Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 46}
Isnin, 26 Disember 2016 | 5:10 PG | 0 comments
   "Aku tak tahulah, Riz! Dia tu memang tak guna! Asyik-asyik buat aku sakit hati ja. Geram betul aku dengan dia. Dia dengan Zaf, sama ja! Suka menyusahkan orang." Ucap Maya sambil melibas rambutnya.

   "Jadi, kau nak buat apa, Maya?" Tanya Rizwan. Maya memandang Rizwan dan mengangkat bahunya.

   "Aku tak tahu! Aku rasa macam nak bunuh ja mereka berdua tu! Biar mampus! Dekat mak aku pun, aku tak takut, tambah dengan mereka, lagi taklah!" Ucap Maya. Rizawan terdiam. Boleh pula gadis ini bangga dengan kelaku buruknya itu.

   "Aku tak tahulah." Ucap Rizwan. Maya mencebik.

   "Dah, jom teman aku pergi makan. Lapar." Ucap Maya. Rizwan mengikut langkah Maya.

                                                                                  ***

   Fakrul sekadar menikmati keropoknya. Tiba-tiba Sakinah memasuki ke dalam bilik itu dan meletakkan buah tangannya di atas meja. Kelihatan, Puan Adila tidak ada di katilnya. Dia memandang Fakrul.

   "Mana Puan Adila?" Tanya Sakinah sambil duduk di sebelah Fakrul.

   "Afrina pergi tolong Puan Adila mandi. Puan Adila ni, macam still lemah lagi. Tapi betterlah." Ucap Fakrul sambil menikmati keropoknya. Dia menghulurkan keropoknya pada Sakinah.

   Sakinah memandang Fakrul. Fakrul memandang Sakinah sambil mengangkat keningnya.

   "Ambil jalah. Jangan malu, Cik Sakinah." Ucap Fakrul. Sakinah tersenyum lalu mencapai keropok itu.

   "Thanks." Ucap Sakinah. Fakrul mengangguk sambil membuang bungkusan keropok itu ke dalam tong sampah berdekatan. Dia menikmati air mineralnya pula.

   "Kau tak pergi mana-mana lepas ni?" Tanya Sakinah. Fakrul menggeleng.

   "Eh, lepas ni aku nak teman mak aku pergi pasar raya besar. Nak ikut?" Tanya Fakrul selamba sahaja.

   Sakinah ketawa kecil. "Jangan nak melawaklah Fakrul." Ucap Sakinah. Fakrul menggelengkan kepalanya dan tersenyum memandang Sakinah.

   "Aku tak melawak, Sakinah. Serius." Ucap Fakrul. Sakinah tergamam. Dia tertunduk.

   Tiba-tiba Sakinah berdiri. Fakrul memandang Sakinah. "Nak pergi mana?" Tanya Fakrul.

   "Pergi buang nilah." Ucap Sakinah sambil menunjukkan bungkusan keropoknya yang sudah habis. Fakrul mengangguk.

   Tiba-tiba Afrina dan Puan Adila memasuki ke dalam bilik itu. Puan Adila dan Afrina sekadar tersenyum memandang Sakinah dan Fakrul di situ.

   "Assalamualaikum." Ucap Afrina dan Puan Adila serentak. Mereka berdua menjawab salam itu.

   Afrina membantu Puan Adila baring di katilnya lalu menghulurkan air mineral yang baru dibelinya tadi. Puan Adila meneguk minuman itu lalu meletakkannya dia atas meja. Afrina duduk di sebelah Puan Adila.

   "Mak cik dah makan? saya ada bawakan roti." Ucap Fakrul sambil menghulurkan roti kepada Puan Adila. Puan Adila tersenyum. Afrina mencapai roti itu lalu membuka bungkusannya dan menghulurkannya kepada Puan Adila.

   "Mak cik makanlah." Ucap Afrina. Puan Adila tersenyum lalu menikmati roti itu.

   "Saya ada bawakan buah, mak cik makanlah ya." Ucap Sakinah. Puan Adila tersenyum.

   Tiba-tiba Afrisyah memasuki ke dalam bilik itu sambil memberi salam.

   "Err, mak cik, mama Afrisyah dengan akak ada bagi sotong masak lada dengan sup ayam. Mak cik makanlah ya. Mama dengan abah kirim salam." Ucap Afrisyah sambil menghulurkan bekal itu. Afrina mencapai bekal itu lalu meletakkannya di atas meja.

   "Terima kasihlah ya." Ucap Puan Adila.

   "Bila mak cik boleh keluar?" Tanya Afrisyah.

   "Insya-Allah esok." Ucap Puan Adila. Afrina mengangguk.

   "Alhamdulillah." Ucap Afrisyah. Mereka yang lain tersenyum.

                                                                                     ***

   Rizwan berjalan mahu pulang. Tiba-tiba dia ternampak Afrina sedang berjalan mahu pulang ke rumah. Rizwan tersenyum lalu berjalan menuju ke arah gadis itu.

   "Dari mana nak ke mana?" Tanya Rizwan. Afrina memandang Rizwan lalu menjeling menyampah. Apa lagi yang lelaki ni mahu darinya?

   "Apa yang kau nak?" Tanya Afrina. Rizwan tersenyum.

   "Tak ada apa-apa. Cuma nak berkenalan. Itu sahaja." Ucap Rizwan. Afrina sekadar mendiamkan dirinya dan mengangkat bahu.

   "Ah,sudahlah! Kau ingat aku boleh termakan dengan helah bodoh kau tu! Pergilah! Aku nak balik." Ucap Afrina sambil mencebik.

   "Apa tujuan kau nak jumpa Maya dan tanya soalan mengarut dekat dia?" Tanya Rizwan. Afrina sekadar menundukkan wajahnya.

   "Apa?!" Tanya Rizwan lagi. Afrina merenung Rizwan tajam.

   "Tolong, aku tak nak buang masa melayan kau dekat sini. Boleh tak kau berambus?" Ucap Afrina agak garang. Rizwan tersenyum.

   "Janganlah marah. Tapi tak apa,nampak comel." Ucap Rizwan.

 
 Afrina tersenyum sinis. "Kau yang tumbuk kawan aku,Zafrul?" Tanya Afrina. Rizwan tersenyum lalu mengangguk.

   "Ya. Betul tu. Jadi, kenapa?" Tanya Rizwan. Afrina merengus geram.

   "Jadi kenapa?" Afrina mengulangi soalan itu. Dia menggeleng.

   "Tak ada apa-apa. Cuma aku nak bagi peringatan, kau jangan nak tunjuk berani depan Zaf. Dia tak pengecut macam yang kau sangka. Jadi, please sedar diri sikit." Ucap Afrina.

   "Fine. Tapi, kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakap. Sekali lagi, kalau ada lagi antara korang semua yang datang kacau Maya, aku tak akan tertanya-tanya untuk cincang korang semua hidup-hidup. Kau faham atau tak?" Bisik Rizwan agak keras.

   Afrina sekadar mendiamkan dirinya. Rizwan tersenyum jahat.

   "Baguslah kalau kau diam. Maknanya kau dah faham." Ucap Rizwan lagi. Afrina tetap mendiamkan dirinya.

   "Kau ingat. Jangan buat-buat pekak." Ucap Rizwan lagi. Afrina mengetap bibirnya lalu memejamkan matanya.

   "Baiklah, aku mengalah. Aku tak nak nasihat Maya lagi. Aku dengan kawan-kawan yang lain tak akan ganggu dan ambil tahu hal dia lagi mulai hari ni. Aku janji." Ucap Afrina. Rizwan tersenyum sambil mengangguk.

   "Tahu pun kau takutkan? Aku ingat kau berani sangat." Ucap Rizwan.

   "Bukannya takut. Malas!" Ucap Afrina lalu terus meninggalkan Rizwan. Rizwan terangguk dan tersenyum. Baguslah Afrina sudah faham.

                                                                                       ***

   Maya memasuki ke dalam rumahnya. Dia menjadi terkejut melihat Puan Adila sedang menanti Maya di ruang tamu. Maya memandang Puan Adila dengan lirikkan menyampah. Dia masuk begitu sahaja.

    "Maya, nak pergi mana tu?" Tanya Puan Adila sambil tersenyum. Maya menjeling menyampah.

   "Kau nak apa lagi ni?! Sudahlah! Aku menyampahlah nak layan kau! Eh, apa kata kau berambus keluar dari rumah ni! Kan lagi senang!" Ucap Maya sinis.

   Puan Adila menggeleng dan menuju ke arah Maya. Maya sekadar menolak tangan ibunya dari menyentuh bahunya.

   "Kenapa Maya berubah sampai jadi macam ni?" Tanya Puan Adila. Maya mendiamkan dirinya.

   "Hei, aku tak ada apa-apa dengan kau pun! Jangan ambil tahu hal aku! Please! Enough!" Ucap Maya. Puan Adila menggeleng.

   "Tak baik Maya cakap macam tu. Ni ibu Maya! Bukannya kawan-kawan Maya!" Ucap Puan Adila. Maya menggeleng.

   "Hei, kau dengar sini baik-baik! Sekarang kita dah tak ada apa-apa! Kau bukannya mak aku. Tapi kalau kau nak tinggal dekat sini, kau boleh jadi orang gaji rumah ni! Jangan panggil aku anak kau! Please!" Ucap Maya. Puan Adila menjadi sebak.Matanya sudah mula berkaca-kaca.

   "Sampai hati Maya buat macam ni?" Ucap Puan Adila dengan sebak. Dia sudah mulai menangis. Maya tersenyum lucu.

   "Buruklah orang tua menangis!" Ucap Maya lalu terus naik ke biliknya. Puan Adila masih lagi menangis. Sedih mengapa anaknya jadi begitu.

   "Ya Allah! Aku serahkan segalanya kepada kau! Aku reda dengan apa yang kau nak beri kepada anakku, Maya!" Doa Puan Adila tersedu-sedu. Kini, seorang ibu sudah menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

                                                                                    ***

   "Apa! Baguslah kalau macam tu." Ucap Laila. Afrina mengangguk. Zafrul memandang Afrina. Kelihatan gadis itu seperti mempunyai masalah.

   "Ya." Ucap Afrina sambil menundukkan wajahnya.

   "Afrina, siapa warning kau?" Tanya Zafrul. Afrina menjadi terkejut mendengar pertanyaan Zafrul. Fakrul, Sakinah, Alfi, Iman dan Laila sekadar memandang Afrina. Mereka berkerut.


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard