Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {We meet again part 3}
Selasa, 11 April 2017 | 3:57 PG | 0 comments

 Syafira sedang menemani anak lelakinya, Asyraf bermain mainan robot di ruang tamu. Dia sekadar tersenyum melihat anaknya itu sedang gembira bermain dengan mainan robot yang dibeli olehnya. Dia tercari-cari seseorang tetapi tidak kelihatan kelibatnya.

 "Cari siapa tu?" Tiba-tiba satu suara menegur. Dia duduk menghadap Syafira. Syafira memandang lelaki itu lalu mengeluh keras.

 "Tak cari siapa-siapa! Saja-saja perhati keadaan rumah ni." Ucap Syafria.

 "Aduh, buatlah macam..." Belum sempat Rafiq mahu habiskan ayat, Syafira laju memotong.

 "Saya memang tak pernah tengok rumah ni. Minta maaf ya." Ucap Syafira. Rafiq memandang isterinya itu lalu memandang Asyraf. Asyraf langsung tidak mempedulikan percakapan antara ibu dan bapanya itu.

 "Esok saya nak bawa Asyraf ikut saya pergi kolej." Ucap Syafira. Rafiq terbeliak memandang Syafira. Syafira memandang Rafiq dan mengangkat kening.

 "Kenapa buat muka terkejut? Salahkah saya nak bawa Asyraf jalan-jalan kat sana? Dia pun tahu boring juga asyik tengok awak main phone. Apa yang dibelek, entahlah!" Ucap Syafira selamba sahaja. Rafiq terangguk lalu tersenyum.

 "Bagus juga. Saya pun dah tak larat nak jaga Asyraf." Ucap Rafiq. Syafira sekadar menggelengkan kepalanya.

 "Huh, apa-apalah! Jom, Asyraf. Tidur. Dah 11.00 malam. Esok kena bangun awal ikut mama." Ucap Syafira lalu menarik tangan anak lelakinya itu berjalan mengikutinya. Rafiq sekadar memandang sehingga kelibat mereka dua beranak hilang. Dia mengeluarkan telefonnya lalu terus membaringkan diri di atas sofa dan bermain dengan telefon pintarnya itu.

                                                                                         ***

 "Ok, ok. Aku tak kisah kau nak bawa Asyraf sekali. Prof pun tak kisahlah. Nad, dengan Rin pun tak kisah. Ok, see you there. Bye." Juliana memutuskan panggilannya lalu terus berjalan memasuki ke dalam kereta.

 Juliana menghidupkan enjin kereta lalu kereta itu meluncur laju menuju ke jalan raya. Jalan raya kelihatan lenggang pada hari itu. Dia memandu keretanya itu agak laju.

Selepas 15 minit
 Juliana memarkir keretanya di tempat parkir. Dia keluar dari keretanya. Dia berjalan memasuki ke dalam kolej dan menghulurkan sekeping borang kepada pengawal keselamatan kerana dia merupakan pelawat di situ. Dia terus duduk di sebuah bangku bagi menanti rakan-rakannya yang lain.

 Dia bermain dengan telefonnya dan seperti biasa berselfie di situ. Dia tersenyum lalu menghantar foto hasil tangkapannya itu di media sosial seperti facebook, twitter dan instagram. Dahulu, komen yang negatif selalu diberikan. Pedih mata membaca satu-persatu komen yang ditujukan.

 Kini, setelah menjadi seorang model terkenal, komen positif terlalu banyak sehingga kadang-kala Juliana malas mahu membaca dan buat endah tak endah sahaja. Sudah menjemu membaca pujian demi pujian khas buat dirinya itu. Lagipun dia sudah mempunyai seorang suami.

 Begitu jauh dia mengelamun, tiba-tiba seseorang menepuk bahunya. Juliana menoleh. Kelihatan Nadia dan Rina sedang ketawa kecil. Juliana mencebik sedikit.

 "Ish, lain kali bagi salamlah. Terkejut lah!" Ucap Juliana agak marah dengan perbuatan dua orang rakannya itu.

 "Janganlah marah. Nanti cepat tua. Sayanglah, muka lawa-lawa cepat tua." Ucap Rina sambil tersenyum mengusik. Juliana mencebik lagi sekali.

 "Dahlah. Now, duduk dulu. Kita tunggu Syaf." Ucap Juliana. Nadia dan Rina tidak melakukan sebarang reaksi.

 "Duduklah." Ucap Juliana.

 "Kitorang baru keluar dari kereta. Malaslah nak duduk." Ucap Nadia pula. Juliana memuncungkan mulutnya. Tiba-tiba Syafira dan Asyraf seiringan jalan menuju ke arah mereka bertiga. Mereka bertiga tersenyum. Juliana sudah berdiri dan melambaikan tangannya.

 "Hello! Hello Asyraf! How are you?" Tanya Juliana sambil mengusap lembut kepala Asyraf. Kanak-kanak lelaki itu tersengih malu. Juliana, Nadia dan Rina ketawa lucu.

 "Lamakah korang tunggu aku?" Tanya Syafira.

 "Kitorang baru sampai. Ju, we don't sure." Ucap Nadia. Juliana menggeleng.

 "Sorrylah, Asyraf buat perangai tadi, tak nak mandi. Penat nak pujuk." Ucap Syafira.

 "Rafiq?" Tanya Rina.

 "Rafiq? Huh, dia dah pergi kerja. Dia kerja awal pagi." Ucap Syafira. Mereka bertiga mengangguk.

 "Oklah, jomlah." Ucap Juliana. Yang lain akur lalu mengikut langkah Juliana menuju berjumpa dengan Professor Mawar.

                                                                                ***

 "Saya tak kisahlah. Pukul berapa nak jumpa pun boleh. I don't mind." Ucap Ralicia. Dia tersenyum meleret. Rafiq sekadar terangguk.

 "Tapi, yang menjadi masalah sekarang ni adalah isteri saya. Awak tahu tak yang sekarang ni dia macam dah tak selesa dengan perangai saya yang suka keluar rumah dan bermain dengan phone. Kan kita selalu chat dua orang. Saya just takut yang dia check phone ni." Ucap Rafiq. Ralicia tertunduk.

 "She don't know about this? Oh my! You memang tak bijaklah. Apa yang you kisah? You kalau nak ada skandal dengan sesiapa pun, suka hatilah. Dia siapa nak halang? Or, you ni someone yang..." Belum sempat Ralicia mahu menghabiskan ayat, Rafiq sudah memotong.

 "I tak takut dialah. I just tak sampai hati." Ucap Rafiq. Ralicia menggeleng.

 "Apa yang you tak sampai hati? Just tell the truth! Kan senang. You lebih sampai hati tipu dia daripada beritahu benda betul? Oh, wow!  Bagitau yang betulkan lebih memudahkan. Tak banyak problem. Understand?" Ucap Ralicia, memaksa. Rafiq terdiam.

 "Hello? Can you hear me?" Tanya Ralicia. Rafiq memandang bekas kekasihnya itu. Dia runsing. Sama ada Syafira atau Ralicia. Tidak sampai hati mahu memberitahu kepada gadis itu bahawa dia ingin berkahwin dengan Ralicia. Apa kata Syafira nanti? Pasti perang dunia akan berlaku. Alamatnya matilah!

 "Nanti I fikirlah. I tak boleh bagi keputusan sekarang." Ucap Rafiq. Ralicia menjeling menyampah. Dia mecapai tas tangannya.

 "You ni cowardlah." Ucap Ralicia lalu terus beredar pergi. Rafiq menekup wajahnya. Habislah macam ni!

                                                                                   ***

 "Alah, dulu prof jual mahal, and then sedih pula. Nasib ada yang meminang. Kalau tak, anak dara tualah jawapannya. Kesian!" Ucap Rina. Ikut suka hatinya sahaja mahu berkata begitu. Professor Mawar mencubit pipi Rina. Rina mengerang kesakitan lalu mengurut pipinya yang agak tembam itu.

 "Alah, melawak jalah." Ucap Rina. Professor Mawar tersenyum nakal.

 "Yalah tu. Tapi sekarang prof dan kahwinkan? So, stop cakap fasal benda ni boleh tak?" Ucap professor Mawar. Rina mengangguk.

 "Oklah. Sorry, prof." Ucap Rina.

 "Rina, Rina. Tak pernah berubah." Ucap Professor Mawar. Nadia ketawa kecil.

 Asyraf sekadar menikmati aiskrim yang dibeli oleh Syafira tadi.

 "Prof, memang pensyarah ni cita-cita prof sejak kecilkah?" Tanya Nadia. Professor Mawar menggeleng.

 "Penysyarah ni bukannya cita-cita proflah. Cita-cita prof dulu nak jadi pilot. Tapi, rasanya tak mampulah, so, prof ambil bidang ni jalah." Ucap Professor Mawar. Mereka terangguk.

 "Tapi jadi pensyarah pun tak kurang hebatnya. Semua orang dengar rasa terpegun. Kan?" Ucap Juliana. Syafira mengangguk.

 "Ya, betul tu." Ucap Syafira. Professor Mawar tersenyum malu.

 "Alah, janganlah puji macam tu. Malu pula prof." Ucap Professor Mawar sambil tersengih-sengih.

 Mereka yang berada di situ sekadar tersenyum. Gembira juga melihat senyuman yang terukir di bibir professor mereka.

                                                                                 ***

 "Ish, asyik tak angkat ja! Mana dia pergi ni?" Tanya Syafira sambil merengus marah. Dia melihat Asyraf yang sedang tidur di sebuah sofa di dalam bilik muzik itu. Dia kasihan juga melihat wajah kanak-kanak itu. Langsung tidak dipedulikan oleh Rafiq.

 Syafira menelefon sekali lagi lelaki itu. Tetap sama. Tidak diangkat. Geramnya! Ikutkan hati, mahu sahaja dia membaling telefon itu dari bangunan sehingga pecah relai. Geram sungguh.

 "Tak guna! Mulalah nak jadi macam dulu! Rasa macam... rasa macam nak cekik-cekik dia tu! Geramnya! Apa yang busy sangat sampai aku call pun tak boleh jawab!?" Ucap Syafira cuba bermonolog. Geram.

 Rina tiba-tiba memasuki ke dalam bilik itu. Dia memandang Asyraf dan tersenyum. Dia memandang Syafira dan berkerut pula.

 "Eh, afasal ni? Macam marah ja aku tengok." Ucap Rina. Syafira menoleh memandang Rina lalu memeluk tubuhnya. Dia menggelengkan kepalanya.

 "Tak ada apalah. Ni hah, Rafiq tak nak angkat call. Entah kenapa. Dah sepuluh kali call. Tak angkat pun. Busy sangatkah?" Ucap Syafira. Mukanya merah menahan marah.

 "Alah, kau tak tau maybe dia terlalu busy sampai tak perasan yang kau call dia. Nanti dia call baliklah tu." Ucap Rina. Syafira sudah bengang.

 "Kau tak apalah. Senang cakap bukannya kau yang kena. Nantilah kalau kau kena, kau boleh faham aku. Bukannya kredit kau yang habis." Ucap Syafira. Rina tergamam.

 "Syafira, kau nak pergi mana tu? Asyraf macam mana?" Tanya Rina.

 "Aku nak pergi beli makan dekat Asyraf sekejap. Kau tolonglah jaga kejap." Ucap Syafira.

 "A....apa? Kalau dia bangun dan menangis sebab kau tak ada, nak kata apa?" Tanya Rina. Dia sudah pernah kena. Memang susah nak pujuk anak si Syafira ni.

 "Alah, jaga jalah. Bukannya susah pun. Kau pun dah tahukan cara nak pujuk dia. Pujuk jalah. Takkan nak tolong sikit pun tak boleh?" Ucap Syafira selamba.


 "Err.... Aaa..." Rina tergagap-gagap.

 "Tolong ya. Nanti aku belanja kau milo ais." Ucap Syafira lalu terus keluar dari bilik itu. Rina meraup wajah manisnya itu. Dia memandang Asyraf yang sedang lena tidur.

 "Tolonglah jangan bangun. Tidur ya." Ucap Rina secara perlahan. Terpaksa menjadi pengasuh kanak-kanak sementara.


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard