Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 49}
Khamis, 29 Disember 2016 | 8:37 PG | 0 comments
    Afrina sedang bersiar-siar di sebuah bandar. Dia mahu membeli sesuatu buat ibunya kerana hari ini adalah hari jadinya. Ini kerana, pada hari itu, ibunya telah melahirkannya pada hari itu, jadi sepatutnya dialah yang harus membeli hadiah buat ibunya.

   Tiba-tiba dia terserempak dengan Sakinah di hujung jalan. Sakinah menengurnya. Afrina tersenyum.

   "Nanti petang jom ikut aku pergi makan dekat MCD! Jomlah, aku lama tak keluar makan dengan kau." Ucap Sakinah. Afrina sekadar tersenyum dan mengangguk.

   "Satgi aku jemput! Pukul 3.00 petang aku datang tau." Ucap Sakinah lalu terus berlari pulang. Afrina sekadar tersenyum. Apa-apa sahaja si Sakinah ini.

                                                                                        ***

   Afrina sedang menyeluk jaketnya sambil memandang wajahnya pada cermin. Dia tersenyum sambil memperbetulkan rambutnya. Dia terus menutup bedak kompak yang berada di tangannya. Dia terus mencapai seutas beg tangan dan berlalu keluar dari biliknya.

   "Afrina nak pergi mana ni?" Puan Hamidah. Afrina menggeleng.

   "Pergi MCD. Entahlah, Sakinah nak ajak saya pergi sana." Ucap Afrina. Puan Hamidah tersenyum.

   Tiba-tiba hon kereta di luar berbunyi. Afrina mencapai sekotak hadiah yang kecil lalu dihulurkan buat mama tersayang.

   Puan Hamidah berkerut. "Apa ni?" Tanya Puan Hamidah. Afrina sekadar tersenyum.

   "Terima kasih mama! Sayang mama!" Ucap Afrina sambil mengucup kedua belah pipi mama yang semakin berkedut itu. Puan Hamidah tersenyum lalu memeluk erat anak gadisnya itu.

   "Selamat hari jadi." Ucap Puan Hamidah. Afrina mengangguk lalu terus menuju ke muka pintu.

   "Terima kasih mama. Saya pergi dulu." Ucap Afrina lalu terus berjalan mahu menuju ke arah kereta milik Sakinah. Puan Hamidah melambaikan tangannya sehinggalah kereta itu meluncur laju menuju ke bandar. Puan Hamidah membuka hadiah kecil itu dan teserlah seutas jam tangan yang mahal harganya. Puan Hamidah tersenyum.

                                                                                    ***

   "Happy birthday!" Ucap Sakinah, Iman, Laila, Kamal, Alfi, Fakrul dan Zafrul. Afrina sekadar tersenyum dan menganggukkan kepalanya beberapa kali.

   "Thanks semua! Tak sangka korang semua dah rancang untuk birthday aku tahun ni." Ucap Afrina sambil menghirup air di situ.

   "Afrina, aku bagi dekat kau patung teddy bear! Gerenti kau suka." Ucap Sakinah sambil memberikan patung beruar besar. Afrina tersenyum.

   "Thanks Sakinah!" Ucap Afrina. Sakinah memeluk rakannya.

   "Afrina, aku bagi dekat kau frame gambar ni, nanti kita tangkap gambar sama-sama, kau cuci foto tu dan letaklah dalam frame gambar ni." Ucap Laila sambil menghulurkan sebuah balutan berbentuk kotak. Afrina mencapai hadiah itu.

   "Terima kasih, Laila." Ucap Afrina. Laila mengangguk.

   "Aku punya hadiah taklah mahal tapi aku harap kau suka." Ucap Iman sambil menghulurkan sarung telefon.

   "Sarung telefon! Wow! Cantiknya, kau jahit sendirikah?" Tanya Afrina sambil membelek sarung telefon itu. Iman mengangguk sambil tersenyum.

   "Thanks, Iman! Aku suka sangat dengan hadiah ni." Ucap Afrina sambil meletakkan telefonnya ke dalam sarung telefon itu.

   "Ni, hadiah ni dari aku dengan Alfi. Kami share duit. Tak apakan?" Tanya Kamal sambil menghulurkan pemberian itu.

   "Tak apa, aku tak minta pun hadiah. Tapi kalau dah bagi, aku ambil ja. Terima kasih you berdua!" Ucap Afrina sambil mencapai bungkusan hadiah itu.

   "Aku just bagi dekat kau gelang tangan ni." Ucap Fakrul sambil memberikan gelang tangan itu. Afrina tersenyum.

   "Thanks, Fakrul. Cantiknya gelang ni." Ucap Afrina sambil menyarungkan gelang tangan itu pada pergelangan tangannya. Fakrul tersenyum sambil mengangguk.

   Semua hanya memandang Zafrul sahaja. Tak akanlah lelaki itu tidak memberi apa-apa hadiah pada gadis pujaan hati. Afrina sekadar tersenyum memandang Zafrul. Zafrul tersengih malu.

   "Kau tak bagi apa-apa dekat, Afrinakah? Sampai hati." Ucap Iman. Afrina menggeleng.

   "Eh, tak apa. Aku tak kisah. Hadiahkan terserah pada korang nak bagi atau tak! Lagipun bukannya wajib. Tak apa, aku tak kisah. Asal korang doa dekat aku, dah bermakna. Tapi terima kasih sangat sebab sanggup habiskan duit membeli hadiah-hadiah ni semua." Ucap Afrina.

   "Eh, tak buang duit pun! Masih banyak dalam kocek." Ucap Alfi cuba untuk berlawak. Afrina tersenyum lucu.

   Zafrul menggeleng. "Aku ada bawa hadiah tapi hadiah aku ni special sikit. Tak macam korang semua." Ucap Zafrul sambil tersengih-sengih. Mereka semua berkerut.

   "Kau nak nyanyi lagu? Hei, Zaf! Suara kau macam katak! Nanti tsunami macam mana?" Tanya Alfi sambil ketawa kecil. Yang lain hanya ketawa kecuali Afrina yang masih ternanti-nanti hadiah apa yang mahu diberi oleh lelaki itu.

   Zafrul menjeling menyampah pada yang lain dan tersenyum setelah memandang wajah Afrina yang kelihatan seperti tidak sabar mahu mengetahui hadiah yang bakal diberi olehnya.

   Zafrul mengeluarkan satu kotak kecil dari dalam kocek seluarnya dan menghulurkan sejambak bunga kepada Afrina. Afrina menjadi tergamam dan yang lain sekadar tersenyum nakal.

   Afrina mencapai bunga itu dan tersenyum. "Err, terima kasih." Ucap Afrina. Zafrul menggeleng.

   "Tak, bukan tu ja yang saya nak bagi." Ucap Zafrul. Afrina menjadi gelabah pula.

   "Nak jadi teman hidup aku?" Tanya Zafrul sambil membuka kotak cincin. Afrina menjadi begitu terkejut. Pipinya memerah. Adakah dia sedang bermimpi? Yang lain tersenyum-senyum.

   "Wow, rupanya Zaf nak lamar Afrina. Memang hadiah yang istimewa." Ucap Fakrul sambil tersengih. Yang lain mengangguk.

   Afrina tertunduk. Zafrul masih memandang Afrina.

   "Cik Afrina. Sudikah? Atau nak aku lamar orang lain?" Tanya Zafrul sambil mengangkat keningnya berkali-kali. Dia tersenyum-senyum.

   Afrina memandang orang sekeliling. Iman dan Laila tersenyum nakal. Fakrul dan Sakinah hanya tersenyum manis manakala Alfi dan Kamal sama-sama angkat kening.

   Afrina memandang Zafrul kembali. Lelaki itu kelihatan sedang menanti jawaban dari mulutnya sendiri.

   "Afrina, tak baik biar orang tertunggu-tunggu. Jawab jalah. Apa jawabannya?" Ucap Iman. Afrina masih malu-malu.

   Zafrul tersenyum.

   "Tapi, Maya macam..." Afrina tidak dapat menghabiskan ayatnya. Alfi laju memotong.

   "Afrina, Zaf lamar kau, bukannya dia. Pedulikan jalah dia." Ucap Alfi. Afrina tertunduk sekejap lalu mengangguk.

   "Baiklah. Aku setuju." Ucap Afrina dan diakhiri dengan tepukkan gemuruh dari rakan-rakannya. Zafrul tersenyum manakala Afrina sekadar tertunduk malu.

                                                                                    ***

   Afrina baru sahaja balik dari rumah Sakinah. Tiba-tiba dia terserempak dengan Zafrul. Dia seperti hilang arah.

   "Hai, Afrina!" Ucap Zafrul. Afrina membalas teguran Zafrul. Dia sekadar tersenyum.

   "Jom aku temankan kau balik." Ucap Zafrul. Afrina mengangguk.

   "Kau macam tak suka ja masa terima lamaran tadi." Ucap Zafrul. Afrina menggeleng laju.

   "Mana ada! Tak akanlah aku tak suka. Lagipun, memang aku suka dekat kau. Rupanya cinta aku tak bertepuk sebelah tangan. Cuma, aku malulah kau lamar aku depan kawan-kawan." Ucap Afrina. Zafrul menggeleng sambil tersenyum lucu.

   "Ish, benda biasa ja tu. Kau janganlah nak malu sangat." Ucap Zafrul.

   "Yalah sangat." Ucap Afrina sambil tertunduk.

   "Tak tau pun yang kau suka dekat aku. Rupanya diari kau memang tak tipu! Kau memang sukakan aku!" Ucap Zafrul. Afrina sekadar terdiam. Dia masih malu.

   "Boleh aku tanya kau satu soalan?" Tanya Afrina tiba-tiba. Zafrul berkerut lalu mengangguk.

   "Sejak bila kau suka aku?" Tanya Afrina lagi. Zafrul tersenyum sambil mendongak ke langit.

   "Entahlah, maybe sejak kau takut-takut masa aku datang nak minta maaf dari kau. Ingat lagi tak aku terpeluk Yera kuat-kuat? Dia patuk kepala aku and panjat dengan wayar-wayar? Ingat tak?" Ucap Zafrul. Afrina ketawa kecil dan mengangguk.

   "And, sebab kau suka aku?" Tanya Afrina lagi. Zafrul ketawa kecil.

   "Entahlah, Afrina. I'm so sorry! Aku tak boleh jawab soalan kau tu. Sebab aku tak tahu jawapannya." Ucap Zafrul. Afrina terangguk.

   Sesampainya mereka di depan rumah. Afrina sekadar tersenyum dan memandang Zafrul.

   "Terima kasih." Ucap Afrina. Zafrul tersenyum.

   "Terima kasih juga." Ucap Zafrul.

   "Terima kasih sebab apa?" Tanya Afrina sambil tersenyum lucu.

   "Saja-saja." Ucap Zafrul. Afrina mengangguk.

   "Oklah, baik kau cepat balik." Ucap Afrina sambil tersenyum.



   Zafrul mengangguk. "Assalamualaikum." Zafrul terus berlari mahu pulang ke rumah tetapi tiba-tiba dia berpatah balik. Afrina berkerut.

   "Kirim salam dekat keluarga ya," Ucap Zafrul lalu terus berlalu pergi semula. Afrina ketawa kecil. Memang perangai Zafrul sentiasa menghiburkan hatinya.


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard