Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 34}
Rabu, 16 November 2016 | 6:12 PG | 0 comments
   Afrina sedang menjamah makanannya di dapur. Tiba-tiba Yera terbang menuju ke arahnya. Afrina memandangnya sambil mengeluh geram. Entah apa-apa betul Yera ini.

   "Yera, tolonglah! Aku nak makan dengan keadaan yang aman dan tenteram! Kalau kau asyik terbang macam ni, susahlah!" Ucap Afrina. Yera berdiri di hadapannya.

   "Diary! Zafrul! Diary! Zafrul!" Ucap Yera. Afrina berkerut.

   "Diari? Zafrul? Apa kena-mengena?" Tanya Afrina sambil menikmati mihun gorengnya itu.

   "Diary! Zafrul!" Ucap Yera lagi. Afrina masih lagi berkerut.

   "Ya, Yera, memang diari aku hilang. Zafrul..." Afrina menghentikan kata-katanya. Dia menjadi ketakutan.

   "Err, maksud kau, diari aku ada dekat Zafrul?" Tanya Afrina. Yera mengangguk.

   "What? Macam mana ni? Dahlah aku tulis yang aku... ish! Matilah! Patutlah dia senyum-senyum ja masa aku cakap aku tak suka dekat dia! Mampuslah kalau dia dah baca! Err, Yera, tolong ambil balik ya diari aku tu." Ucap Afrina. Yera menggeleng lalu terus masuk ke dalam bilik Afrina.

   "Yera! Ish, takkan tak boleh tolong?" Ucap Afrina lalu terus menikmati kembali mihun gorengnya.

                                                                               ***

   Pada pagi hari. Kelihatan Zafrul sedang leka membaca bukunya. Yera menghendap Zafrul melalui tingkap bilik tuannya.

   Yera terus terbang memasuki ke dalam bilik Zafrul. Zafrul menjadi terkejut beruk memandang Yera masuk begitu sahaja.

   "Kau ni, dah kenapa? Ada masalah?" Tanya Zafrul spontan sambil meletakkan bukunya di atas meja. Zafrul mencapai Yera lalu melantun-lantunkan Yera seperti bermain bola jaring.

   "Kau, boleh dibuat main bola jaring." Ucap Zafrul. Yera menjadi agak geram juga. Dia itu haiwan, bukannya sebiji bola jaring yang boleh dilantun sesuka hati!


 
   Yera terus melarikan diri lalu mematuk kepala Zafrul. Dia mencapai diari milik tuannya lalu terus terbang keluardari bilik lelaki itu. Zafrul ingin menangkap tetapi tidak berjaya. Burung itu sudah pergi.

   "Ish, tak guna punya burung! Memang tak sedar diri!" Ucap Zafrul agak geram.

   "Pasti dia dah beritahu dekat Afrina." Ucap Zafrul sendirian sambil menggigit kukunya.

   "Ah, lantaklah! Apa nak jadi, jadilah! Aku tak kisah dan aku tak takut." Ucap Zafrul sendirian lagi.

                                                                                        ***

    Afrina menyimpan diarinya itu ke dalam beg sandang kecilnya yang bewarna merah jambu. Dia berasa malu pula mahu membuka diarinya itu dan membaca isinya kembali. Memang memalukan.

   "Terima kasihlah Yera! Tapi, tak guna juga! Dia dah baca!" Ucap Afrina. Dia menggigit ibu jarinya. Dia menutp langsir tingkap biliknya dengan cepat lalu membaringkan dirinya di atas katil. Baru hari ketiga.

   "Teruklah kalau macam ni! Lama lagi aku nak duduk sini." Ucap Afrina sendirian. Yera sedang menikmati kuih niochi yang baru dibeli Afrina di kedai Pak Mad.

   "Alah, buat tak tahu dan buat biasa jalah! Kan senang." Ucap Afrina lagi. Dia mengeluh.

   Tiba-tiba pintunya diketuk. Afrina membuka pintu itu. Kelihatan Encik Airil sedang tersenyum.

   "Kenapa abah?" Tanya Afrina. Encik Airil menggeleng.

   "Kawan kamu dah tunggu dekat luar. Kan kamu dah janji dengan diorang nak bawa diorang pergi pusat main badminton. Pergilah." Ucap Encik Airil. Afrina menepuk dahinya.

   "Alamak macam mana boleh lupa pula ni? Err, kata dekat diorang, sekejap ya." Ucap Afrina lalu terus membuka almarinya untuk mencari pakaian yang sesuai. Encik Airil mengangguk lalu terus menutup pintu milik anak gadisnya itu.

   "Ish, asyik termenung last-last lupa." Ucap Afrina lalu terus masuk ke dalam bilik airnya.

                                                                                      ***

   Afrina, Sakinah, Iman dan Maya berjalan bersama mahu ke pusat permainan badminton. Laila tidak dapat ikut kerana terpaksa melawat neneknya yang sedang tenat di hospital.

   "Kau sekarang ni aku dengar cerita yang kau jadi pemain badminton terhandal dekat sekolah sana tu. Betulkah?" Tanya Iman. Afrina memandang Iman lalu mengangguk. Sakinah menjadi teruja.

   "Hebatnya." Ucap Sakinah. Afrina tertunduk lalu memandang Yera yang sedang terbang di sebelahnya.

   "Taklah hebat sangat. Biasa sahaja." Ucap Afrina. Mereka berdua sekadar tersenyum kecuali Maya yang sedang berjalan dan mendiamkan diri sahaja.

   "Ok, kita dah sampai. Jomlah." Ucap Afrina. Mereka sekadar mengikut langkah Afrina.

                                                                                   ***

   Afrina sedang bersiap-sedia mahu bermain badminton. Dia dinasihatkan oleh pelatihnya agar sentiasa meningkatkan stamina.

   Afrina mengeluarkan raketnya. Sakinah menuju ke arahnya.

   "Kau nakbalik pukul berapa?" Tanya Sakinah. Afrina memandang Sakinah.


   "Entahlah! Maybe dalam pukul 6.00 petang aku balik." Ucap Afrina. Sakinah terangguk.

   "Kenapa? Kalau kau tak boleh tunggu sampai pukul 6.00 petang, aku tak kisah kalau kau nak balik dulu." Ucap Afrina. Sakinah menggeleng.

   "Tak apa. Aku boleh tunggu." Ucap Sakinah. Afrina tersenyum.

   "Oklah, aku nak main ni. Kau pun mainlah. Kau bayarkan? Oklah, aku nak main ni, tapi masalahnya, aku nak main dengan siapa?" Tanya Afrina sendirian.

   "Kau boleh main dengan aku." Ucap satu suara. Afrina menoleh. Kelihatan Fakrul sedang tersenyum. Afrina memandang Fakrul agak lama.

   "Eh, kau pun ada sini?" Tanya Afrina. Fakrul mengangguk.

   "Jomlah main sama-sama. Aku tak ada kawan nak main." Ucap Fakrul. Afrina tertunduk lalu mengangkat wajahnya. Dia tersenyum.

   "Oklah. Jom main." Ucap Afrina.



   "Kalau macam tu, jom kita main." Ucap Fakrul.

                                                                                     ***

   Maya menuang air oren ke dalam cawan plastik. Maya mengeluarkan sepeket racun serangga. Dia meletakkan racun itu ke dalam minuman Afrina. Maya melihat Sakinah dan Iman sedang bermain badminton juga kerana mereka sangat bosan.

   Yera melihat perbuatan Maya. Dia merenung Maya dengan tajam. Tiba-tiba Afrina berjalan bersama Fakrul mahu merehatkan diri buat sementara.

   "Nah, ini air untuk kau Afrina." Ucap Maya lalu menghulurkan secawan plastik kepada Afrina. Afrina mahu mencapai cawan itu lalu Yera terus terbang dan menjatuhkan cawan itu. Habis air itu tertumpah.

   "Yera! Apalah kau ni! Aku nak minum! Burung penyibuk! Asyik nak terbang ja." Ucap Afrina. Yera menggeleng.

   Maya menjadi agak geram juga. Rancangan mahu meracuni Afrina tidak menjadi pula disebabklan oleh si burung Yera!

   "Err, tak apalah, nah aku bagi air baru." Ucap Maya lalu menghulurkan secawan lagi air oren. Afrina mencapai air itu lalu meneguknya. Fakrul sekadar tersenyum.

   "Terima kasih Maya! Sayang kau!" Ucap Afrina. Dia terus berjalan mahu bermain semula.

   "Be careful with water!" Ucap Yera. Afrina memandang Yera dengan meluat dan menyampah.

   "Ah, cakap banyak pula si burung ni! Careful, careful! Entah apa-apa!" Ucap Afrina.



   "Sudahlah tu, Afrina! Yera prihatin dengan awak. Tak akanlah itu pun awak nak marah dia." Ucap Fakrul sambil tersenyum lucu. Afrina memandang Fakrul.

   "Prihatinlah sangat! Itu namanya biadab! Mana boleh tumpahkan air orang macam tu ja." Ucap Afrina. Memang macam budak-budak.

   "Dia tak sengaja." Ucap Fakrul.

   "Tak sengajalah sangat. Tengok macam saja-saja. Sokong sangatlah burung ni." Ucap Afrina.



   "Dahlah. Jom main." Ucap Afrina. Fakrul tersenyum lucu.

                                                                                       ***

   "Oklah, aku balik dulu." Ucap Afrina. Fakrul tersenyum sambil mengangguk.

   "Patutlah digelar budak paling handal main badminton dekat sekolah. Memang dashat pun." Ucap Fakrul sambil tersenyum. Afrina tertunduk sambil tersenyum.

   "Terima kasih. Kau pun hebat juga. Oklah, aku balik dulu. Jom Yera! Bye Fakrul. Terima kasih untuk hari ni." Ucap Afrina lalu terus pergi. Fakrul tersenyum dan memandang sahaja Afrina pergi.


   "Lama tak jumpa dengan dia. Perangai dia pun lebih matang dari dulu." Ucap Fakrul sendirian.

 bersambung...  

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard