Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 35}
Ahad, 20 November 2016 | 10:04 PG | 0 comments
   "Assalamualaikum." Afrina memberi salam sambil terus memasuki ke dalam rumah. Afrisyah memandang kakaknya. Afrina terus menuju ke arah Afrisyah.

   "Betulkah Afrisyah yang bagi diari akak dekat Zafrul?" Tanya Afrina. Afrisyah menelan air liurnya. Alamak, tembelang dah pecah.

   "Jawab, betulkah?" Tanya Afrina lagi. Afrisyah terdiam lalu terus mengangguk.

   "Macam mana akak tahu ni?" Tanya Afrisyah. Afrina tertunduk.

Peristiwa semasa mahu pulang dari pusat permianan badminton

   Afrina sedang berjalan seorang diri mahu pulang ke rumah. Rasa letih tadi bermain badminton untuk meningkatkan daya dan stamina. Tiba-tiba Zafrul terus menegurnya. Kebetulan Zafrul dalam perjalanan mahu membeli kopi buat ayahnya.

   "Hai, Afrina." Tegur Zafrul. Afrina sekadar tertunduk malu. Mukanya memang nampak merah. Zafrul tersenyum nakal.

   "Memang nampak sangat yang kau..." Belum sempat Zafrul mahu habiskan ayatnya, Afrina sudah memotong.

   "Serius, isi dalam diari tu hanya main-main ja. Aku tak bermaksud pun nak suka dekat kau. So, pleaselah, jangan perasan dan syok sendiri." Ucap Afrina tenang tetapi dalam hati sedang berasap. Zafrul sekadar tertunduk.

   "Entahlah, tapi aku tak nak fasal perkara ni, kau nak putuskan sahabat dengan aku. Bukan salah aku. Afrisyah yang bagi. Aku baca jalah dah dia suruh." Ucap Zafrul. Afrina menjadi agak terkejut. Oh, jadi ini angkara Afrisyah.

   "Jangan nak tipulah Afrina. Diari kaukan, tak akanlah nak menipu dekat diari sendiri. Terus-terang jalah." Ucap Zafrul tenang sahaja. Afrina tertunduk.

   "Ok, nampak sangat aku dah tak boleh tipu tapi itu dulu. Masa kita kecil lagi. Sekolah rendah. Sekarang ni kita dah remaja. Nak dekat dewasa. So, aku lebih nak fokus dengan pelajaran aku."  Ucap Afrina serius dan tegas.

   "Oklah. Aku faham. Aku sedar." Ucap Zafrul. Afrina tertunduk lalu terus pergi begitu sahaja. Zafrul memandang Afrina pergi.

    Afrisyah tertunduk selepas mendengar cerita kakaknya itu. Dia tersenyum sedikit. Afrina mencubit lengan adiknya itu. Afrisyah mengurut lengannya.

   "Alah, akak rilekslah.Janganlah ambil serius sangat." Ucap Afrisyah sambil ketawa berdekah-dekah. Afrina mengetap giginya.

   "Macam-macam! Budak bertuah!" Marah Afrina lalu terus naik ke dalam biliknya.

                                                                                 ***
 
   Afrina masih tidak tidur sehinggalah jam menunjukkan jarum 12.00 malam tepat. Afrina mengeluh.

   "Ish, kenapa tak boleh tidur ni? Semua dah tidur." Ucap Afrina sendirian. Dia melihat Yera sudah tidur. Afrina mengeluh lalu terus turun dari katilnya. Dia mengepit rambutnya lalu terus keluar dari biliknya.

   Dia melihat di luar rumah. Jalan kelihatan sunyi-sepi. Dia mengeluh.

   "Bosanlah hidup yang macam ni. Tak ada apa-apa." Ucap Afrina.

   Tiba-tiba mesej datang. Afrina mengeluarkan telefon dari koceknya. Dia melihat mesej yang sampai.

PERGILAH TIDUR!

   Afrina terkejut melihat mesej itu. Dia membaca nama yang menghantar mesej itu. Afrina menggeleng lucu.

   "Mama ni. Lawaklah." Ucap Afrina. Pasti mamanya nampak semasa mahu keluar ke tandas. Afrina terus naik masuk ke dalam biliknya.

                                                                                   ***

   Fakrul berjalan sambil menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar. Dia kelihatan biasa sahaja. Tiba-tiba dia ternampak Afrina. Dia terus berlari mahu menuju ke arah Afrina.

   "Afrina." Ucap Fakrul pada Afrina. Afrina tersenyum memandang Fakrul.

   "Hai. Kenapa?" Tanya Afrina. Fakrul menggeleng.

   "Kenapa? Tak ada apa-apa! Salahkah nak tegur?" Tanya Fakrul kembali. Afrina sekadar tertunduk.

   "Dari mana ke mana?" Tanya Fakrul. Afrina tersenyum.

   "Nak balik rumah. Saya belikan Yera choco crunch. Kesianlah pula marah dia hari tu. Saya nak ambil hati dia semula." Ucap Afrina. Fakrul terangguk.

   "Itu memang makanan kegemaran diakan? Memang dari dulu lagi dia suka makan tu." Ucap Fakrul. Afrina tersenyum sambil mengangguk.

   "Memang choco crunch favorite dia." Ucap Afrina.

  "Oklah, aku balik dulu ya. Bye." Ucap Afrina tetapi tiba-tiba sahaja lengannya yang berlapik itu dicapai oleh Fakrul. Langkah Afrina mati.

  "Err, maaf lagipun lengan awak ni berlapik. Saya cuma nak cakap yang..." Fakrul melepaskan lengan Afrina dan tidak dapat menghabiskan ayatnya. Afrina memandang Fakrul menantikan jawapan.

   "Awak nak cakap apa?" Tanya Afrina. Fakrul tersenyum lalu menggeleng.

   "Kirim salam dekat keluarga ya." Ucap Fakrul sambil membuat muka tenang dan biasa sahaja. Afrina masih memandang Fakrul.

   "Kenapa?" Tanya Fakrul. Afrina menggeleng.

   "Oklah, saya balik dulu. Bye." Ucap Afrina lalu terus berlalu dari situ. Fakrul sekadar tersenyum.


                                                                                    ***

   Maya berjalan bersama Afrina. Tidak lupa juga dengan Yera yang turut mengikuti. Maya sekadar memandang pemandangan sekeliling. Ada sekali-sekala dia rasa meluat dengan Afrina.

   Dia menggigit ibu jarinya. Mencari jalan untuk memisahkan Afrina dengan Zafrul.

   Tiba-tiba sebuah kereta meluncu laju. Maya tersenyum jahat. Dia terus melanggar melanggar Afrina menggunakan bahunya untuk buat-buat jatuh. Afrina terjatuh di tengah jalan. Kereta itu semakin laju. Afrina menjadi ketakutan. Dia tergamam di situ.

 bersambung...

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard