Selasa, 22 November 2016

Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 37}

   Fakrul memandang Maya dengan pandangan yang sangat geram. Maya sekadar tertunduk lalu menyeluk racun itu ke dalam poketnya. Tetapi belum sempat mahu menyimpan racun itu, Fakrul sudah merampas.

   "Oh, racun serangga. Apa yang kau nak buat?" Tanya Fakrul. Maya meneguk air liurnya. Fakrul menarik Maya menuju ke luar bilik itu. Fakrul melepaskan Maya dengan agak kasar. Maya mengusap lengannya sambil merengus geram.

   "Eh, kau ni dah kenapa? Elok-eloklah!" Marah Maya. Fakrul menggeleng.

   "Apa yang kau nak buat dengan racun serangga ni? Dalam badan Afrina ada serangga?" Tanya Fakrul seakan menyindir. Maya terdiam.

   "Apa yang kau nak buat!?" Fakrul menjadi berang. Maya menjadi terkejut mendengar tengkingan dari lelaki itu. Fakrul merenung Maya dengan tajam sekali menantikan jawapan dari mulut gadis itu.

   "Aku..." Maya tidak dapat menghabiskan ayatnya. Fakrul bercekak pinggang.

   "Apa aku? Apa?!" Tanya Fakrul dengan marah. Maya menjadi geram.

   "Aku nak biar dia mampus! Aku tak inginlah perempuan tu hidup! Dia tu, hanya menyusahkah! Menyusahkan! Aku nak racun dia! Biar dia mampus! Baru puas hati aku!" Ucap Maya dengan geram sekali. Fakrul tanpa berlengah terus menampar wajah Maya. Maya menjadi terkejut. Dia memegang sebelah pipinya.

   "Kau ni memang perempuan tak guna! Perempuan bodoh! Aku tahu, kau geram dengan dia, sebab dia sukakan Zafrulkan? Kan?!" Tanya Fakrul dengan geram sekali. Maya memandang Fakrul lalu terus mengeluh geram.

   "Hei, kalau kau sukakan Zafrul sekalipun, apa kena-mengena dengan Afrina? Kalau kau betul-betul cintakan Zafrul, kau usaha sajalah! Tak payah sampai nak bunuh Afrina! Afrina tak bersalah! Aku pun sukakan Afrina! Tapi aku tak kisah kalau dia nak sukakan Zafrul! Hei, kalau kau nak tahulah, aku boleh combine dengan kau untuk buatkan Zafrul dengan Afrina berjauhan. Tapi, aku tak sanggup. Biar dia suka aku dengan kerelaan hatinya. Bukannya paksaan!" Marah Fakrul panjang lebar. Maya terdiam.

   "Kenapa kau sanggup buat macam ni? Dia tukan kawan kau? Kau tak kesiankah?"  Tanya Fakrul bertubi-tubi. Maya menggeleng sambil mengusap air matanya.

   "Aku lakukan semua ni, sebab Zafrul! Zafrul! And lagi satu, Afrina pun sukakan dia! Aku tak nak diorang nanti happy dan biarkan aku terkapai-kapai. So, aku merancang untuk bunuh Afrina. Biar Zafrul tu hanya jadi milik aku seorang sahaja." Terang Maya. Fakrul menggeleng.

    "Kalau kau bunuh Afrina sekalipun, tak semestinya Zafrul akan cintakan kau. Ada otak, ada akal, fikir!" Ucap Fakrul. Maya menggeleng.

   "Ah, semua orang cakap senang! Tapi, tak akan dapat rasa apa yang ada dalam hati aku!" Ucap Maya lagi sambil menangis dengan teresak-esak. Fakrul menggeleng kesal.

   "Kau ni apa? Syaitan mana dah rasuk kau ni? Mengucaplah." Ucap Fakrul. Maya menggeleng lalu terus menampar pipi Fakrul.

   "Kau, lelaki bodoh! jangan cakap banyak dekat sini! Jangan berlagak macam baik sangat dekat sini!" Ucap Maya lalu terus pergi. Fakrul memejamkan matanya. Dia memegang pipinya dan memandang Maya pergi.

   Fakrul tertunduk. Dia tidak tahu ada sepasang mata sedang memerhatikan situasi tersebut. Siapa?

                                                                                       ***

   Sudah beberapa minggu Afrina tinggal di dalam hospital dan akhirnya, dia dapat juga keluar. Memang masih rasa sakit di kepala dan belakangnya tapi direlakan juga diri supaya tabah menghadapi dugaan yang diberi oleh tuhan yang maha esa.

   Pada jam 7.00 malam, kelihatan Afrina sedang berjalan bersama Sakinah. Mereka baru sahaja pulang dari pusat bermain badminton.

   "Jom rest dekat sini kejap." Ucap Sakinah. Afrina tersenyum.

   "Oklah." Ucap Afrina. Mereka berdiri di situ.

   "Kau ok?" Tanya Sakinah. Afrina memandang Sakinah lalu mengangguk.

   "Oklah. Tak seteruk masa first time sedar tu. memang rasa sakit tu, tak terkira. Sakit gila. Tapi tak apalah, sekarang ni aku dah ok." Ucap Afrina sambil mendongak ke langit.

   "Dekat sekolah sana, kau ok?" Tanya Sakinah. Afrina mengeluh keras.

   "Bolehlah. Adalah juga orang kacau aku macam buli aku dengan cara, semuanya aku kena buat. Tapi, aku tak berani nak lawan." Ucap Afrina. Sakinah menggeleng.

   "Bukan kau seorang yang beranikah? Kenapa tiba-tiba jadi coward ni?" Tanya Sakinah. Afrina menggeleng.

   "Aku tak nak tambah masalah. Aku tak nak ada musuh. Pedulikan jalah, tapi aku tak tegur dan baik sangat dengan diorang." Ucap Afrina. Sakinah memandang Afrina. Gadis itu kelihatan tenang sahaja.

   "Aku hanya berserah kepada Allah SWT. Biar dia sahajayang balas." Ucap Afrina. Sakinah terangguk.

   "Tapi, aku pelik sangat dengan Maya. Dia macam nak jauhkan diri dari aku. Aku ada buat salahkah Sakinah?" Tanya Afrina. Sakinah tertunduk. Rasa sangat kasihan dengan kawannya yang seorang ini. Selalu hidup tidak tenang.

   Sakinah menepuk bahu Afrina. Afrina sekadar terdiam dan memandang pada pemandangan yang hampir gelap. Langit tanpa bintang. Begitu juga dengan hatinya yang sedang gundah-gulana. Tidak dapat diteteramkan.

   "Kau jangan risau ya. Kalau dia tak nak kawan dengan kau pun. Aku, Laila dan Imankan ada. Aku rasa, kau tak payah fikir sangat fasal dia. Dia memang macam tu." Ucap Sakinah.


   Afrina tersenyum. Dia mengangguk.

   "Betul juga. Tapi, Maya tu kawan kita. Aku akan jadi tak selesa kalau aku tak dapat ambil hati dia balik. Kau pasti faham." Ucap Afrina. Sakinah terangguk. Tiba-tiba mesej tiba di telefon milik Sakinah. Sakinah mengeluarkan telefon itu dan membaca mesej yang baru diterima.

   "Oklah, aku kena balik ni. Tiba-tiba ja mama aku call suruh balik. Pak cik aku datang. Bye Afrina. Nak balik? Jom aku temankan." Ucap Sakinah sambil menyimpan telefonnya ke dalam kocek. Afrina tersenyum dan menggeleng.

   "Tak apalah. Aku boleh balik sendiri. Lagipun, ramai orang dekat sini. Aku ok. Kau pergilah balik." Ucap Afrina. Sakinah menggeleng.

   "Aku risaulah, jom balik sama-sama." Ucap Sakinah. Afrina pula yang menggelengkan kepalanya.

   "Tak apa. Kau pergilah balik. Aku ok." Ucap Afrina. Sakinah tertunduk sekejap.

   "Sakinah, pergilah balik. Please, kalau kau betul kawan aku, tolonglah ikut cakap aku untuk kali ni ja. It's okay. Kau boleh balik. Aku just nak rest dekat sini kejap." Ucap Afrina sambil mengenggam tangan sahabat karibnya itu. Sakinah tersenyum.

   "Oklah, kalau kau dah sampai rumah mesej aku. Aku risau ni. Kau baru ja sembuh. Take care." Ucap Sakinah lalu terus berjalan ingin pulang. Tinggallah Afrina keseorangan di situ.

   Setelah beberapa minit sedang termenung di situ, tiba-tiba ada satu susuk tubuh menghampirinya. Afrina tidak perasan akan kehadiran lelaki itu.

   "Tak balik lagi?" Tanya lelaki itu. Afrina menoleh lalu tersenyum.

   "Tak. Nak duduk santai dekat sini kejap. Kau buat apa jalan-jalan dekat sini?" Tanya Afrina. Fakrul menggeleng.

   "Saja-saja. Baik kau balik. Dah pukul berapa ni, hari pun semakin gelap. Aku teman kau." Ucap Fakrul. Afrina memandang Fakrul. Dia menggeleng.

   "Aku balik sekejap lagilah. Kau pergilah balik." Ucap Afrina. Fakrul menggeleng.

   "Pergi balik." Ucap Fakrul agak tegas. Afrina tertunduk.

   "Tak apa, nanti aku balik." Ucap Afrina. Fakrul menggeleng.

   "Balik!" Ucap Fakrul lagi. Afrina memandang Fakrul dan akhirnya mengangguk ingin pulang.

   "Aku teman. Lagipun bahaya dekat luar ni." Ucap Fakrul. Afrina mengikut langkah Fakrul. Fakrul kelihatan sedang membawa sebuah beg. Afrina tidak bertanya pun tentang beg yang sedang dipegang oleh lelaki itu.

   "Jalan dekat depan. Kalau kau kena culik nanti susah. Aku tak perasan." Ucap Fakrul. Afrina tertunduk lalu akur sahaja. Memang Fakrul ini jenis yang suka memaksa. Tapi, dia memaksa untuk kebaikkan.

   "Bila kau balik?" Tanya Fakrul. Afrina tidak menoleh memandang Fakrul dan tidak menjawab pun pertanyaan Fakrul. Fakrul menjadi agak hairan juga.

   "Afrina!" Tegur Fakrul. Afrina terhenti lalu memandang Fakrul.

   "Ya." Ucap Afrina sangat ringkas. Fakrul mengeluh.

   "Kau balik bila?" Tanya Fakrul. Afrina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   "Maybe lagi empat minggu ni. Kan sekolah dah nak buka." Ucap Afrina. Fakrul terangguk.

   "Kenapa kau tanya? Tak sabar aku nak balik?" Tanya Afrina tenang sahaja. Seperti tidak ada rasa bersalah. Fakrul tersentak. Cara Arina bertanya itu seperti tidak kisah langsung pada dirinya.

   "Err, mana ada." Ucap Fakrul. Afrina sekadar meneruskan perjalanannya. Tidak menoleh langsung. Fakrul menjadi agak risau juga. Adakah dia terkecilkan hati gadis ini? Atau, Afrina sedang berfikir tentang perkara lain dan buat endah tidak endah kepadanya? Fakrul tidak tahu!

   "Hati-hati!" Jerit Fakrul. Afrina menjadi terkejut. Dia menjadi trauma dan tidak tahu mahu buat apa?


 bersambung...

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }