Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 33}
Ahad, 13 November 2016 | 7:00 PG | 0 comments
 Afrina memasuki ke dalam rumahnya. Dia memberi salam. Baru sahaja pulang dari bergaduh dengan Zafrul. Mendengar kata-kata Zafrul supaya tidak mempercayakan kawan sendiri. Afrina duduk di ruang tamu sambil termenung seketika.

   "Afrina, kenapa nampak muram ja ni? Tak suka balik sini?" Tanya Puan Hamidah. Afrina menggeleng.

   "Habis tu, kenapa?" Tanya Puan Hamidah. Afrina menggeleng.

   "Tak, Afrina letih sikit." Ucap Afrina. Puan Hamidah mengangguk.

   "Mama nak pergi keluar sekejap. Jaga rumah ya." Ucap Puan Hamidah. Afrina mengangguk.

   Afrina melihat mamanya pergi keluar. Afrina mengingati kembali peristiwa yang berlaku tadi di kedai Pak Mad.

Imbasan peristiwa Afrina dan Zafrul ketika di kedai Pak Mad.

   "Dahlah Zaf. Aku tak percayalah." Ucap Afrina. Zafrul menggeleng.

   "Kenapa kau jealous sangat? Kau suka dekat aku ya?" Tanya Zafrul. Afrina memandang Zafrul lalu terus menggeleng laju.

   "Ish, tak payah nak perasanlah! Aku nak suka dekat kau? Tak! Seumur hidup aku, aku tak pernah ada pun perasaan yang ingin suka dekat kau! So, tak payah nak perasan sangat. Lagipun taste kau tinggi." Ucap Afrina. Zafrul sekadar tersenyum.

   "Apa senyum-senyum? Ingat aku buat lawak? Aku seriuslah!" Ucap Afrina. Zafrul menggeleng.

   "Oklah, aku nak balik! Thanks sebab belanja aku. Bye." Ucap Afrina lalu terus beredar. Zafrul tersenyum. Yalah sangat!


   Afrina menekup wajahnya. Memang malu dengan persitiwa tadi.

  "Zaf ni, macam apalah. Betulkah dia tak couple dengan Maya? Takkan Maya nak tipu aku?" Tanya Afrina sendirian. Dia menggeleng lalu terus naik ke biliknya.

                                                                                  ***

   Afrina bersiap di dalam biliknya. Hari ini, kawan-kawannya mengajak dia pergi bermandi-manda di Taman tema air. Taman itu agak jauh dari Pekan Mochi tetapi mereka akan ke sana dengan menumpangkan ayah Sakinah, Encik Ali.

   Afrina menggalas begnya lalu terus turun dari biliknya. Afrisyah yang sedang menonton televisyen mengalihkan pandangannya kepada kakaknya itu.

   "Akak nak pergi mana? Baru hari kedua?" Tanya Afrisyah. Dia memang tidak tahu aktiviti kakaknya pada hari itu. Afrina tersenyum.

   "Nak pergi taman tema! Papa Sakinah belanja. Kenapa?" Tanya Afrina. Afrisyah menggeleng.

   "So, akak dah bagitau mamalah yang akak nak ke sana?" Tanya Afrisyah. Afrina mengangguk.

Pon...pon...pon

   "Oklah, papa Sakinah dah tunggu dekat depan rumah. Bye." Ucap Afrina lalu terus keluar dari rumah dan memasuki ke dalam kerendaan itu. Afrisyah sekadar memerhati sampailah kereta itu hilang dari pandangan.

                                                                                 ***

   Iman, Afrina, Sakinah dan Maya kelihatan sedang mandi-manda di taman tema air tiu. Afrina tidak main sangat. Dia sekadar menjadi si pemerhati. Iman berkerut melihat reaksi Afrina yang sangat berubah 100 peratus itu.

   "Psst, Sakinah. Kenapa sekarang ni, aku tengok Afrina macam dah berubah? Dia dah tak macam dulu. Diam ja." Ucap Iman. Sakinah memandang Afrina.

   Afrina sedang termenung.

   "Wei, Afrina! Tengok Iman berenang! Amazing tak? Dulu tak tau berenang, sekrang dah tahu." Ucap Sakinah memanggil Afrina. Afrina melihat Iman sedang berenang. Iman tersenyum memandang Afrina.

   "Macam mana?" Tanya Iman.

   "Amazing." Ucap Afrina tenang sahaja. Tiada riak teruja pada wajahnya itu.

 
   Iman tersenyum tawar. Memang Afrina sudah berubah. Tidak periang seperti dahulu lagi. Lebih suka berdiam diri.

   Maya tidak kisah. Dia sekadar buat-buat biasa sahaja.

   "Afrina, kau ada masalah?" Tanya Sakinah. Afrina memandang Sakinah lalu terus menggeleng.

   "Mana ada. Aku ok ja." Ucap Afrina. Sakinah berkerut.

   "Tipu!" Ucap Sakinah. Afrina menggeleng.

   "Betullah. Mana ada aku tipu. Betul, mana ada masalah." Ucap Afrina. Sakinah tertunduk.

   "Dulu, kalau kita main air, kau yang akan jadi paling teruja sebab kau memang suka main air. Sebab tulah aku ajak papa aku datang sini! Rupa-rupanya, kau tak happy pun." Ucap Sakinah. Afrina menggeleng.

   "Taklah, mana ada lain. Aku rasa sama ja. Tak ada yang lain pun." Ucap Afrina. Sakinah menggeleng.

   "Kau lain! Serius!" Ucap Sakinah lagi. Afrina terdiam.

   "Tak apalah, kau tenangkanlah diri ya. Mybe kau macam tak selesa sikit sebab kau kan baru datang sini. Aku faham." Ucap Sakinah. Afrina tidak menunjukkan sebarang reaksi.

   Sakinah pergi meninggalkan Afrina.

   Afrina tertunduk. "Aku dah berubahkah?" Tanya Afrina sendirian.

                                                                               ***
  Yera sedang melihat Zafrul sedang memandang ke arah tingkap. Mahu melihat tuannya, Afrinalah tu!

   "Ish, kenapa burung gemuk tu tengok aku? Aku nak tengok Afrina, bukan dia." Tanya Zafrul sendirian. Menyampahlah pula melihat muka si burung Yera itu.


   Yera menjeling. Zafrul berkerut.

   "Kenapa dia jeling aku macam tu? Macamlah aku kisah sangat." Ucap Zafrul sendirian. Tiba-tiba Yera memasuki ke dalam bilik Zafrul. Zafrul menjadi amat terkejut. Yera terbang berpusing-pusing di bilik itu.

   "Kenapa dengan kau ni Yera!? Pergilah berambus!" Ucap Zafrul. Yera tiba-tiba ternampak diari milik Afrina. Dia memandang Zafrul.

   "Diary! My boss!" Ucap Yera. Zafrul terkejut.

   "Jangan beritahu dia! Tolonglah." Ucap Zafrul. Yera berkerut.

   "Alah, maybe kau tak faham. Err, please don't tell Afrina!" Ucap Zafrul. Yera menggeleng sambil mematuk kepala Zafrul. Zafrul menjerit kesakitan.

   "Ouch, sakitlah! Tak guna!" Ucap Zafrul.

   "I tell my boss." Ucap Yera. Zafrul menjadi marah.

   "If you tell her, I kill you!" Ucap Zafrul. Yera menggeleng.

   "I tell boss!" Ucap Yera.

   "I kill you!" Ucap Zafrul.

   "I tell boss!" Ucap Yera lagi. Zafrul menjadi geram lalu terus membaling bantalnya ke arah Yera. Yera berjaya mengelak. Dia menjelirkan lidahnya.

   "Get out of my room! Now!" Ucap Zafrul. Yera mengejek Zafrul dengan menari di depannya.

   Yera terus terbang memasuki ke dalam bilik tuannya kembali. Dia menjelirkan lidahnya  lalu terus menutup langsir tingkap bilik tuannya. Zafrul sempat mendengar jeritan terakhir burung itu.

   "I tell boss!" Zafrul menjadi geram. Tiba-tiba dadanya berdebar-debar.

   "Macam mana ni? Matilah aku." Ucap Zafrul sendirian.

 bersambung...

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard