?
Afrina:Sibuklah dekat sini dengan macam-macam aktivit. Sekolah aku ni, cuti akhir tahun pun, macam-macam aktiviti.
Maya: Tak apa! Tengok diorang semua pun ok ja.
Afrina:Ok.
Maya:Aku rasa seronok sangat.
Afrina:Kenapa?
Maya:Aku sekarang dengan Zaf sudah couple.
Afrina:Tapi, bukan Zaf...
Maya:Zaf apa?
Afrina:Err, tak ada apa-apa! Tahniah.
Maya:Thanks! Lagipun dia yang merayu-rayu nak couple dengan aku. Sampai menangis-nangis. Aku pun, dah tak ada pilihan, couple jalah.
Afrina:Dia menangis?
Maya:Yeah.
Afrina:...
Maya:Oklah, aku nak pergi tuisyen lepas ni. Bye.
Afrina:Ok.

   Afrina memutuskan panggilan lalu terus meempar telefon itu ke katilnya. Dia mengusap air matanya yang jatuh berlinangan itu. Tiba-tiba seorang rakannya datang.

   "Afrina, jomlah." Ucap rakannya Hanifah. Afrina mengangguk lalu terus mengikut rakannya itu.

                                                                                   ***

   Memang kadang-kala Afrina menjadi menyampah. Dia akan jadi bengang dengan perangai Maya yang selalu menghubunginya dan menceritakan segala tentang pengalamannya bersama dengan Zafrul di sana.

   "Huh, penipu! Kau janji macam-macam! Tapi, last-last couple juga dengan Maya!" Ucap Afrina sendirian sambil menekup wajahnya menggunakan bantal. Dia begitu sedih.

   "Aku sukakan kau! Kau tak tahukah? Kenapa kau buat macam ni dekat aku? Apa yang aku dah buat?" Tanya Afrina sendirian sambil menyambung tangisannya seorang diri. Semua rakan sebiliknya sudah tidur kecuali dirinya yang masih menangis.

   "Lelaki tak guna! Aku benci kau!" Ucap Afrina lagi.

   Afrina terus memejamkan matanya. Wajah Zafrul muncul di hadapannya.

   Afrina menggeleng.

   "Lelaki tak guna." Ucap Afrina lagi. Dia terus terlelap.

                                                                                 ***

   Zafrul berjalan sendirian di koridor sekolah menengahnya itu. Dia ingin masuk ke kelasnya untuk mengambil barang-barangnya. Dia mahu pulang kerana jam sudah menunjukkan jam 6.00 petang. Sekolah itu semakin gelap.

   Tiba-tiba dua orang gadis yang agak cantik menegurnya.

   "Hai Zaf. Nak pergi mana?" Tanya seorang gadis yang bernama Ikah.

   Zafrul berdehem. Dia lambat menjawab soalan Ikah.


   "Err, saya nak pergi ambil barang-barang dekat kelas saya." Ucap Zafrul. Ikah ketawa kecil.

   "Awak serius tak nak kawan dengan saya?" Tanya Ikah. Zafrul berkerut.

   "Kita memang kawankan sekarang ni? Temankan sekarang ni?" Tanya Zafrul agak hairan. Ikah menggeleng sambil tersenyum.

   "Tak, teman tapi mesra." Ucap rakan Ikah, Tasya.

   "Err, saya..." Zafrul tidak boleh habiskan ayatnya kerana Ikah sudah memotong.

   "Awak ni, janganlah sombong sangat!" Ucap Ikah. Zafrul menggeleng.

   "Bukan sombong, saya dah ada orang." Ucap Zafrul. Ikah menjadi agak sedih. Dia mencebik.

   "Siapa?" Tanya Ikah. Zafrul menggeleng.

   "Rasanya, itu tak penitng pada awak sebab awak tak kenal pun dia." Ucap Zafrul lau terus beredar pergi. Ikah dan Tasya sekadar mengangkat bahu lalu terus beredar dari situ.

                                                                                           ***
   Selepas dua tahun...

    "Hei, Zaf! Dengar cerita, kawan kau si Afrina tu akan balik pada hujung tahun ni." Ucap Irfan. Rakan baru Zafrul. Pada masa itu, Zafrul, Irfan dan Muadz berjalan bersama untuk pulang.

   "Betulkah? Macam mana kau tahu?" Tanya Zafrul agak bersemangat. Irfan ketawa kecil.

    "Sabarlah, bro! Aku dapat tahu berita ni pun dari mulut kawan kau, Sakinah. Alah, yang mata coklat, rambut coklat tu." Ucap Irfan. Zafrul mengeluh berat.

   "So, untuk apa dia nak balik sini?" Tanya Zafrul.

   "Dia kata nak rest kepala otak dia! Kan kita ni baru ja habis PT3. So, dia naklah bercuti dekat sini." Ucap Irfan. Zafrul terangguk.


   "Dengar cerita, dia sekarang makin cun! Makin cute! Dah jadi seorang yang mature! Seorang pemain badminton yang paling handal dekat sekolah dia! Walaupun aku tak kenal dia, tapi bila tunjuk ja muka dia yang terkini tu, memang buta kalau kata dia hodoh." Ucap Irfan.

   Zafrul menjadi agak terkesima. Benarkah kata Irfan? Gadis itu sudah berubah?

   Menjadi seorang yang lebih matang? Pemain badminton terhandal di sekolah? Sudah semakin cantik?


   Zafrul tidak tahu. Yang pastinya, dia mahu bertemu dengan gadis itu. Perempuan yang masih ditunggu hingga kini!

                                                                                       ***

   "Pastikah nak balik sendiri ni?" Tanya Puan Nora. Afrina mengangguk. Encik Fadhil sekadar mengusap kepala Afrina.

   "Pergi elok-elok." Ucap Encik Fadhil. Afrina mengangguk lalu bersalaman dengan mereka berdua yang sudah lama menjaganya.

   "Terima kasih mak cik dan pak cik! Terima kasih atas segalanya." Ucap Afrina. Pak cik dan mak ciknya sekadar mengangguk.

   "Akak, saya balik dulu ya." Ucap Afrina. Sarina memeluk Afrina.

   "Balik elok-elok." Ucap Sarina. Afrina mengangguk lalu terus keluar dari rumah itu. Dia terus memulakan perjalannya mahu pulang ke sana.

                                                                                    ***

   Afrina menuruni bas itu. Dia terus menarik nafasnya. Tempat itu agak berubah. Tidak sama seperti dulu. Afrina berjalan mahu pulang ke rumah. Dia masih mengingati perjalan ke rumahnya. Tiba-tiba dia ternampak satu bola yang besar.

   Afrina dengan perlahan menuju ke arah bola itu. Kelihatan bola itu tiba-tiba sahaja bergerak.



   "Yera!" Alangkah terkejutnya dia melihat Yera. Yera memandang Afrina lalu terus memeluk Afrina. Afrina menyambut pelukkan itu.

   "Lamanya tak jumpa! Bukan semakin kurus! Tapi semakin sihat! Seronok ya aku pergi!?" Ucap Afrina. Yera menggeleng.

   "Jom, ikut aku balik." Ucap Afrina. Tiba-tiba raket badmintonnya terjatuh dan Yera duduk bertenggek di atasnya. Afrina merenung Yera.

   "Yera! Janganlah buat perangai! Aku baru balikkan?" Afrina menarik raketnya tetapi Yera mengelak.


   "Yera! Pleaselah!" Ucap Afrina. Dia menjadi agak marah juga. Yera masih berdegil.

   "What eva!" Ucap Yera. Afrina tiba-tiba menjadi semputlah pula. Bukan ringan si Yera ni. Gemuk.


   "Yera. Aku nak balik ni! Jom." Ucap Afrina lalu terus menangkap si Yera itu dengan pantas. Dia tersenyum puas.

   "Jom, ikut aku." Ucap Afrina lalu terus berjalan ingin pulang ke rumah dan berjumpa dengan keluarga yang amat dirinduinya.

                                                                               ***

  Tok...tok...tok

   Pintu rumah itu diketuk. Puan Hamidah membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya dia melihat Afrina sedang berdiri di depan muka pintu sambil mendukung Yera.


   "Afrina! Mama sangat rindukan Afrina!" Ucap mamanya lalu terus memeluk Afrina. Yera terus terbang memasuki ke dalam rumah. Afrina membalas pelukkan itu dengan linangan air mata.

   Abahnya yang menuju ke muka pintu sekadar tersenyum melihat anak gadisnya itu sudah pulang.

   "Wah, muka macam mama dia." Ucap Encik Airil sambil mengucup dahi anaknya itu. Afrina tersenyum.

   "Masuklah, mama ada masakkan makanan favorite Afrina." Ucap Puan Hamidah. Afrina mengangguk lalu terus memasuki ke dalam rumahnya yang sudah lama ditinggalkan.

   "Mak cik dengan pak cik kirim salam." Ucap Afrina. Puan Hamidah dan Encik Airil mengangguk sambil menjawab salam itu.

   "Mana Afrisyah?" Tanya Afrina.

   "Pergilah tengok dia." Ucap Encik Airil. Afrina dalam perjalanan mahu measuki ke dalam biliknya tiba-tiba berjumpa dengan Afrisyah. Dia begitu teruja.

   Afrisyah memandang Afrina dengan pandangan yang agak hairan.


   "Afrisyah!" Afrina terus berlari dan memeluk adiknya itu.

   "Ini akak Afrinakah?" Tanya Afrisyah. Afrina mengangguk. Afrisyah tersenyum lalu membalas pelukkan kakaknya yang sudah lama tidak dijumpai itu.

   "Afrisyah rindu sangat dekat akak." Ucap Afrisyah. Afrina mengangguk.

   "Dahlah, akak nak masuk bilik ni." Ucap Afrina. Afrisyah mengikut langkah kakaknya itu.

   "Akak duduk sini berapa lama?" Tanya Afrisyah. Afrina tersenyum.

   "Sebulan lebih. Nanti akak pergilah tinggal dengan pak cik dan mak cik semula." Ucap Afrina. Afrisyah terangguk.

   Afrina mengemas barang-barangnya dengan bantuan adiknya itu.

   Setelah tamat mengemas. Afrina terus menuju ke meja belajarnya dan membuka laci itu. Kelihatan buku diarinya tiada di situ.

   "Afrisyah, mana buku diari akak?" Tanya Afrina. Afrisyah agak gelabah. Dia menggelengkan kepalanya.

   "Habis tu, mana perginya diari akak? Takkanlah hilang." Ucap Afrina. Afrisyah tetap menggeleng.

  "Ish, mana pergi pula ni? Maybe ada dalam beg dekat alamri bilik rumah mak cik kot. Aku ja yang tak perasan. Nanti aku check balik nanti." Ucap Afrina sendirian.

                                                                               ***

   "Yeah, selamat datang Afrina!" Ucap Iman sambil memeluk Afrina. Afrina sekadar tersenyum. Maya sekadar mendiamkan dirinya dan tersenyum. Laila dan Sakinah pula begitu teruja melihat rakan lama mereka sudah pulang.

   "Best tak duduk dekat sana?" Tanya Sakinah. Afrina tersenyum.

   "Bolehlah." Ucap Afrina.

   "Ada boyfriend?" Tanya Laila seakan mengusik. Afrina menggelengkan kepalanya dengan laju. Mereka sekadar ketawa.

   "Hai Afrina." Tiba-tiba satu suara mengur. Kelihatan Fakrul sedang tersenyum ke arahnya.

   "Hai." Ucap Afrina. Dia sebenarnya agak hairan juga melihat wajah Fakrul yang semakin lama semakin matang. Bila dengar suara dan senyuman itu, Afrina pasti itu ialah Fakrul.

   "Lama kau tak balik. Rindu, so aku datang jumpa kau." Ucap Fakrul. Iman sekadar tersengih mendengar kata-kata itu. Afrina tersenyum dan tertunduk.

   "Kau semakin cantik." Ucap Fakrul. Pipi Afrina tiba-tiba memerah.

   "Macam mana belajar dekat sana? Ok?" Tanya Fakrul. Afrina terdiam seketika lalu terus mengangguk.

   "Ok. Tak ada masalah." Ucap Afrina. Fakrul tersenyum.

   "Ok, aku nak pergi kedai sekejap. Aku faham kau malu. Oklah, aku pergi dulu. Nanti kita sembang lagi. Bye." Ucap Fakrul. Afrina mengangguk.

   "Ish, malu-malu pula." Ucap Iman, mahu mengusik. Afrina membuat wajah biasa sahaja.

                                                                                   ***

   "Apa? Dia ajak aku keluar? Pergi mana?" Tanya Afrina agak terkejut. Alfi menggeleng.

   "Saja-saja pergi makan dekat kedai Pak Mad. Makan niochi katanya. Kan kau suka makan kuih tu." Ucap Alfi. Afrina terdiam seketika. Nak pergikah?

   "Pukul berapa?" Tanya Afrina.

   "Pukul 5.00 petang ni." Ucap Alfi. Afrina terdiam lalu terangguk.

   "Ok, aku tunggu dia dekat hujung jalan sana." Ucap Afrina. Alfi mengangguk lalu terus berlalu. Afrina memandang Alfi pergi. Dia tertunduk lalu terus memasuki ke dalam rumahnya.

                                                                     ***

    Zafrul sedang menunggu dia. Bilalah gadis itu mahu muncul? Janganlah tak pergi. Zafrul sudah lama tidak berjumpa dengannya. Rasa rindu makin menebal.

   Tiba-tiba dia ternampak gadis itu berjalan menuju ke arahnya. Zafrul terlopong seketika. Benarkah itu gadis yang selalu bergaduh, dan membuatkan dia berang? Betulkah dia gadis yang keanak-anakan dan tidak bijak membuat keputusan?


   "Assalamualaikum." Ucap Afrina. Zafrul menjadi agak segan lalu menjawab salam itu.

   "Err, Afrinakah ni?" Tanya Zafrul. Afrina mengangguk.

   "Aku nak minta maaf."  Ucap Zafrul.

   "Tak apa, perkara tu dah lama aku maafkan!" Ucap Afrina. Zafrul mengangguk.

   "Jomlah aku belanja kau makan niochi." Ucap Zafrul. Afrina mengangguk lalu terus mengikut langkah Zafrul.

                                                                                ***

   "So, kau duduk sini sebulan lebih? Oklah tu." Ucap Zafrul. Afrina tersenyum lalu mengangguk. Pak Mad dan anak gadisnya Suraya sekadar tersenyum.

    "Kan aku dah cakap yang aku akan sentiasa tunggu kau. Tengok, aku masih setia tunggu kepulangan kau." Ucap Zafrul. Afrina tersentak. Dia memandang Zafrul. Zafrul tersipu malu.

   "Lawaklah kau ni. Jangan nak melawak dekat sini. Dah ada GF still nak tunggu berbagai. Cakap akan setia menunggu, tak sampai berapa tahun aku duduk sana, dah couple dengan Maya." Ucap Afrina sambil ketawa kecil. Zafrul berkerut.

   "Apa yang kau cakap ni?" Tanya Zafrul, hairan. Afrina memandang Zafrul kembali.

   "Sudahlah Zaf. Kau lupakanlah aku. Entah apa-apa." Ucap Afrina sambil menggeleng dan mengunyah niochinya.

   "Apa yang kau merepek? Bila masa aku couple dengan Maya? Siapa yang cakap?" Tanya Zafrul. Afrina mengeluh.

   "Maya setiap hari call aku dan cakap fasal kau dengan dia pergi date. Aku tahu! Kau menangis nak minta couple dengan dialah, apalah." Ucap Afrina. Zafrul menggeleng keras.

   "Bila masa? Kau still percayakan dia ya? Sudahlah Afrina! Kau suka sangat percayakan dia! Cukup! Enough!" Ucap Zafrul. Afrina terdiam.

   "Sudahlah Afrina. Jangan percayakan sangat cakap dia! Kau tak ada bukti." Ucap Zafrul. Afrina terangguk.

 bersambung...

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }