Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {We meet again part 6}
Isnin, 29 Mei 2017 | 8:34 PTG | 0 comments

 "Nanti saya call balik. Ok. Bye." Rafiq memutuskan panggilan lalu terus duduk di meja makan. Kelihatan Syafira sedang menghindangkan lauk-pauk kepada  Asyraf.

 "Makan, Asyraf." Syafira sekadar mempelawa Asyraf makan manakala Rafiq langsung tidak diendahkan. Rafiq berkerut,

 "Err, mana makanan saya?" Tanya Rafiq. Syafira sekadar buat tidak endah dan menuangkan lauk-pauk ke pinggannya dan ke pinggan Asyraf.

 "Syafira, mana makanan saya?" Tanya Rafiq lagi sekali lagi agak lembut. Syafira masih begitu. Buat tak tahu sahaja.

 "Makan ya, Asyraf. Esok ikut mama lagi pergi sana. Bestkan duduk sana dari duduk kat rumah ni tak buat apa?" Syafira seakan menyindir.

 Rafiq terdiam terus. Syafira memang menyindirnya.

 "Kenapa tiba-tiba sahaja?" Tanya Rafiq. Syafira menyuap sesuap nasi ke mulutnya.

 "Syafira. Kenapa tiba-tiba ja ni? Apa yang saya dah buat? Saya janji esok saya bawa Asyraf pergi main kat taman. Janganlah buat saya ni macam orang yang tak dipedulikan." Ucap Rafiq meraih simpati. Syafira memandang Rafiq dengan sayu.

 "Kalau awak nak makan, makan jalah. Cedoklah nasi dengan kuah tu sendiri. Jangan buat drama air mata dekat sini boleh tak? Saya tak laratlah. Saya letih." Ucap Syafira sambil meneguk minumannya.

 "Asyraf, nak tambah lagi nasi?" Tanya Syafira kepada Asyraf. Asyraf menggeleng.

 "Tapi tolonglah beri perhatian sikit. Ni, tak. Buat saya macam anak tiri." Ucap Rafiq. Syafira buat tidak peduli sahaja. Dia malas mahu bincangkan hal Ralicia pada waktu begini. Nanti dia akan bertanya.

                                                                                         ***

 "Tunggu lamakah?" Tanya Nadia kepada Rina. Rina menggelengkan kepalanya.

 "Tak lamalah. Baru ja sampai." Ucap Rina.

 "Well, aku ajak kau datang sini just nak bincang fasal perempuan hari tu." Ucap Rina. Nadia mengangguk.

 Tiba-tiba satu kereta meluncur laju. Keluarlah seorang wanita yang cantik dan bergaya dari perut kenderaan. Dia melambaikan tangannya pada Rina dan Nadia. Dia terus duduk di situ. Dia menanggalkan kaca mata hitam yang dipakainya itu.

 "Hello. Sorry lambat." Ucap Juliana. Mereka berdua menggelen.

 "Tak apa. Cepatlah. Kita dah nak mulakan mensyuarat tergempar ni." Ucap Rina.

 "Apa?" Tanya Juliana.

 "Fasal perempuan tak guna hari tu! Aku memang tak puas hati dengan perempuan tu. Aku rasa, dia saja nak musnahkan rumah tangga Syafira dengan Rafiq! Hei, korang semua tak geramkah dengan perempuan tu? Syafira tu kan kawan kita. Korang tak kesiankah?" Tanya Rina bertubi-tubi.

 Juliana dan Nadia memandang sesama-sendiri dan memandang Rina.

 "Rina, kami bukannya tak kesian. Kesian. Tapi, apa boleh buat?" Ucap Nadia. Rina mengetuk meja itu dengan geram sekali.

 "Apa boleh buat? Kau boleh tanya lagi apa boleh buat?" Tanya Rina. Nadia mengangguk.

 "SIASAT!" Ucap Rina. Juliana terbeliak biji mata.

 "What? Nak jadi detective tak bergaji? Ouhh, pleaselah. Tak nak! Aku tak nak! Aku ni model, tak mainlah jadi penyiasat." Ucap Juliana sambil menggulung hujung rambutnya. Rina mencebik.

 "Ju! Demi Syafira! We have to do something." Ucap Rina. Juliana terdiam dan memeluk tubuhnya. Nadia mengangkat bahunya.

 "Rina, ni bukannya fasal tak nak bantu dia. But, kami ada banyak kerja lagi nak buat. Lagipun, kita nak siasat apa?" Ucap Nadia. Rina menggeleng.

 "NO! Cuti right? So, kena juga tolong Syaf. Kalau tak nak tolong, aku anggap korang semua memang tak berperikemanusiaan! Bukan tu ja, korang juga aku anggap someone yang selfish dan tak guna or dalam bahasa yang agak sopan! USELESS!" Ucap Rina. Nadia dan Juliana terlopong.

 "What?! Sampai macam tu sekali kau anggap? Janganlah macam ni, Rina. Pleaselah faham." Ucap Nadia.

 "Betul tu! Kau jangan ingat kami tak ada kerja lain tau." Ucap Juliana.

 "Keputusan malam ni dalam whatsapp! Kalau korang tak balas apa or kata tak boleh, kita putus sahabat buat selamanya! Kalau korang susah aku akan tolong juga. So, fikirlah." Ucap Rina lalu terus beredar pergi dari situ.

 Nadia dan Juliana mengeluh berat.

 "Macam mana ni, Ju?" Tanya Nadia.

 Juliana meraup wajah comelnya itu. "Apa boleh buat lagi?" Tanya Juliana pula.

                                                                                              ***

 Syafira meminum teh yang dihulurkan oleh Nadia.

 "Thanks." Ucap Syafira.

 "Well, Syaf kau sedih lagikah fasal Rafiq?" Tanya Rina. Syafira memandang Rina. Dia meletakkan cawan itu di atas meja dan tertunduk.

 "Ok, aku rasa ya. So, kami tiga orang dah ada plan." Ucap Rina. Syafira tergamam. Dia berkerut.

 "Plan? Plan apa?" Tanya Syafira.

 "Plan nak siasat perempuan tulah. Yang kononnya dia tu akan berkhawin dengan Rafiq." Ucap Rina.

 "Ouhh, Ralicia?" Tanya Syafira meminta kepastian.

 "Yes! Ralicia! Apa kata kita sama-sama siasat?" Tanya Rina. Syafira tertunduk.

 "Well, Syaf, kau percayakah perempuan tu betul-betul?" Tanya Nadia. Syafira mengangkat bahunya. Dia memandang Asyraf.

 "Aku bersabar sebab Asyraf ni ja. Kalau tak, memang perang." Ucap Syafira.

 "So, Ju. Teruskan." Ucap Rina.

 Juliana dengan wajah yang tidak mampu itu terus berdiri.

 "Kita.....kita akan menyamar jadi seorang.....seorang....seorang orang gaji....." Ucap Juliana lalu terus menangis. Syafira terkejut. Kenapa Juliana menangis sampai begitu?

 "Alah, janganlah nangis, Ju. Kita bukan jadi orang gaji yang biasa tu, kita akan jadi orang gaji yang ada taraf. Yang pakai baju hitam dengan putih tu. Lagipun kerja jadi bibik pun cari rezeki yang halalkan daripada buat kerja yang tak senonoh." Ucap Rina.

 "Yakah! Kalau macam tu oklah. Aku setuju!" Ucap Juliana.


 "Apa ni? Aku tak fahamlah!" Ucap Syafira.

 "Sebenarnya, aku dah kaji latar belakang Ralicia tu. Dia tu anak orang kaya. Memang kaya. Rumah bagaikan istana. Mak dengan ayah dia orang berada tau. Dia tu pun seseorang yang berpelajaran." Ucap Rina.

 "Yalah tu, Irfan pun berpelajaran juga." Ucap Juliana sambil memejamkan matanya dan tersenyum.

 "Mak ayah dia pun orang berada and dia pun baik. Macam Ralicia tu sombong ja." Ucap Juliana lagi ingin memuji Irfan. Rina terangguk.

 "Ok, ok! Irfan lagi better dari dia. So, aku bercadanglah nak jadi maid. Kalau jadi maid, kita boleh tahu agenda dia just like that." Ucap Rina sambil memetik jarinya.

 Syafira terangguk. "Betul juga. Aku pun tak boleh tuduh Rafiq macam tu ja. Betulkan?" Tanya Syafira. Rina mengangguk.

 "So, dengan berlakon jadi maid, kita boleh tahulah apa tujuna dia." Ucap Syafira.

 "Ya! Tepat dan sangat benar!" Ucap Nadia.

 "Bagus ideal ni. Sangat bernas." Ucap Syafira.

 "Ya. Betul." Ucap Juliana.

 "Well, fasal kostum jangan risau. Prof Mawar akan bagi. Dia kan ada banyak jenis kostum. So, jangan nak dibimbangkan sangat." Ucap Rina.

 "Kau dah beritahu dekat Prof?" Tanya Syafira.

 "Dah. Dia kata esok dia bawa." Ucap Rina.

 Syafira terangguk. Dia memandang Asyraf dan tersenyum. Harap-haraplah Ralicia hanya menipu.


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard