Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 48}
Rabu, 28 Disember 2016 | 2:40 PG | 0 comments
   Afrina sedang duduk bersantai bersama Zafrul di sebuah restoran biasa. Afrina sekadar memesan nasi kososng dan sayur campur manakala Zafrul memesan mi tomyam.

   Zafrul menikmati tomyamnya itu dengan begitu berselera manakala Afrina sekadar memandang sahaja hidangan itu tanpa menyentuhnya apatah lagi mahu menikmatinya.

   Zafrul mengesan kemurungan di wajah gadis itu. Dia melihat hidangan di depan mata gadis itu masih belum disantapnya. Afrina hanya bermain sahaja dengan sudu dan garfu yang berada di tangannya.

   "Afasal dengan kau ni? Makan jalah. Jangan risau, aku yang bayar. Kau just makan." Ucap Zafrul selamba sahaja. Afrina mengetap bibirnya lalu megetuk tangan Zafrul dengan sudu yang dipegangnya. Zafrul mengerang kesakitan sambil mengurut tangannya.

   "Habis tu, kenapa muram ja?" Tanya Zafrul. Afrina menggeleng.

   "Cakap jalah, bukannya siapa-siapa pun. Bakal..." Zafrul tidak dapat menamatkan ayatnya apabila terpandang wajah Afrina yang berubah menjadi seperti mahu naik angin.

   "Zaf, aku tak nak melawaklah dengan keadaan yang macam ni." Ucap Afrina.

   "Mana ada aku melawak. Kau ni bosanlah. Serius ja memanjang. Cubalah gelak sikit." Ucap Zafrul spontan sahaja.

   Afrina menggeleng. "Dahlah, Zaf." Ucap Afrina lalu terus berdiri mahu pulang. Zafrul menahan.

   "Kalau nak balik cepat pun habiskanlah makanan ni dulu. Jangan bazirkan duit aku." Ucap Zafrul. Afrina memandang makanan yang dipesannya tadi. Afrina tersenyum lucu lalu terus duduk kembali dan menikmati hidangan itu. Kasihan pula dengan Zafrul.

                                                                                      ***

   Alfi melihat Maya sedang berfoya-foya di dalam kelab bersama dengan rakan-rakannya. Alfi sahaja mahu masuk dan melihat keadaan Maya. Alfi mengeluh dan tertunduk.

   Tanpa disedari, air matanya sudah mengalir. Memang dia sedang menangis. Dia tidak boleh lagi menahan derita yang ditanggung. Alfi terus memberanikan diri menuju ke arah Maya yang kelihatan sedang berfoya-foya tidak ingat dunia.

   "Maya!" Ucap Alfi tegas. Maya melihat Alfi lalu terus berlalu. Alfi mengejarnya dari belakang.

   "Maya! Tolonglaj berhenti." Tiba-tiba Rizwan muncul sambul memegang kolar baju milik Alfi. Alfi menjadi gelabah.

   "Kau nak apa!?" Tanya Rizwan. Alfi menggeleng.

   "Aku nak cuba dengan Maya! Tolonglah! Aku nak jumpa dia!" Ucap Alfi dengan sebak. Rizwan ketawa kecil.

   "Afrina yang suruh?" Tanya Rizwan. Alfi menggeleng.

   "Jangan babitkan dia! Dia tak bersalah! Aku yang nak jumpa dia! Aku nak jumpa dia!" Ucap Alfi lagi. Rizwan menggeleng lalu menumbuk wajah Alfi. Alfi jatuh terduduk dan sekadar menahan tangisannya. Dia terus bangun.

   "Tolonglah, aku tak nak bergaduh dengan kau! Aku nak jumpa dengan Maya! Itu sahaja!" Ucap Alfi. Rizwan menumbuk Alfi lagi. Alfi terjatuh. Rizwan menggeleng.

   Alfi menjadi geram lalu menjerit dengan kuat sekali.

   "Jangan cabar kesabaran aku!!!" Jerit Alfi sambil menggengam penumbuknya.

                                                                               ***

   "Apa? Kena tumbuk? Dengan siapa?" Tanya Afrina agak terkejut kepada Fakrul.



   "Dengan boyfriend baru Maya." Ucap Fakrul.  Afrina terus berlari menuju ke rumah Alfi. Fakrul sekadar mengikut langkah Afrina.

   Sesampainya di rumah Alfi, kelihatan Sakinah, Zafrul, Kamal dan Iman di situ. Afrina memasuki ke dalam rumah itu sambil memberi salam.

   "Alfi, kau ok?" Tanya Afrina. Alfi sekadar tersenyum dan mengangguk. Mukanya sangat lebam.

   "Boyfriend baru Maya belasah dia." Ucap Iman. Afrina mengangguk. Rizwan yang lakukannya.

   "Tak apa, aku ok ja." Ucap Alfi.

   "Kan aku dah cakap, jangan jumpa Maya! Kenapa kau degil sangat?!" Marah Afrina kepada Alfi. Alfi sekadar mendiamkan dirinya.

   "Sekarang, baru padan dengan muka kau! Kenapa kau tak boleh percaya yang Rizwan tu boleh ambil apa-apa tindakkan!?" Marah Afrina lagi. Sakinah memegang bahu Afrina.

   "Afrina, Alfi cintakan Maya dan dia nak buat pengakuan. Moga-moga Maya boleh berubah. Kau kena faham." Ucap Sakinah. Afrina menggeleng.

   "Dah terlambat untuk kau mengaku, Alfi! Dia dah tak boleh diubah. Pleaselah! Jangan jumpa dia lagi. Muktamad!" Marah Afrina lagi.

   "Habis, kalau aku jumpa dia dekat mana-mana pun, aku tak boleh tegur dia!? Hei, Afrina, Maya tu kawan kitalah!" Ucap Alfi agak bengang. Afrina tetap menggeleng.

   "Kalau aku cakap tak boleh! Tak bolehlah! Boleh tak dengar sikit apa yang aku nak cakap! Boleh tak? Susah sangatkah!? Rizwan tu pun sama gila dengan Maya! Dia boleh bunuh kau macam tu ja! Maya sekarang ni dah tak anggap kita kawan dia! Kau faham tak!?" Ucap Afrina. Dia menekup wajahnya.

   Alfi sekadar menarik nafasnya dan mengehembusnya. Dia tertunduk.

   "Maafkan aku, Afrina! Aku terlalu ikutkan perasaan." Ucap Alfi. Zafrul memandang Alfi dan tertunduk sayu. Afrina memandang Alfi lalu menghadiahkan sekuntum senyuman.

   "Aku faham kau, Alfi. Tapi ini hakikat dan kau kena terima. Tolonglah, Alfi. Maya dah buang kita." Ucap Afrina. Alfi mengusap air matanya dan mengangguk perlahan. Afrina terdiam. Kelihatan Alfi sangat sedih. Sedih menerima hakikat yang Maya sudah buang mereka.


                                                                                   ***

   Maya termenung seorang diri di dalam biliknya. Dia tidak tahu apa yang mahu dibuatnya pada malam-malam begitu. Yang dia hairan, mengapa Alfi ingin berjumpa dengan dia malam semalam!?

   "Dia macam nak cakap apa-apa ja dekat aku. Tapi, apa?" Tanya Maya seorang diri. Dia melihat jam di dinding biliknya, sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

   "Masuk!" Ucap Maya seperti bos besar di rumah itu. Puan Adila memasuki ke dalam bilik Maya sambil tertunduk.

   "Maya, kawan kamu nak jumpa kamu." Ucap Puan Adila lalu terus keluar dari bilik itu. Sudah serik dengan perangai anaknya yang biadab itu. Maya terus bangun lalu menuju ke muka pintu kelihatan Rizwan sedang tersenyum.

   Puan Adila mengintai dari sebalik birai langsir. Siapa lelaki itu. Kelihatan mereka berbual dengan begitu mesra sekali.

   "Ok, ok!" Ucap Maya alu terus masuk ke dalam rumah itu semula.

   Rizwan sekadar menanti dari muka pintu. Puan Adila memandang Rizwan.

   "Anak ni siapa?" Tanya Puan Adila endah tidak endah.

   "Mak cik ni pekakkah? Kan tadi saya dah cakap yang saya ni kawan Maya. Dah, dah! Pergilah cuci bajukah, sapu sampahkah." Ucap Rizwan. Puan Adila menjadi agak bengang.

   "Hei, kamu jaga sikit mulut tu ya! Jangan hina mak cik! Mak cik lagi tua dari kamu. Fahamsikit tau." Ucap Puan Adila. Rizwan ketawa kecil.

   "Mak cik nak kena tamparkah!" Rizwan seperti mahu menampar Puan Adila tetapi hasratnya terbantut apabila Maya tiba dengan pakaian yang agak seksi.

   Maya menjeling tajam Puan Adila.

   "Kau buat apa dekat sini? Pergilah buat kerja!" Ucap Maya! Puan Adila menggeleng.

   "Maya nak pergi mana?" Tanya Puan Adila. Maya sekadar buat tidak endah sahaja.

   "Lantak akulah nak pergi mana pun!" Ucap Maya lalu terus menolak Puan Adila membuatkan Puan Adila tersungkur di lantai.

   "Jomlah, Riz! Tak payah layan perempuan tua ni!" Ucap Maya lalu terus menghempas pintu rumah itu. Puan Adila sekadar tertunduk lemah dan menitiskan air mata kekecewaan.


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard