Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 47}
Selasa, 27 Disember 2016 | 2:08 PG | 0 comments
   "Tak guna! Warning orang pula! Ni memang dah tak boleh jadi, aku meluat betul dengan lelaki tu! Dia ingat yang dia tu bagus sangatkah?" Ucap Zafrul agak marah. Afrina sekadar terdiam dan memandang reaksi Zafrul yang kelihatan sedang marah.

   "Zaf, kau jangan buat gila. Please! Sudah, lagipun bagus juga kita dah tak payah ambil tahu hal perempuan tu lagi!" Ucap Fakrul. Zafrul menggeleng.

   "Fakrul, seriously, aku dah tak boleh sabar. Lelaki tu harus diajar! Harus diberi pengajaran." Ucap Zafrul. Fakrul mengeluh. Zafrul ini memang panas baran.

   "Sudah, Zaf! Lantak jalah! Aku pun dah tak nak ambil tahu hal dia lagi!" Tiba-tiba Afrina meninggikan suaranya. Kelihatan wajahnya amat garang dan sudah tidak tahan lagi mendengar kemarahan Zafrul. Zafrul terkaku.

   "Kalau itu permintaan dia, kita dah tak boleh buat apa! Aku tak nak tambah masalah. Tak semestinya kita mengalah, kita takut dengan dia! Behave yourself!" Ucap Afrina lagi.

   Fakrul dan Sakinah mengangguk lalu memandang Zafrul. Zafrul masih terkaku.

   "Sekarang ni, kita hanya buat kerja masing-masing! Apa yang nak jadi dekat dia, jadilah! Aku dah tak kisah! Kalau dah macam tu perangai dia, masih degil, masih keras kepala! Aku pun dah tak tahu apa nak kata! Tak akanlah kita nak pergi melutut dan cium telapak kaki dia?! Biar, orang macam diatu, Allah ja tahu nak balas apa!" Ucap Afrina lagi.

   "Zaf, biarlah apa yang nak jadi. Kita dah tak mampu. Serius!" Ucap Iman pula. Zafrul memandang Iman dan akhirnya mengangguk. Yang lain tersenyum.

   "Baguslah kalau macam tu." Ucap Laila pula.

                                                                                   ***

   Kelihatan Alfi sedang duduk termenung seorang diri di suatu tempat. Kelihatan dia amat sedih melayan fikiran seorang diri. Sakinah yang kebetulan lalu di situ terus menegur sahabat lamanya itu.

   "Assalamualaikum." Ucap Sakinah. Alfi memandang Sakinah sambil tersenyum tawar.

   "Waalaikumussalam." Ucap Alfi. Sakinah tersenyum.

   "Kenapa termenung jauh? Ingat dekat siapa?" Tanya Sakinah. Alfi menggeleng sambil tersengih kerang.

    "Tak ada apa-apalah, cuma teringat kenangan dulu." Ucap Alfi. Sakinah ketawa kecil.

   "Kenangan dulu dengan siapa?" Tanya Sakinah. Alfi masih menggeleng.

   "Dengan kawan-kawan lama. Dengan Maya yang dulu ok. But now, she's changes!" Ucap Alfi spontan. Sakinah mengangguk.

   "Betul tu, aku pun tak tahu kenapa dia jadi macam tu. And aku tak pernah terfikir yang ada di kalangan kami mengkhianati antara satu sama lain." Ucap Sakinah. Alfi mencebik dan mengangkat bahunya.

   "I don't know! Biasalah tu." Ucap Alfi. Sakinah berkerut.

   "Do you think, ini salah Zaf?" Tanya Sakinah. Alfi memandang Sakinah dan menggeleng.

   "No! Kenapa dia tak boleh terima kenyataan? Pleaselah, ini semua hakikat dan dia patut terima. Kalau dia kata, Zaf sentiasa sakitkan hati dia, buat dia menangis, memang salah! No! Zaf sayangkan dia macam adik sendiri! Lagipun, apa yang Zaf tak pernah bagi, patung, belanja makan, aku tak tahu berapa kali, tolong dia study, and apa lagi yang dia nak? Zaf tak pernah buat dia sakit hati pada aku. Cuma dia ja yang suka buat orang rasa nak lempang muka dia." Terang Alfi panjang lebar.

    Sakinah memandang Alfi dan mengangguk.

   "Yes, kau betul. Tapi yang aku peliknya, Maya tu, dalam banyak-banyak kawan dia, kawan yang paling dia sayang ialah Afrina. Masa darjah lima, dia sendiri beritahu dekat aku. And why now, Afrina yang paling dia benci?" Tanya Sakinah.

   Alfi mengangkat bahunya. "Aku tak tahu, Sakinah. Kawan yang paling kita sayang maybe boleh bertukar menjadi orang yang paling kita benci. So, janganlah kita benci sangat seseorang tu dan jangan juga kita nak sayang sangat seseorang tu. Maybe orang yang kita benci akan jadi orang yang paling kita sayang dan orang yang paling kita sayang akan jadi orang yang paling kita benci. Tapi dalam kes ni, Afrina tak ada salah dan dia teraniaya." Ucap Alfi.

   "Aku setuju." Ucap Sakinah.

   "Aku nak mengaku yang dulu aku ada crush dekat Maya. Start dari darjah empat. Aku memang suka dekat dia tapi tak nak bagitau. Aku malu. Maybe aku fikir kalau sekarang dia ok, aku boleh berterus-terang, tapi malangnya, dia dah berubah." Ucap Alfi. Sayu sungguh nadanya. Sakinah terdiam.

   "Sampai sekarang, aku still sukakan dia. Tapi, apakan daya. Tengok macam Allah nak jauhkan kami." Ucap Alfi lagi.

   "Al, aku rasa ada ramai lagi perempuan dekat sini. Ada yang lagi terbaik dari Maya." Ucap Sakinah. Alfi terdiam.

   "Maybe Allah kesian dekat kau, mungkin Allah akan hantarkan seseorang yang jauh lagi bagus dan baik dari Maya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadi jangan putus harapan." Ucap Sakinah lagi. Alfi sekadar terangguk.

   "Oklah, aku dah nak balik ni. Jumpa esok jalah ya. Lagipun dah lewat. Aku harap kau ok. Jaga diri ya." Ucap Sakinah sambil menguntumkan satu senyuman manis.


   "Oklah, Sakinah. Thanks!" Ucap Alfi. Sakinah mengangguk lalu terus berlalu pergi. Alfi tertunduk.

                                                                                          ***

   "Akak, akak Iman nak jumpa akak." Ucap Afrisyah dari luar bilik.

   "Panggillah dia datang sini." Ucap Afrina dari luar bilik. Afrisyah mengangguk lalu terus menuruni anak-anak tangga.

   "Akak, akak masuklah bilik akak Afrina ya. Dia panggil." Ucap Afrisyah. Iman mengangguk lalu terus memasuki ke dalam rumah itu dan menaiki satu persatu anak tangga.

   "Assalamualaikum. Afrina." Iman mengetuk pintu bilik Afrina.

   Afrina terus membuka pintu bilik itu sambil menjawab salam.

   "Amboi, terperap ja dalam bilik. Tak ada kerja?" Tanya Iman.

   "Aku tengah baca buku. Jomlah masuk." Ucap Afrina sambil tersenyum.


   "Kenapa kau datang sini?" Tanya Afrina sambil mengemas buku-bukunya. Iman tersenyum senget.

   "Salahkah aku nak jumpa kawan lama aku? Oklah, aku balik." Ucap Iman lalu berpura-pura mahu keluar dari bilik itu.

   "Pergilah balik." Ucap Afrina sambil tersenyum nakal. Iman menghentakkan kakinya lalu mencubit ganas bahu Afrina. Afrina mengurut bahunya sambil ketawa terkekek-kekek.

   "Hei, lain kali jangan hentak sangat lantai. Macam nak reban bilik aku ni." Ucap Afrina sambil ketawa besar. Iman menampar perlahan bahu Afrina.

   "Oklah, melawak ja." Ucap Afrina. Iman tersengih.

   "Kau free hari ni?" Tanya Iman. Afrina mengangguk.

   "Kenapa?" Tanya Afrina. Iman menggeleng.

   "Tak ada apa-apa. Aku saja-saja tanya." Iman berkata sambil meletakkan beg sandan kecilnya di atas katil milik Afrina. Afrina tidak melarang.

   "Kau dah ada boyfriend?" Tanya Iman sambil tersengih. Afrina menggeleng laju sambil menghulurkan minuman bergas kepada Iman. Iman mencapai minuman itu dan mengucapkan terima kasih.

   "Mana ada. Kau ni, duduk jalah." Ucap Afrina. Iman pun duduk di atas katil milik Afrina.

   "Tipu, habis tu Zaf siapa di sisi kau?" Tanya Iman agak serius. Afrina menggeleng.

   "Mana ada siapa-siapa! Just kawan, Iman! Sudahlah, boleh tak kau stop tanya soalan yang macam ni? Menyampahlah!" Ucap Afrina sambil mengerutkan dahinya. Iman mencebik.

   "Oklah, asyik-asyik nak marah." Ucap Iman. Afrina sekadar biasa sahaja.

   "Kau ingat tak? Dulu kita selalu lepak dekat sini. And then, nak tergelaknya, Maya pernah cerita ekat kita yang dia bagi kucing dia minum klorok. Dia adakan bawa kucing baru yang ibu dia beli dekat dia datang sini? Adakan?" Tanya Iman bertubi-tubi. Afrina menjadi muram, Iman ni biasa sahaja.

  "Ya. Aku ingat semua memori tu. Tapi tak mungkin ia akan kembali." Ucap Afrina sayu. Iman sekadar mengangguk. Gadis itu kelihatan biasa sahaja.

   "Tak apalah, Afrina." Ucap Iman. Afrina sekadar mengangguk. Dia sudah mulai menitiskan air matanya.


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard