Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 43}
Sabtu, 24 Disember 2016 | 5:06 PG | 0 comments
   "Aku tak tahu nak cakap apa lagi dengan dia." Ucap Zafrul. Afrina sekadar mendengar dan terangguk.

   "Betulkah? Patutlah." Ucap Afrina. Zafrul memandang Afrina.

   "Kau rasa, perempuan macam dia tu, akan berubahkah? Aku rasa taklah! Serius, tak! Never change!" Ucap Zafrul. Afrina menggeleng mendengar ayat Zafrul itu.

   "Zaf, aku percaya yang dia akan berubah. Kau sanggupkah tengok kawan sepermainan kita hanyut dengan dendam dia. Dengan hasutan syaitan supaya terus membenci kita?" Tanya Afrina meminta sokongan dari Zafrul.

   Zafrul merenung dalam ke anak mata milik gadis itu. Memang gadis itu lebih matang dan tidak seperti dahulu lagi.

   "Kalau benci macam mana pun, kita kena ingat jasa baik yang dia pernah buat dekat kita. Please Zaf, jangan jadi macam ni. Kita kena ada juga sifat mengalah tu." Ucap Afrina. Zafrul tertunduk dan mengetap giginya. Akhirnya dia mengangguk dan tersenyum.

   "Baiklah Afrina. Aku akan cuba bawa dia yang dulu. Aku janji." Ucap Zafrul. Afrina tersenyum.

   "Terima kasih Zaf. Kau memang terbaik." Ucap Afrina sambil ketawa kecil. Zafrul tersenyum. Lega dapat melihat gadis itu menjadi gembira seperti dahulu semula.

                                                                                ***

   Maya termenung seorang diri di halaman rumahnya. Tiba-tiba ibunya datang ke arahnya.

   "Maya, kenapa termenung seorang diri ni? Ada masalah? Cerita dekat ibu." Ucap ibunya. Maya memandang ibunya lalu menggeleng.

   "Alah, bingitlah! Maya nak berseorangan pun susah. Tepilah!" Marah Maya lalu terus menolak kasar ibunya dan memasuki ke dalam rumah. Ibunya menggeleng hiba. Kenapa anak gadisnya itu menjadi seperti itu?

   Tiba-tiba Afrina memberi salam. Wanita tua itu tersenyum dan menuju ke arah Afrina.

   "Assalamualaiku mak cik. Saya nak jumpa dengan Maya. Dia ada tak?" Tanya Afrina. Ibu kepada Maya sekadar mengangguk.

   "Jemputlah masuk Afrina. Kejap mak cik panggil." Ucap ibu kepada Maya lalu terus masuk ke dalam rumah untuk memanggil anaknya keluar. Dia mengetuk pintu bilik anaknya itu.

   "Maya, Afrina nak jumpa Maya." Ucap ibunya dari luar. Maya meramas-ramas rambutnya dan membuka pintu itu dengan kasar.

   "Hei, kau fahamkah tak?! Aku nak bersendirian! Kau pekakkah? Atau bodoh?!" Marah Maya seperti orang gila lalu terus menolak ibun kandungnya itu. Ibunya itu mengerang kesakitan. Mendengar kekecohan itu, Afrina terus menuju ke arah mereka.

   "Masyaallah! Kenapa ni mak cik?" Ucap Afrina lalu terus menolong Puan Adilah berdiri semula. Puan Adila iaitu ibu kepada Maya sekadar tersenyum tawar.

   "Maya, kenapa kau buat dekat ibu kau macam ni?" Tanya Afrina dengan lembut sekali. Maya menggelengkan kepalanya dan tersenyum sinis.

   "Kenapa kau datang sini?! Hei, perempuan! Kau dengar sini baik-baik! Aku berani kelar leher kau dekat depan perempuan tua yang bodoh ni! Kau jangan ingat yang aku takut tau!!" Maya sudah menjerit persis orang gila. Puan Adila menggeleng kesal. Hatinya hiba dengan perubahan anaknya itu. Dia menjadi sebak.

   "Mengucap Maya! Kau ni dah kenapa? Jangan ikut hasutan syaitan tu. Nikan mak kau. Kau tak nampakkah?" Tanya Afrina. Maya menggeleng.

   "Sebelum aku bunuh kau, baik kau berambus sekarang! Hei, pergilah mati!" Ucap Maya. Afrina menggeleng.

   "Aku tak akan pergi selagi kalau kita tak settlekan semua ni. Aku tak akan berambus selagi kau masih ikut kata syaitan tu! Jangan harap!" Ucap Afrina agak geram.

   Maya ketawa kecil. "Kau ni memang tak pernah serikkan? Memang tak pernah serik ya!?" Ucap Maya lagi.

   Afrina menggeleng. "Maya, benda yang dulu janganlah kau ingat. Kalau ada jodoh kau terhadap Zaf, jangan risau, kau pergi mana pun, dia tetap akan datang! Kau fikir yang baik Maya. Allah SWT selalu beri yang terbaik buat hambanya!" Ucap Afrina.

   "Hal ni tak ada kena-mengena dengan Zaf!!! Aku benci dia!!! Stop talks about him!!!" Jerit Maya lalu terus memegang kuat leher Afrina. Afrina meronta-ronta minta untuk dilepaskan.

   "Kau kena mati sekarang juga!" Ucap Maya. Puan Adila berdiri untuk menghalang.

   "Kau jangan sibuk sial!" Ucap Maya lalu terus menolak ibunya itu. Ibunya itu terus jatuh tersembam di bucu meja tidak sedarkan diri. Memang kuat juga tolakkan Maya itu. sehingga dahi Puan Adila berdarah.

   Wajah Afrina sudah mula pucat.

   Maya ketawa kecil. "Nak dilepaskan? Jangan harap. Kau mesti mati." Ucap Maya perlahan dan penuh sinis. Afrina menggeleng lalu terpaksa menendang perut Maya. Maya mengerang kesakitan seraya melepaskan Afrina. Afrina terbatuk-batuk di situ.

   "Ya Allah! Tolonglah! Maya please! Jangan berdendam." Ucap Afrina agak lemah. Dia masih terbatuk-batuk.

   Afrina melihat keadaan Puan Adila. Sudah tidak sedarkan diri.

   "Kau harus minta ampun dari ibu kau sebelum terlambat." Ucap Afrina lagi.

                                                                                   ***

   "Kan aku dah cakap Afrina. Bahaya jumpa dengan perempuan tu seorang diri. Dia tu dah macam psiko." Ucap Fakrul sambil memasuki ke dalam wad itu. Kelihatan Puan Adila sedang terbaring lemah. Sudahlah suaminya itu telah lama pergi menghadap ilahi. Tak akanlah hari ini pula gilirannya?

   "Aku tak tahulah dengan Maya tu! Memang dasar betina! Bukan manusia dah kalau perangai macam ni. Binatang pun sayangkan maknya!" Ucap Sakinah sangat geram.

   "Sudahlah, Sakinah. Kita serahkan saja pada Allah SWT. Hanya dia sahaja yang boleh membalas." Ucap Afrina. Sakinah menggeleng kesal.

   "Dia tu macam dah tak boleh berubah. Hanya maut sahaja yang boleh diamkan dia." Ucap Sakinah. Fakrul mengangguk. Terasa kasihan dengan nasib Puan Adila yang koma akibat dari anaknya sendiri.

   "Macam tak bersalah pula tu. Ada dia lawat mak dia? Tak ada. Tengok cool ja." Ucap Fakrul. Afrina terdiam. Sakinah mengangguk. Maya sepatutnya sudah kena gari.

                                                                           ***

   Zafrul memberhentikan motosikalnya di hadapan rumah Maya. Dia mengetuk pintu rumah itu dengan ganas kerana dia tahu yang Puan Adila sudah masuk wad manakala ayahnya sudah menghadap ilahi. Jadi, hanya dia seorang sahaja di dalam rumah itu.

   "Buka pintu ni. Kau sekarang dah melampau. Kau kena buka pintu sekarang juga!" Tengking Zafrul. Memang nampak marah dan benci sekali. Tetapi tiada balasan.

   "Hei, kau pekakkah!? Buka pintu ni! Perempuan bodoh! Anak jenis apa kau ni?" Marah Zafrul lagi. Tetapi, tetap tiada balasan.

   "Tak apa, aku akan balik. Tapi kau kena ingat yang kau tak akan dapat lari dari aku." Ucap Zafrul lalu terus keluar dari halaman rumah itu.

                                                                     ***

   Zafrul termenung di dalam biliknya. Sangat kesal dengan sifat Maya yang semakin lama semakin teruk itu.

   "Salah akukah semua ni?" Tanya Zafrul sendirian.

   "Ya Allah. Ampunkan aku kalau betul-betul aku yang bersalah dan buat Maya jadi macam ni." Ucap Zafrul. Dia memandang di luar tingkap pemandangan hujan di waktu malam itu.


   "Aku akan tunaikan janji aku dekat dia." Ucap Zafrul sendirian tetapi bernada tegas.


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard