Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Spy 1,2,3,4 part 1}
Selasa, 30 Mei 2017 | 9:30 PTG | 1 comments

Hari berikutnya

 Professor Mawar membawa Asyraf keluar bersamanya untuk mengambil baju orang gaji yang diminta oleh Rina dari dalam kereta. Bolehlah Professor Mawar belanja Asyraf makan aiskrim. Sementara itu, empat orang gadis sedang berkumpul di dalam bilik muzik itu sambil berbincang tentang perancangan mereka sebelum memulalan operasi.

 "Jadi, Syafira spy number one, aku number two, Ju, number three and Nadia number four. Agree?" Tanya Rina. Mereka bertiga mengangguk.

 "Tapi masa kat sana, jangan bagi indetiti korang. Cakap yang nama korang Maid number two. Contoh, macam korang ikut nombor yang telah diberi. Amacam?" Tanya Rina. Juliana begitu teruja.

 "Wow! Memang best gila! Tak sabarnya." Ucap Juliana. Rina mengangguk.

 "So, memang semua dah setuju nak jalankan operasi?" Tanya Rina.

 "Setuju." Ucap Nadia.

 "Ingat, dekat sana nanti jangan main-main. Tolonglah serius." Ucap Rina.

 "Err, kalau aku nak jadi penghidang teh tak apakah? Sebab aku memang suka hidang teh. Pasti cawan dekat sana nanti cantik-cantik." Ucap Juliana.


 "Terserahlah dekat perempuan tu nak bagi kau buat apa nanti kat sana." Ucap Nadia.

 Juliana mengangguk.

 "Ok. Setuju." Ucap Juliana.

 "Ingat tau. Jangan gagalkan misi. Kalau tak, memang teramat-amat buruk padahnya." Ucap Rina. Mereka bertiga tetap mengangguk.

                                                                                      ***

 "Aduh, memang baju ni tak kena langsung kalau aku pakai. Pleaselah, aku takkan pakai!" Ucap Syafira membantah.

 "Alah, pakai jalah." Ucap Rina. Syafira menggeleng.

 "Baju ni cantik kalau kau pakai. Pasti perempuan tu jealous sampai senget mata dia." Ucap Juliana pula.

 "Pakailah." Ucap Nadia.

Syafira menggeleng.


 "Tak nak! Tak nak pakai! Kalau pakai T-Shirt dengan seluar tak apalah kan? Macam bibik biasa tu." Ucap Syafira. Mereka menggeleng.

 "Mana boleh, Syaf. Rumah Ralicia punya bibik semua pakai yang macam ni. Kalau tak, kami akan pakai T-Shirt dan seluar tracksuit biasa ja." Ucap Nadia.

 "Bukannya terdedah kat mana pun." Ucap Professor Mawar pula. Asyraf yang sedang menikmati air kotak berperisa oren memandang baju itu dan tersenyum.

 "Cantik." Ucap Asyraf. Yang lain sekadar ketawa kecil.

 "Pakai jalah. Kalau tak macam mana nak mulakan operasi??" Tanya Juliana.

 "Ok, ok! Aku pakai! Tapi jangan kata aku rela! Aku terpaksa ja." Ucap Syafira.

                                                                                             ***

 Syafira keluar dari bilik persalinan dan berjalan mahu menghampiri rakan-rakannya yang lain. Kelihatannya seperti tidak rela.

 "Hmm, oklah tu. Nampak ok ja. Tak ada apa-apa yang pelik pun bila Syafira pakai." Ucap Professor Mawar. Syafira tertunduk.

 "Kami pun dah sedia juga. Cantikkan?" Tanya Juliana.



 Syafira menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak menjawab soalan Juliana. Kelihatan Asyraf sedang lena tidur.

 "Jadi, sebelum Asyraf bangun, baik kamu bertiga pergi. Nanti kalau dia bangun, prof akan bawa dia jalan-jalan." Ucap Professor Mawar. Mereka berempat mengangguk.

 "SPY 1,2,3,4! READY!" Jerit mereka berempat serentak. Operasi pun bermula!

                                                                                  ***

 "Kita dah sampai ke tempatnya. Rumah Ralicia." Ucap Rina. Mereka bertiga memandang rumah yang tesergam indah di depan mata.

 "Wow! Memang tak tipu kata Rina! Memang rumah ni besar dan indah sekali." Ucap Nadia seperti terpegun. Juliana memuncungkan mulutnya. Cemburu. 

 "Kan aku dah kata. Ralicia ni seseorang yang berpelajaran dan anak orang berada." Ucap Rina.

 "Dahlah tu, kita datang sini nak berlakon! Bukannya nak puji rumah dia!" Ucap Juliana.

 Syafira menganggukkan kepalanya. "Ya, betul tu! Harta dunia tak kekal." Ucap Syafira.

 "Jom, jom!" Ajak Rina. 

 Mereka pun menuju ke pintu pagar rumah itu. Terdapat seorang pengawal sedang berjaga di situ.

 Dengan melihat pakaian orang gaji itu, tanpa banyak songeh, pengawal itu pun terus membukakan pintu pagar rumah itu. Mereka berempat pun terus masuk ke dalam kawasan rumah mewah itu.

 "Senangnya, tak payah tanya apa-apa. Kan aku kata, uniform ni memang berguna untuk kita." Bisik Rina kepada rakan-rakannya yang lain. Mereka mengangguk.

 "Jom! Masuk cepat." Ajak Syafira. 

 Tiba-tiba seorang gadis yang kelihatan agak tua melihat mereka berempat. Dia berkerut.

 "Alamak, macam mana ni?" Tanya Juliana dalam nada berbisik.

 "Hah! Masuklah. Cepat, kita ada banyak kerja!" Ucap perempuan tua itu. Dia merupakan ketua kepada semua orang gaji. 

 "Ba...baik!" Jawab mereka berempat lalu terus masuk ke dalam rumah itu. Memang cantik sekali. Begitu besar sekali ruang tamunya. Ada beberapa orang gaji yang sedang mengemas ruang tamu itu.

 "Orang barukan di sini?" Tanya wanita tua itu.

 "Ya." Jawab Rina. Eh, orang baru? 

 "Kenapa datang awal sangat? Bukan sepatutnya pukul 10.00 pagi? Kenapa datang pukul 8.00 pagi?" Tanya wanita tua itu lagi.

 "Kami semangat nak kerja mak cik." Ucap Nadia. Wanita tua itu terangguk. 

 "Memang akan ada orang baru masuk kerja hari nilah. Nasib baik." Ucap Nadia berbisik kepada Juliana. Juliana tidak berkata apa.

 "Nama mak cik Suhana. Panggil ja mak cik Suhana. Nama kamu berempat ni siapa?" Tanya Mak cik Suhana.

 "Err, nama saya Nad...err, four!" Jawab Nadia. 

 "Four? Nama anak empat?" Tanya Mak Cik Suhana. Nadia mengangguk.

 "Nama samaran mak cik." Ucap Nadia.

 "Nama betul anak?" Tanya Mak cik Suhana.

 "Rahsiahlah mak cik." Ucap Rina.

 "Nama anak yang ni pula siapa?" Tanya Mak cik Suhana kepada Juliana.

 "Saya? Mak cik tak kenalkah? Nama saya Juliana Elviri..." Belum sempat mahu menghabiskan ayat, Rina mencubit kuat tangannya. Juliana menjerit kesakitan.

 "Kenapa ni nak?" Tanya Mak cik Suhana. Juliana menggeleng.

 "Nama dia three." Ucap Rina

 Mak cik Suhana menepuk kepalanya.

 "Three pula. Anak ni pula?" Tanya Mak cik Suhana.

 "Nama saya two dan ini pula..." Belum sempat mahu menghabiskan ayat, seorang wanitaagak tua tetapi kelihatan bergaya menuju ke arah Mak cik Suhana.

 "Suhana! Sepatutnya awak buat kerja. Bukannya melepak!" Ucap wanita itu. Mak cik Suhana menundukkan kepalanya.

 "Maafkan saya datin. Saya akan jalankan kerja saya sekarang." Ucap Mak cik Suhana.

 "Tapi, sebelum tu, ni empat pekerja baru yang nak datang kerja tu. Dah sampai." Ucap Mak cik Suhana. Wanita itu mengangguk. 

 "Oh, ok! Welcome! Thanks for coming. Maklumlah lagi lima orang pekerja kami minta berhenti. Entahlah kenapa. But, I'm so glad that four of you want to work at here." Ucap wanita itu. Mereka berempat tersengih.

 "Well, saya Datin Rahimah. Dan kamu berempat?" Tanya Datin Rahimah.

 "Err, saya two, ini one, ini three dan ini four." Ucap Rina. Datin Rahimah berkerut dan menganggukkan kepalanya.

 "Never mind, nama tu tak kisah, yang penting tu kerja. So, One, kamu tolong hidang makanan. Two, kemas bilik-bilik, three cuci pinggan and four tolong two. Ok?" Tanya Datin Rahimah. Mereka berempat mengangguk.

 "Gaji, nanti kita bincang. Start kerja dulu." Ucap Datin Rahimah. Mereka berempat mengangguk.

 "What?! Dia ingat kita nak sangatkah makan duit dia tu!?Tak ingin pun ok!" Marah Juliana agak geram.

 "Tulah, kerja kita lagi lorded." Ucap Rina. Juliana mengangguk. 

 "Dahlah tu. Jom berlakon." Ucap Nadia. 

                                                                                    ***

 Ralicia menuju ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan mencapai air kotak berperisa oren. Dia duduk di meja dapur dan menikmati jus oren itu. 

 Juliana yang sibuk mengelap pinggan magkuk itu memandang Ralicia. Ralicia tidak ternampaknya. Juliana menggaru kepalanya dan terus masuk ke dalam bilik air. Dia mengunci bilik air itu.

 "Macam mana ni? Kalau dia nampak aku, sure dia kenal. Sure dia tahu." Ucap Juliana sambil meraup wajahnya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Rina. 

 "Ish, pleaselah angkat Rina." Ucap Juliana.

 "Ish, jawablah." Ucap Juliana. 

 Juliana menghendap Ralicia dari sebalik pintu itu. Harap-harap Ralicia beredar. Kelihatan Ralicia sedang bermain dengan telefonnya. 

 "Pergilah sana. Pergilah sana. Go away." Ucap Juliana. 

 Ralicia berdiri dan meninggalkan meja itu menuju ke ruang tamu. Juliana menghembus nafas lega. Dia keluar dari bilik air itu.

 "Susahlah. Rina, what do we want to know right now?" Tanya Juliana seorang diri. 

                                                                                     ***

 Syafira memulas tombol pintu satu bilik. Dia pasti ini biliknya kerana dia ada nampak gadis itu keluar dari bilik ini tadi. Ralicia sudah keluar dengan keluarganya pergi jalan-jalan. Jadi, inilah peluang untuk Syafira menyiasat. 

 Syafira dapati yang pintu bilik Ralicia tidak berkunci. Peluang yang baik. Belum sempat mahu masuk ke dalam bilik itu...

 "Cari apa dalam tu?" Tanya satu suara. Jantung Syafira seperti ingin pecah pada masa itu. Dia menoleh.

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard