Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian terakhir}
Jumaat, 30 Disember 2016 | 8:47 PG | 3 comments
   Sebulan berlalu, kini Zafrul dan Afrina sudah bertunang. Jadi, Afrina sekarang ini merupakan tunang orang. Jadi jangan kacau kalau tak nak makan buku lima oleh Zafrul!

   Afrina sedang berjalan mahu pulang ke rumah dan tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju tepat-tepat di tempatnya sedang berjalan. Afrina sekadar tersenyum melihat pemandu di dalamnya.

   "Hai, Afrina. Nak balik sekali? Aku boleh hantar sampai rumah." Ucap Laila. Afrina tersenyum sambil menggeleng.

   "Tak aku nak pergi ambil kereta dekat tempat parkir hujung sana." Ucap Afrina. Laila terangguk.

   "Oh, oklah! Take care! Hihi." Ucap Laila lalu terus berlalu pergi. Afrina sekadar tersenyum. Ada-ada sahaja rakannya yang seorang itu.

                                                                                    ***

    Maya sedang menikmati stik daging di sebuah restoran bersama dengan teman lelakinya, Rizwan. Maya tidak bercakap banyak dan dia sekadar menikmati hidangan itu.

   "You, nak pergi mana lepas ni? I boleh bawa." Ucap Rizwan. Maya sekadar mendiamkan dirinya sambil menghirup jus laici yang dipesannya.

   "You? You nak pergi mana lepas ni? I boleh bawa. Lagipun I free hari ni." Ucap Rizwan. Maya menarik nafasnya dalam-dalam dan menggeleng.

   "Sorry, I think yang I nak rest. I malaslah, hari-hari keluar macam ni." Maya berkata sambil tersenyum sedikit. Rizwan tersenyum sambil mengangguk.

   "Alah, you janganlah risau. I tak kisah. Tak susahkan I pun sebenarnya." Ucap Rizwan. Maya tetap menggeleng.

   "Tak apa, I tak nak ke mana pun." Ucap Maya. Rizwan terangguk.

   "You stress sebab Afrina dengan jantan tu tunang?" Tanya Rizwan sambil tersenyum sinis. Maya menggeleng.

   "Mana ada! I kan ada you, so buat apa nak kisah sangat?" Ucap Maya. Rizwan terdiam lalu terus menikmati stiknya.

   "You nak duduk rumah?" Tanya Rizwan. Maya mengangguk.

   "Dengan mak you yang bodoh tu?" Tanya Rizwan lagi. Maya terdiam. Tidak tahu mahu jawab apa.

                                                                                     ***

   Maya menampar wajah ibunya itu. Ibunya itu mengurut pipinya yang kesakitan akibat ditampar oleh si anak.

   "Dah, aku minta duit tu bagi jalah! Jangan nak membantah!" Ucap Maya. Puan Adila menggeleng.

   "Tak boleh, duit tu ibu nak pakai untuk emergency nanti. Maya jangan pandai-pandai nak ambil." Ucap Puan Adila agak tegas. Maya menjadi agak bengang.

   "Kau nak degil ya? Hei, kau dengar sini baik-baik! Aku minta tu bagi jalah! Kau bagi sekarang!" Marah Maya sambil berebut duit itu dari ibunya. Puan Adila tidak melawan dan akhirnya Maya dapat merampas duit itu.

   Puan Adila jatuh terduduk akibat ditolak oleh anaknya itu. Sekali lagi. Puan Adila menjadi sebak dan kesal.

   "Kenapa Maya buat macam ni?! Kenapa Maya berubah macam ni!? Ibu salah didik Mayakah?!" Ucap Puan Adila sampai menangis tersedu-sedu.

   "Hei, lantak kaulah! Kau ingat aku kisah sangat!?" Jerit Maya sambil berjalan keluar dari rumah itu. Dia memandu keretanya dan tiba-tiba dia ternampak seseorang sedang berbual mesra dengan seorang perempuan. Maya memarkir keretanya di satu sudut dan keluar dari kenderaan itu.

   "Sampai hati kaukan buat dekat aku macam ni?! Sampaikan hati?!" Marah Maya dengan linangan air mata. Rizwan sekadar terdiam. Gadis yang sedang berada di sisinya berkerut.

   "You, you kenal perempuan ni?" Tanya gadis itu. Maya terus menampar wajah gadis itu.

   "Kau diam perempuan!" Ucap Maya lalu terus memandang wajah Rizwan.

   "I can explain." Ucap Rizwan. Maya menolak lelaki itu kasar.

   "Aku benci kau!" Ucap Maya lalu terus memasuki ke dalam keretanya. Dia memandu kereta itu dengan linangan air mata.

   "Semua lelaki dekat sini hanya nak pergunakan aku! Tak ada yang sayangkan aku pun!" Maya memarahi seorang diri. Memang dia berasa sangat geram dan marah. Mula-mula Zafrul kini Rizwan pula.

   "Aku dah tak ada sesiapa lagi!" Ucap Maya lagi. Penglihatannya semakin kabur dan akhirnya dia berlanggar dengan sebuah lori. Maya tidak sempat membrek keretanya, dia sudah mengalami sebuah kemalangan yang mengerikan.

                                                                                    ***

   Maya mencelikkan matanya. Kelihatan dia berada di suatu tempat yang gelap. Tempat yang sangat gelap. Tiba-tiba muncul satu cahaya yang sangat terang dan muncullah seorang lelaki yang berpakaian serba-putih menghampirinya. Wajah itu amat dikenalinya.

   "Ayah! Ayah! Ayah nak pergi mana!?" Tanya Maya sambil menghampiri lelaki itu. Lelaki itu langsung tidak menghiraukannya.

   "Ayah! Maya rindu ayah! Ayah!" Maya menjerit memanggil ayahnya dengan linangan air mata tetapi lelaki itu langsung tidak pedulikannya dan semakin menjauhi.

   "Ayah! Jangan tinggalkan Maya!" Jerit Maya lagi. Dia menangis berlutut.

   "Hanya ayah ja yang Maya sayang! Tak ada siapa lagi! Semua orang tak sayangkan Maya! Semua orang bencikan Maya! " Maya menangis sampai tersedu-sedu. Tiba-tiba tempat itu berubah. Tiada lagi cahaya.

   "Kenapa panas sangat ni?" Tanya Maya. Tiba-tiba muncul api yang sangat marak sedang menghampirirnya.

   "Kenapa ni?" Tanya Maya seorang diri dan api itu terus membakar dirinya.

   "Panas! Panas! Tolong! Tolong! Ayah!" Jerit Maya. Tetapi malangnya tiada siapa yang datang untuk membantunya.

   "Maya, maya!" Tiba-tiba muncul satu suara. Maya tercari-cari.

   "Tolong!!!!" Maya tetap menjerit dan akhirnya dai terus bangun dari katilnya dan menangis teresak-esak.

   "Panas!" Ucap maya lagi. Seorang gadis datang menghampiri dan Maya terus memeluknya.

   "Tolong!" Ucap Maya lagi tanpa melepaskan pelukkan itu.

   "Maya, bawa mengucap." Ucap Afrina dengan sebak. Dia tidak melepaskan pelukkan itu.

   Maya kembali tenang dan memandang sekeliling. Dia melihat tangannya. Kini, tangan yang selalu menolak, menampar ibunya itu seperti cacat. Tidak sempurna. Sakit dan lenguh semacam pun ada. Maya menangis teresak-esak.

   Afrina membelai kepala rakannya itu. "Maya, bawa mengucap." Afrina seperti memujuk. Puan Adila menuju ke arah Maya dan mengusap air mata anaknya itu.

   "Maya, kenapa ni? Jangan risau, nak. Maya akan sembuh." Ucap Puan Adila dengan sebak. Sedih melihat tangan kiri anak gadisnya itu sudah cacat. Tidak sempurna!

   Maya terus memeluk ibunya sambil meneruskan tangisan. Puan Adila membalas pelukkan itu dan turut menangis. Afrina, Zafrul, Amisyah, Laila, Iman, Sakinah, Fakrul, Alfi dan Kamal sekadar tersenyum.

   "Maafkan Maya ibu! Maya minta ampun! Maya sayang ibu! Tolong ampunkan Maya ibu! Maya berdosa!" Ucap Maya. Puan Adila tersenyum dan mengangguk.

   "Ibu ampunkan kamu, Maya! Ibu sayang Maya." Ucap Puan Adila sambil mengusap air matanya. Maya tersenyum.

   "Maya rasa bersalah sangat! Maafkan Maya." Ucap Maya lagi. Puan Adila tersenyum.

   Afrina menuju ke arah Maya dan menggengam tangan kanan rakannya itu.

   Maya menjadi sayu. Dia terus memeluk rakannya itu.

   "Aku minta maaf! Aku minta maaf sangat-sangat! Aku sayang korang semua!" Ucap Maya, dia masih belum berhenti menangis. Laila, Iman dan Sakinah menghampiri dan memeluk sama mereka berdua.

   "Aku minta maaf ya semua! Aku minta maaf sangat-sangat!" Ucap Maya lagi.

   Afrina melepaskan pelukkan itu dengan lembut.

   "Dah, Maya. Kau jangan menangis lagi ya? Kami dah lama maafkan kau." Ucap Afrina. Maya tersenyum dan memandang Zafrul, Fakrul, Alfi, Kamal dan Amisyah.

   "Zaf, Al. Aku minta maaf ya. Aku dah insaf. Aku janji aku akan berubah. Aku sedar aku berdosa." Ucap Maya. Zafrul menggeleng dan tersenyum.

   "It's okay. Kitorang tak anggap pun yang kau musuh kami. Kami tetap kawan kau, Maya." Ucap Zafrul. Fakrul, Alfi, Kamal dan Amisyah mengangguk.

   "Betul tu." Ucap Amisyah, Kamal dan Fakrul serentak. Maya tersenyum.

   "Baguslah, dah bersatu balik." Ucap Amisyah.

   "Sekali lagi aku nak minta maaf. Riz, memang jantan tak guna! Dia tak guna! Aku benci dia! Dia tak datang pun untuk temani aku dekat sini." Ucap Maya, sayu. Iman mengurut bahu Maya lembut.

   "Tak apa, Maya. Walaupun kau macam ni. Aku janji yang aku tetap sukakan kau. Aku terima kau seadanya." Ucap Alfi. Maya tersenyum malu. Dia tertunduk lalu memandang Alfi.

   "Alfi, terima kasih. Aku tak tahu pun tentang ni." Ucap Maya. Alfi tersenyum.

   "Baguslah kalau macam tu." Ucap Afrina.

   "Tak nak ucap apa-apakah?" Tanya Zafrul. Maya berkerut lalu tersenyum lucu.

   "Ok, selamat bertunang! Tahniah, Zaf! Tahniah, Afrina!" Ucap Maya. Afrina tersenyum.

   "Ibu, nanti Maya bayar semua duit yang Maya ambil ya. Maya berdosa, ibu." Ucap Maya. Puan Adila menggeleng.

   "Tak apa, ibu halalkan." Ucap Puan Adila.

   "Ibu, Maya tak kira. Maya akan bayar juga." Ucap Maya.

   "Dah, dah! Asalkan kita dah ok balik!" Ucap Laila. Mereka semua sekadar ketawa kecil.

                                                                                     ***

   Mereka semua sedang bersantai di rumah Maya.Puan Adila mengadakan majlis untuk kepulangan anaknya dari hospital dan sekali untuk mengikatkan pertalian silaturahim semula.

   Afrina sedang melihat pemandangan indah dari tingkat tinggi apartment milik Maya.

   "Afrina." Panggil seseorang. Afrina menoleh.


   "Oh, Maya. Kenapa ni?" Tanya Afrina. Maya tersenyum.

   "Kenapa duduk seorang diri dekat sini?" Tanya Maya. Afrina menggeleng.

   "Err, tak ada apa-apalah. Saja-saja aku bersantai dekat sini." Ucap Afrina. maya tersenyum lalu berdiri di sebelah Afrina.

   "Tak sangkakan, kau dengan Zaf dah tunang?" Tanya Maya. Afrina sekadar tersenyum.

   "Aku happy sangat." Ucap Maya. Afrina tersenyum.

   "Aku minta maaf atas segalanya. Aku rasa bersalah sangat. Tak tahulah dah berapa banyak kesalahan yang aku dah buat. Aku rasa berdosa sangat." Ucap Maya. Afrina menggeleng.

   "Dahlah tu, Maya! Asalkan kau dah taubat. Sekarang ni, kau buka ja buku baru." Ucap Afrina. Maya mengangguk.

   "Aku teringatlah kisah dulu-dulu. Kita lima sekawankan?" Tanya Maya. Afrina mengangguk.

   "And then kau terbagi minum klorok dekat kucing kau." Ucap Sakinah dan Laila serentak dari belakang.

   "Kau tolong Afrina masa buku karangan dia diambil oleh aku. Kononnya nak balas dendam." Ucap Amisyah pula.

   "Aku kadang-kala meluat juga dengan perangai kau masa darjah empat." Ucap Iman sambil tersengih.

   "Aku dulu selalu ikut, Afrina ja." Ucap Fakrul pula.

   "Aku setiap hari nanti tengok ja perangai korang semua." Ucap Alfi sambil tersengih.

   "Aku pula selalu pinjam barang Afrina. Dahlah tu, bagi jatuh gunting dia, habiskan gam dia." Ucap Zafrul sambil ketawa kecil.

   "And, aku pernah berancang dengan Zaf nak letak gam dekat kerusi Afrina masa darjah tiga." Ucap Kamal. Afrina dan Maya tersenyum.

   "Tapi kita tetap kawankan?" Tanya Iman. Maya tersenyum sambil mengangguk. Tiba-tiba Yera muncul dan duduk di atas bahu Afrina.

   "Aku janji yang aku akan berubah." Ucap Maya. Mereka semua tersenyum dan mengangguk.

   Puan Adila sekadar tersenyum.

   Kini, mereka sepuluh orang sedang melihat pemandangan indah di situ. Kini, mereka sudah bersatu dan Maya pun telah berubah. Mereka tidak berkata apa dan sama-sama melayan fikiran sendiri dengan mengingati setiap memori lama.





Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard