Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 45}
Isnin, 26 Disember 2016 | 2:41 PG | 0 comments
   Fakrul memasuki ke dalam bilik Puan Adila. Dia menghulurkan sebungkus plastik. Puan Adila kelihatan sudah tidur jadi Fakrul meletakkan bungkusan itu di atas meja. Dia duduk bersebelahan Puan Adila dan merenung wajah tua milik wanita itu. Fakrul mengeluh.

   Sampai hati Maya buat begini kepada ibunya sendiri. Fakrul menggeleng sambil menekup wajahnya.

   "Assalamualaikum." Ada orang memberi salam. Fakrul memandang ke arah pintu. Kelihatan Sakinah memasuki ke dalam bilik itu sambil membawa botol mineral. Dia meletakkan botol itu di atas meja dan tersenyum memandang Fakrul.

   "Awalnya kau sampai." Ucap Sakinah sambil duduk menghadap Puan Adila yang sedang melelapkan diri. Fakrul mengangkat bahunya.

   "Entahlah, aku rasa bosan! Jadi aku datang melawat mak Maya. Kesian aku tengok! Maya tu memang perempuan yang tak kenang jasa!" Ucap Fakrul geram. Sakinah sekadar terdiam mendengar kata-kata Fakrul.

   "Dia tu tak tahu rasa bersalahkah? Dia tak rasa takutkah dengan azab yang akan diberi oleh Allah SWT kepada dia? Kenapa dengan dia? Aku peliklah." Tanya Fakrul sambil menggeleng tidak puas hati.

   Sakinah memandang Puan Adila sambil mengetap gigi.

   "Aku tak tahu, Fakrul. Memang betul aku tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Aku peninglah dengan dia tu." Ucap Sakinah.

   Fakrul memandang Sakinah lalu memejamkan matanya.

   Sakinah tertunduk. Dia turut memejamkan matanya.

   "Kau dah makan?" Tanya Fakrul. Sakinah menjadi gelabah. Dia mengangguk laju.

   "Jomlah, aku nak makan ni. Aku tahu kau tak makan lagi. Jomlah." Ucap Fakrul. Sakinah terdiam lalu mengangguk. Mereka sama-sama keluar dari bilik itu mahu menuju ke restoran berdekatan.

                                                                                      ***

   "Jadi, sebab tu kau kena tumbuk? Kawan lelaki Maya yang tumbuk kau?" Tanya Afrina. Zafrul mengangguk.

   "Tapi, tak apa. Aku ok ja." Ucap Zafrul sambil mengurut pipinya.

   "Kenapa Maya sanggup cakap macam tu dekat kau?" Tanya Afrina. Zafrul mengangkat bahunya.

   "Manalah aku tahu Afrina! Boleh tak kau stop tanya soalan yang entah apa-apa ni?" Tanya Zafrul agak marah. Afrina mencebik menyampah.

   "Suka hati akulah. Aku nak tunjuk yang aku ni suka ambil berat hal kawan-kawan aku." Ucap Afrina. Zafrul sekadar terdiam.

   "Yalah tu." Ucap Zafrul. Afrina menjadi geram dan terus menendang kaki Zafrul. Zafrul mengerang kesakitan.

   "Sakitlah." Ucap Zafrul.

   "Tak apa, biar aku yang jumpa dia esok." Ucap Afrina. Zafrul menggeleng.

   "Jangan Afrina! Bahaya!" Ucap Zafrul. Afrina tetap berkeras.

   "Bye, Zaf!" Ucap Afrina lalu terus beredar.

                                                                                  ***

   Sakinah menikmati nasi goreng yang dibelanja oleh Fakrul. Fakrul pula memesan milo panas dan mi goreng.

   "Kau tak ada kerja dekat rumah?" Tanya Sakinah. Fakrul menggeleng.

   "Mak dengan ayah aku pergi rumah nenek aku. So, daripada duduk seorang diri dekat rumah, baik melawat mak Maya." Ucap Fakrul. Sakinah mengangguk.

   "Oh, ok. Jadi, kau ada tak jumpa Maya?" Tanya Sakinah. Fakrul tetap menggeleng.

   "Entahlah, semenjak-dua menjak ni, aku tak nampak dia pun." Ucap Fakrul. Sakinah mengangguk.

   "Kadang-kala aku rasa kesian juga dekat dia tu, tapi nak buat macam mana, perangai entah apa-apa!" Ucap Sakinah. Fakrul sekadar terdiam dan menikmati mi gorengnya.

   "Aku tak tahu nak cakap apa. Biasalah orang gila." Ucap Sakinah lagi.

   "Terpulang dekat dialah, jangan sampai mak dia tak ampunkan dia sudah." Ucap Fakrul. Sakinah mengangguk.

   "Walaupun Maya bencikan Afrina, tapi Afrina tetap bertekad nak kembalikan Maya yang dulu. Aku rasa terharu sangat. Afrina tu baik sangat." Ucap Sakinah. Fakrul mengangguk.

   "Kau still sukakan Afrina?" Tanya Sakinah spontan. Fakrul menjadi terkedu. Dia memandang Sakinah lalu tersenyum. Dia menggeleng.

   Sakinah berkerut. "Kenapa kau senyum, senyum ni?" Tanya Sakinah sambil menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

   "Dulu aku memang sukakan dia. Tapi, aku tak paksa dia. Aku tak kisah. Asal dia bahagia dengan pilihan dia, aku gembira." Ucap Fakrul. Afrina mengangguk. Fakrul ni biasa sahaja orangnya.

   "Kalau aku dekat tempat kau pun, aku akan lakukan perkara yang sama." Ucap Sakinah. Fakrul ketawa kecil.

   "Tak semua orang boleh terima, Sakinah. Macam Maya, dia tak boleh terima. Padahal, itukan takdir Allah SWT. Sepatutnya dia tak perlu risau." Ucap Fakrul. Sakinah terangguk.

   "Aku setuju dengan kau." Ucap Sakinah. Fakrul mengangguk.

                                                                                ***

   Afrina berjalan baru pulang dari melawat Puan Adila. Jam sudah menunjukkan jam 7.00 malam. Afrina berjalan mahu pulang ke rumah. Tiba-tiba dia ternampak Maya sedang berbual dengan lelaki yang menumbuk wajah Zafrul. Afrina memberanikan diri menuju ke arah Maya.

   "Assalamualaikum, Maya." Ucap Afrina. Maya dan lelaki itu memandang Afrina. Maya tersenyum sinis sambil memeluk tubuhnya.

   "Kejap ya, Riz! Hah, nak apa?!" Tanya Maya sangat bengis. Afrina memeluk tubuhnya. Lelaki itu atau nama sebenarnya Rizwan sekadar memandang Afrina.

   "Kau tak nak lawat mak kau?" Tanya Afrina. Maya ketawa kecil.

   "Tak nak!" Jawab Maya selamba. Afrina menggeleng tetapi tetap tenang.

   "Aku sarankan, kau pergi tengok mak kau, minta maaf! Minta ampun. Dia perlukan kau! Dia nak kau ada di sisi dia. Susah sangatkah, Maya?" Tanya Afrina. Maya tersenyum sinis.

   "Kalau aku cakap tak nak, apa yang kau nak buat?" Tanya Maya. Afrina terkaku. Dia menggeleng.

   "Aku tak akan lakukan apa-apa, Maya. Cuma, Allah sahaja tahu nak balas apa." Ucap Afrina. Maya menggeleng.

   "Hei, kau dengar sini baik-baik, aku malas nak bergaduh dengan kau. Sebelum Riz, tampar kau, baik kau berambus." Ucap Maya. Rizwan hanya memandang Afrina dan tersenyum sinis. Afrina memandang Rizwan dan memandang Maya.

   "Kau faham ke tak ni?" Tanya Maya.

   "Aku tak kisah, apa nak jadi, jadilah. Tapi sebelum aku berambus, tolonglah, aku ingatkan satu ja, anak yang derhaka macam kau ni, jangan harap Allah nak lepas macam tu ja." Ucap Afrina lalu terus pergi.

   "Kurang ajar." Ucap Maya perlahan.

   "Siapa tu?" Tanya Rizwan.

   "Afrina, musuh aku. Dia tu memang suka menyakitkan hati." Ucap Afrina. Rizwan sekadar tersenyum dan mengangguk.

                                                                                           ***

   Puan Adila mencelikkan matanya. Dia memandang sekeliling. Kelihatan tiada sesiapa pun kecuali dirinya yang sedang terbaring lemah.

   Puan Adila melihat begitu banyak bungkusan buah tangan yang diberi oleh rakan-rakan Maya. Puan Adila mengeluh berat.

   "Kesian dekat budak-budak tu. Sanggup buang masa mereka untuk melawat aku. Tapi, aku tak pernah kisah dan masih tunggu Maya." Ucap Puan Adila seorang diri.

   "Bukannya anak aku yang ambil berat. Tapi, mereka." Ucap Puan Adila. Dia menekup wajahnya sambil menggeleng hiba.

                                                                                       ***

    Zafrul sekadar membaca buku di dalam biliknya. Dia kelihatan agak bosan.

   "Tak guna punya Maya." Ucap Zafrul sendirian sambil membaca komik. Jam sudah menunjukkan jam 10.00 malam tetapi dia masih belum mahu tidur.


   Kelihatan dia seperti malas mahu melayan karenah gadis itu. Sudah meluat dan menyampah.

   "Lantak dialah, bukan masalah aku pun!" Ucap Zafrul sambil sambung membaca komiknya.

                                                                                        ***

   Afrina berjalan mahu menuju ke hospital bagi melawat Puan Adila yang semakin lama semakin pulih. Afrina berjalan agak laju mahu ke sana.

   "Hei." Tegur seseorang dari belakang. Afrina menoleh kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum ke arahnya. Afrina berkerut.

   "Haha, nak apa? Kau siapa?" Tanya Afrina. Rizwan sekadar menyeluk tangannya ke dalam kocek.

   "Kau musuh Mayakan?" Tanya Rizwan. Afrina berkerut lalu dia memeluk tubuhnya.

   "Musuh? Hei, kalau kau tak kenal aku, kau jangan cakap yang bukan-bukan!" Ucap Afrina agak geram dan marah. Rizwan ini baginya hanya penyibuk dan langsung tak ada kena-mengena dengan hidupnya. Rizwan ketawa kecil.

   "Kau nak marah atau tidak, aku tak kisah. Tapi tolonglah aku nak cakap, jangan ganggu Maya." Ucap Rizwan. Afrina mengecilkan matanya dan merenung Rizwan dengan tajam.

   "Afasal? Apa kaitan dia dengan kau?" Tanya Afrina. Rizwan sekadar menggeleng dan tersenyum.

   "Muka ja cantik, tapi bodoh juga ya." Ucap Rizwan dengan sinis. Afrina menjadi geram dan agak malu. Rasa geram juga dikatakan begitu.


   "Fine, tapi kalau dia kurang ajar dengan ibu dia sendiri, aku tak boleh biarkan." Ucap Afrina lalu terus beredar. Rizwan sekadar memandang Afrina pergi.


                                                                                  ***

   "Mak cik tak perlu minta maaf, kami rasa mak cik tak buat salah apa-apa pun!" Ucap Sakinah. Afrina, Fakrul dan Zafrul mengangguk. Laila dan Iman sekadar tersenyum.

   "Taklah, mak cik hanya buat tak tahu saja dekat kamu semua. Memikirkan tentang seorang anak yang langsung tak kisahkan tentang mak cik." Ucap Puan Adila lagi. Afrina dan yang lain sekadar terdiam.

   "Mak cik dah putus asa, dah berapa minggu mak cik dekat sini? Maya tetap tak datang lawat mak cik, sekali pun tak. Tak apa, mak cik tetap akan sabarr menunggu dia untuk memohon maaf dari mak cik. Mak cik tabah." Ucap Puan Adila. Mereka mengangguk.

   "Macam tulah mak cik. Kita kena tabah hadapi setiap dugaan dari Allah SWT. Dia lebih mengetahui." Ucap Iman. Puan Adila mengangguk.

   "Walau apa pun yang terjadi, mak cik akan doakan dia agar dia sedar dan insaf atas apa yang dia telah lakukan." Ucap Puan Adila.


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard