Rabu, 31 Mei 2017

Selfiestar vs novelistar {Spy 1,2,3,4 part 2}


 Syafira menoleh. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri sambil memeluk tubuh. Gadis itu merupakan seorang orang gaji juga di rumah itu. Syafira menarik nafas lega. Kalau Ralicia tadi, alamat matilah!

 "Nak buat apa masuk bilik Cik Ralicia? Cari apa?" Tanya gadis itu. Syafira buat biasa.

 "Saya nak kemas. Cik Ralicia yang suruh kemas. Awak tak ada kerjakah?" Tanya Syafira kembali. Mukanya begitu tenang. Pandai dia berlakon.

 "Adalah. Dah alang-alang lalu sini. Nampak awak kat sini. Saya tegurlah. Takut-takutlah kalau awak nak..." Gadis itu tidak habiskan ayatnya. Dia mengangkat keningnya.

 "Apa? Awak ingat saya nak curi? Hello, tolong sikit! Saya tahulah awak suka mencuri masa kemas bilik majikan-majikan awak tapi pleaselah, jangan anggap semua orang sama macam awak! Saya tak ada masalah nak curi barang-barang dia tu! Setakat gincu serringit lapan puluh sen yang dibeli di pasar malam, saya pun ada!" Ucap Syafira agak bengang.

 Gadis itu mencebik. "What? Saya mencuri! Tak! Saya tak pernah mencuri!" Ucap gadis itu. Syafira menggeleng lalu menolak gadis itu kasar.

 "Pergilah berambus buat kerja!" Marah Syafira.

 "Sebelum saya report dekat datin yang awak curi tulang!" Ucap Syafira lagi dalam nada mengunggut.

 Gadis itu menghentakkan kakinya ke lantai dan terus berlalu pergi dari situ. Syafira berasa lega.

 "Penyibuk!" Ucap Syafira lalu terus masuk ke dalam bilik itu. Dia menutup bilik itu.

 "Aku datang sini bukannya nak kemas bilik. Aku nak cari bukti." Ucap Syafira perlahan. Dia membuka satu-persatu almari kecil di atas meja di bilik Ralicia.

                                                                                     ***
  Rina meraup wajahnya. "Yang aku jadi orang gaji betul-betul ni kenapa? Aku datang sini nak menyiasat." Ucap Rina sendirian.

 "Two!" Panggil seseorang. Rina menoleh. Kelihatan Mak cik Suhana sedang memegang penyapu di tangan.

 "Pergi sapu ruang tamu." Ucap Mak cik Suhana. Rina mencebik.

 "Alah, mak cik. Saya baru ja habis mop lantai dapur. Nak kena sapu ruang tamu pula?" Rina mengeluh. Mak cik Suhana agak geram.

 "Hei, nak kerjakah tak nak?! Kalau tak nak kerja, mak cik boleh bagitau dekat datin supaya buang kamu!" Marah Mak cik Suhana. Dia seperti ingin patahkan penyapu itu sahaja. Garang betul Mak cik Suhana ni.

 "Err, ok, ok. Saya akan buat. Saya memang nak kerja mak cik." Ucap Rina.


 "Kalau macam tu! CEPAT MULAKAN KERJA!" Jerit Mak cik Suhana lalu memberikan penyapu itu kepada Rina. Rina mencebik dan menggeleng menyampah.

 "Hello! Aku just nak siasat. Bukannya kerja betul-betul untuk rumah ni." Ucap Rina. Memang berlagak betul.

 "Tak apa, aku sabar." Ucap Rina lalu memulakan kerjanya untuk menyapu.

                                                                                    ***

 Empat orang wanita yang kelihatan bersemangat berjalan ingin masuk ke dalam rumah besar itu. Pengawal keselamatan itu menghalang.

 "Ya, nak cari apa?" Tanya pengawal itu.

 "Kami kan nak mulakan kerja sebagai bibik di rumah ini. Kami sangat bersedia untuk memulakan tugas." Ucap salah seorang dari mereka.

 "Sekejap saya panggil ketua orang gaji di rumah ni." Ucap pengawal itu.

 "Baiklah." Ucap seorang lagi.

                                                                                ***

 "Yakah? Tapi kami yang minta nak jadi bibik kat sini." Ucap seorang wanita yang kelihatan begitu muram.

 "Mana boleh, nak. Empat bibik itu dah sampai dan sedang memulakan tugas. Maaflah. Kalau nak minta kerja pun, dah cukup orang." Ucap Mak cik Suhana.

 "Tolonglah kami. Jadi tukang kebun pun jadilah." Ucap lagi seorang yang kelihatan agak pendek.

 "Mak cik kata no. Nak kena marah dengan datinkah? Dah, pergilah balik, nak. Cari rumah lain." Ucap Mak cik Suhana.

 "Tak apalah. Dah tak ada rezeki. Jomlah balik." Ajak lagi seorang lalu mereka berempat pun terus berjalan menuju ke stesen bas berdekatan untuk pulang.

 Mak cik Suhana menggeleng lalu terus masuk ke dalam rumah itu.

                                                                                      ***

 "Tidak. Tak mungkin. Tidak. Aku tengah bermimpikah?" Tanya Syafira sendirian sambil melihat sekeping foto. Syafira sudah sebak. Air mata sudah mula berguguran.

 "How dare you. Rafiq. Kenapa kau buat macam ni?" Syafira sudah mula menangis. Memang tak boleh jadi. Rafiq curang terhadapnya. Foto itu menunjukkan Rafiq dan Ralicia sedang bergambar di butik pengantin.

 Syafira menyimpan foto itu ke dalam poketnya. Dia mahu keluar dari bilik itu dan keluar dari rumah itu.

 Syafira menghendap di sebalik pintu. Takut-takut kalau Ralicia tiba-tiba muncul.


 Dia terus berlari keluar dari bilik itu.

                                                                                ***

 "Wow! Memang betul tekaan aku! Cawan kat sini semua cantik-cantik. Memang indah." Ucap Juliana sambil mengelap cawan itu dengan kain bersih.

 "Wow! Yang ni pun cantik juga. Nampak classy. Nanti nak suruh Irfan belilah. Kalau raya pun hidang nampak lorded." Ucap Juliana. Dia ketawa kecil.

 "Aku nak beli lagi mahal dari yang ni. Lagi cantik! Lagi claasy! Lagi berjenama!" Ucap Juliana.


 Dia ingin menyimpan cawan itu tiba-tiba cawan itu terjatuh dari pegangannya dan pecah. Juliana begitu terkejut.

 "Aaaaaaaah! Dah pecah!" Jerit Juliana. Mak cik Suhana tiba-tiba muncul. Dia terlopong.

 "What are you doing? Habis pecah! Three, kamu ni memang nak kena!" Marah Mak cik Suhana. Juliana menundukkan badannya.

 "Kamu buat kerja macam mana sampai cawan ni pecah hah??!! Kau ingat murah??" Tanya Mak cik Suhana begitu geram.

 "Minta maaflah, mak cik. Saya tak sengaja nak pecahkannya. Memang serius tak sengaja." Ucap Juliana meraih simpati.

 "Tak ada! Kamu memang akan kena dengan datin lepas ni. Aku akan report!" Mak cik Suhana kelihatan begitu bengang. Juliana tertunduk. Mak cik Suhana bercekak pinggang dan menggeleng.

 "KEMAS!" Marah Mak cik Suhana lalu terus berlalu pergi. Seorang tukang kebun lalu dan menggelengkan kepalanya.

 "Kesian." Ucap tukang kebun itu. Juliana mencebik.

 "Ish, menyibuk ja." Ucap Juliana. Sebaik sahaja tukang kebun itu pergi, Syafira muncul ke dapur. Dia menoleh memandang tukang kebun itu. Dia menuju ke arah Juliana.


 "Kenapa ni, Ju? Apa yang kau dah buat?" Tanya Syafira. Juliana menggeleng.

 "Ni, cawan yang satu ni aku terbagi jatuh. Pecah. Lepas tu orang tua tu datang marah-marah. Meluat betullah." Ucap Juliana begitu geram.

 "Ya? Yang tukang kebun tu kenapa pula?" Tanya Syafira.

 "Biarlah kat dia. Dia tu menyibuk ja." Marah Juliana. Syafira menggeleng.

 "Aku tak sukalah buat kerja ni! Aku nak balik! Nak balik!" Juliana menangis. Syafira menepuk bahunya.

 "Dah, dah. Memang kita akan berambus dari sini hari ni juga." Ucap Syafira.

 

1 ulasan:

hihabubbles berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }