Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 44}
Ahad, 25 Disember 2016 | 10:33 PG | 0 comments
   "Aku dah pergi rumah dia hari tu! Aku tak tahulah yang dia ada kah tak ada! Tapi aku pasti, kalau dia ada pun, gerenti dia tak akan buka pintu!" Ucap Zafrul sambil mencebik. Afrina mengeluh selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zafrul itu.

   "Habis tu, sekarang macam mana? Dia tak akanlah tak rasa bersalah buat dengan ibu dia macam tu." Ucap Afrina. Zafrul mengangkat bahunya.

   "Orang gila, manalah nak ada rasa bersalah!" Ucap Zafrul. Afrina memandang Zafrul agak terkejut.

   "Tak baik kau kata macam tu dekat dia, Zaf! Diakan kawan kita! Baik, buruk, kita kena ubah perilaku dia tu!" Ucap Afrina. Zafrul menggeleng.

   "Afrina, dengar sini baik-baik, aku memang betul-betul kata yang dia tu dah gila! Orang waras, tak akan buat macam tu dekat mak dia sendiri! Pleaselah Afrina! Dia tu gila! Bukan aku ja yang kata, Sakinah, Fakrul, Alfi, Iman, Laila pun kata macam tu." Ucap Zafrul.

   Afrina terdiam. Dia tidak tahu apa yang mahu dikatakan.

   "Dia memang gila." Ucap Zafrul sekali lagi. Afrina memandang Zafrul.

   "Jadi, dia tak boleh diubah?" Tanya Afrina. Sebak suaranya.

   Zafrul memandang Afrina dengan hiba. Gadis itu kelihatan sangat sedih. Mahu tidak mahu, dia harus menjawab pertanyaan itu.

   "Ya." Ucap Zafrul serius.

   "Tolonglah percaya Afrina! Dia gila!" Ucap Zafrul sekali lagi. Afrina mengusap air matanya. Memang dari ayat Zafrul itu, dia tidak melawak.

   "Maaf, Afrina. Ini kenyataan, kau kena percaya." Ucap Zafrul. Afrina terdiam,

   "Apa buktinya?" Tanya Afrina. Dia masih tidak mampu percaya.

   Zafrul menggeleng. "Afrina, kau tak perlu bukti, kau tengok cara dia tu, memang Maya kawan sepermainan kita tu dah gila. Dia dah gila! Kadang-kala aku dengan Alfi akan nampak dia cakap sorang-sorang and then gelak macam orang gila! Memang dia dah gila, Afrina." Ucap Zafrul.

   "Dia gila macam tu pun sebab kau, Zaf!" Ucap Afrina menahan air matanya.

   Zafrul terdiam. Dia pula yang rasa bersalah.

   "Tapi, aku..." Zafrul tidak dapat menghabiskan ayatnya. Seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya.

   "Aku rasa sedih sangat tengok dia yang sekarang ni. Sedih sangat. Kawan baik aku jadi macam tu. Maybe, kalau kau terima cinta dia, dia akan ok." Ucap Afrina. Zafrul terdiam.

   "Zaf, tolonglah, satu ja! Kau terima cinta dia! Aku ok ja. Tolong, Zaf! Aku tak nak kawan baik aku gila!" Ucap Afrina. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan Maya tidak gila. Zafrul menggeleng laju.

   "Tak boleh Afrina. Permintaan ni memang aku susah nak tunaikan!" Ucap Zafrul. Afrina menggeleng.

   "Zaf, tolonglah! Satu ni sahaja. Tak susah pun Zaf!" Ucap Afrina. Zafrul tetap menggeleng.

   "Afrina, aku cinta kau bukannya dia! Hati dan perasaan mana boleh dipaksa. Tolonglah Afrina. Faham sikit." Ucap Zafrul. Afrina tersenyap.

   "Aku tahu, aku salah dalam hal ni tapi dia kena tabah dan perlu terima hakikat. Aku tak fahamlah, sanggup dia jadi macam tu hanya untuk mengejar cinta seseorang yang langsung tak cintakan dia!" Ucap Zafrul sangat tegas.

   "Aku... aku tak tahu nak cakap apa! Tapi demi kawan baik aku tu, aku sanggup buat apa sahaja." Ucap Afrina sedih.

   "No, Afrina! Macam-macam cara lagi kau boleh buat! Kalau dia minta yang bukan-bukan. Kau sanggup berikan?" Tanya Zafrul pula. Afrina terdiam.

   "Please, Afrina! Dia jadi macam tu pun sebab salah dia juga! Aku rasa aku tak bersalah pun! Jadi, tolong jangan babitkan aku." Ucap Zafrul lagi. Afrina terkedu.

   "Tapi..." Afrina pula yang tidak dapat melawan. Selalunya waktu sekolah rendah, apa yang Afrina cakap, Zafrul tidak tahu melawan, kini, dia sudah kalah!

                                                                                          ***

   "Apa? Puan Adila sudah sedar?" Tanya Afrina mahukan kepastian dari Fakrul. Fakrul mengangguk. Afrina terus berlari masuk ke dalam bilik Puan Adila itu. Kelihatan Sakinah sedang membantu Puan Adila untuk duduk di katilnya.

   "Assalamualaikum mak cik." Ucap Afrina sambil bersalaman dengan Puan Adila. Puan Adila tersenyum sambil menjawab salam itu.

   "Mak cik dah ok sikit? Atau masih rasa sakit?" Tanya Afrina dengan lembut. Puan Adila tersenyum sambil menggeleng.

   "Mama dengan abah saya kirim salam. Syukurlah kalau mak cik dah ok." Ucap Afrina sambil mengenggam tangan Puan Adila dengan erat. Fakrul duduk bersebelahan dengan Sakinah. Tiba-tiba Laila dan Alfi memasuki ke dalam bilik itu.

   "Assalamualaikum, kami ada bawakan bunga dan buah-buahan buat mak cik. Kan mak cik dah sedar." Ucap Laila sambil menghulurkan buah tangan itu kepada Puan Adila. Puan Adila mencapai buah tangan itu dan meletakkannya dia atas meja.

   "Mak cik masih rasa sakitkah?" Tanya Laila. Puan Adila menggeleng sambil tersenyum keibuan.

   "Maya." Ucap Puan Adila. Dari caranya berucap itu, memang kelihatan yang dia masih sakit dan lemah.

   Afrina dan yang lain menjadi sedih. Mana Maya? Tidakkah dia mahu datang ke sini dan memohon maaf dari ibu kandungannya sendiri? Adakah dia sudah lupa yang syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu?

   "Maya tak dapat datang mak cik. Tapi percayalah, dia rasa bersalah sangat dengan apa yang dia dah buat." Ucap Afrina cuba untuk menenangkan hati si ibu. Tapi Puan Adila menggeleng sambil mengusap air matanya yang menitis dengan banyak.

   "Mak cik rindukan dia. Mak cik sayangkan dia. Hanya dialah satu-satunya anak mak cik. Mak cik dah tak ada sesiapa lagi dekat dunia ni." Ucap Puan Adila. Afrina mengetap bibirnya. Fakrul memejamkan matanya. Sakinah menjadi sebak manakala Alfi dan Laila sekadar terdiam dan tetunduk hiba.

   "Cukuplah dengan kehilangan suami mak cik yang paling mak cik cinta. Mak cik tak nak kehilangan Maya pula lepas ni." Ucap Puan Adila lagi.

   "Kenapa Maya sanggup buat macam ni?" Tanya Puan Adila seperti Maya sedang berada di situ dan setia mendengar setiap tutur-kata si ibu.

   "Kita kena cari Maya juga. Dah tak ada jalan lain." Fakrul berbisik pada Sakinah. Sakinah memejamkan matanya dan mengangguk.

                                                                                    ***

   Zafrul memasuki ke dalam kelab malam itu. Dia ada ternampak yang Maya ada memasuki ke dalam kelab malam itu bersama dengan beberapa kawannya. Zafrul mahu bercakap dengannya dan menunaikan janjinya terhadap Afrina.

   Dia menoleh-noleh untuk mencari gadis itu. Sudahlah ibunya masih di hospital, boleh pula ke kelab malam.

   Zafrul berasa bersyukur yang dia terjumpa dengan Maya. Kelihatan Maya sedang menikmati satu minuman yang tidak diketahui oleh Zafrul. Dia kelihatan sedang berbual dengan seorang lelaki.

   Zafrul menarik nafasnya dalam-dalam. Dia berjalan ke arah Maya. Zafrul memeluk tubuhnya sambil memandang Maya dengan lirikkan yang tajam.

   Lelaki itu berkerut memandang Zafrul. Maya menjeling meluat.

   "You, tunggu kejap ya. Nanti kita borak. Ada sampah dekat sini." Ucap Maya. Lelaki itu mengangguk lalu terus menoleh ke arah lain. Zafrul menggeleng.

   "Oh, ibu sedang koma ditolak oleh anak yang tak bertanggungjawab! Dia boleh pula datang tempat terkutuk ni, berseronok macam tak ada apa-apa yang terjadi." Ucap Zafrul. Maya ketawa kecil.

   "Dia bukannya mak aku." Ucap Maya sambil meneguk minuman itu. Zafrul menggeleng geram.

   "Habis tu, dia siapa pada kau? Yang lahirkan kau, jaga kau, lepas tu, anaknya, yang buta ni tak mengaku bahawa itu ibu dia!" Ucap Zafrul. Maya menggeleng.

   "Hei, apa kaitannya dengan aku?! Aku tak banggalah dapat mak macam dia!" Ucap Maya dengan bengis. Tiba-tiba Zafrul terus menampar wajah mulus milik Maya. Maya mengurut pipinya. Lelaki tadi yang berbual dengan Maya itu terus menumbuk wajah Zafrul. Habis berdarah mulutnya.

   "Hei, kau jangan nak menyibuk hal akulah!" Ucap Maya lalu terus menghadiahkan sebuah tampara pada wajah Zafrul. Zafrul sekadar tersenyum tenang.

   "Hanya Allah SWT sahaja yang boleh beri balasan oada orang macam kau!" Ucap Zafrul.  Maya menjadi bengang.

   "Berambuslah!" Ucap Maya. Zafrul tersenyum lagi.

   "Kau tengoklah apa yang akan jadi kalau mak kau tak ampunkan dosa kau. Jangan fikirkan soal aku dengan yang lain, fikirkan tentang mak kau." Ucap Zafrul. Dia masih tidak berpuas hati.

   "Hei, kalau kau nak lagi satu tumbukkan, kau cakap lagi." Lelaki itu pula yang memberi amaran. Zafrul menjeling tajam lalu terus beredar. Malas mahu melayan.

                                                                                  ***

   Afrina duduk di taman. Menanti seseorang. Tiba-tiba dia ternampak Zafrul menuju ke arahnya. Afrina tersenyum.

   "Maaf lambat." Ucap Zafrul sambil tersenyum malu. Afrina tersenyum lalu berkerut.

   "Kenapa dengan pipi kau?" Tanya Afrina. Zafrul memegang pipinya dan menggeleng laju.

   "Tak, aku... aku jatuh motosikal." Ucap Zafrul tergagap.

   Afrina menggeleng. "Tipu! Mana ada orang jatuh motosikal macam ni. Kau gaduh dengan siapa?" Tanya Afrina. Zafrul terdiam.

   "Janganlah bermusuh, Zaf. Kesian dekat muka kau. Kau dah letak minyak?" Tanya Afrina. Zafrul mengangguk.

   "Maya tak akan berubah Afrina." Ucap Zafrul. Afrina berkerut.

   "Kau dah cakap." Ucap Afrina sambil tersenyum lucu.

   "Oh, yakah? Tak maksud aku, dia tu memang dah kritikal." Ucap Zafrul.

   "Kenapa?" Tanya Afrina.


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard