Khamis, 1 Jun 2017

Selfiestar vs novelistar {R&R story part 1}


 Mak cik Suhana keluar dari biliknya sambil memperbetulkan ikatan rambutnya. Dia menuju ke dapur. Dia berkerut kerana pada hari ini, gadis itu tiada di situ. Dia menuju ke ruang tamu. Tiada juga. Menuju ke bilik-bilik. Tiada juga. Dia berkerut.

 "Err, Dirah. Mana Maid one, two, three and four? Mereka pergi mana?" Tanya Mak cik Suhana. Dirah mengangkat bahunya.

 "Maaf mak cik Suhana. Saya tak tahu mereka ke mana. Dahlah, saya kena bagi kopi ni dekat Dato'. Pergi dulu." Ucap Dirah lalu terus berjalan menuju ke ruang tamu. Mak cik Suhana menggaru kepalanya.

 Dia berjalan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Dato' Alex sedang membaca sesuatu dari komputer ribanya. Datin Rahimah pula sedang mengilat kukunya.

 "Datin. Boleh saya bercakap dengan datin sebentar?" Tanya Mak cik Suhana.

 "Cakaplah. Nak apa?" Tanya Datin Rahimah.

 "Mana perginya Maid one, two, thre dan four?" Tanya Mak cik Suhana. Datin Rahimah berkerut.

 "Manalah saya tahu. Saya bukannya kerja dengan mereka sekali. Anyways, merekakan di bawah jagaan kamu. Kenapa tanya saya?" Ucap Datin Rahimah.

 "Saya tak tahu datin. Sejak kelmarin Maid three pecahkan cawan, saya sudah tidak nampak mereka lagi." Ucap Mak cik Suhana. Datin Rahimah terangkat kening.

 "Cawan? Huh, maybe mereka dah lari. Ah, lantaklah! Ramai lagi yang nak kerja kat sini. Biarkan sahaja, Suhana. Pergi buat kerja. Jangan nak kisah sangat dengan mereka berempat tu." Ucap Datin Rahimah. Mak cik Suhana mengangguk lalu terus beredar.

                                                                                      ***

 Rafiq menuju ke dapur. Dia membuka almari dan mencapai bungkusan nescafe. Dia mahu membancuh untuk diri-sendiri. Dia tahu kalau suruh Syafira bancuh, macam tunggu kucing bertanduk.

 Apabila habis membancuh nescafe, dia terus duduk di meja dapur dan menikmati minuman itu. Tiba-tiba Syafira datang sambil membawa bakul pakaian yang ingin dibasuh. Dia meletakkan beberapa baju yang ingin dibasuh ke dalam mesin basuh. Dia tidak mempedulikan Rafiq. Jeling pun tak.

 Rafiq memandang Syafira. Dia menjeling Syafira begitu tajam.

 "Sekarang ni, semuanya kena buat sendiri. Nak harap perempuan zaman sekarang buat kerja dapur? Memang taklah! Tengoklah sekarang chef kat dunia ni kebanyakkannya lelaki. Perempuan? Apa boleh buat? Entahlah." Ucap Rafiq. Dia menyindir lagi Syafira.

 Syafira memandang Rafiq sambil mengetap giginya. Dia mengenggam penumbuknya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia jahit mulut lelaki itu.

 "Tengoklah, ada nak bancuh nescafe dekat suami dia? Tak ada! Boleh buat selamba ja!" Ucap Rafiq lagi.

 "CUKUPLAH TU! SAYA DAH BANYAK BAGI MUKA SANGAT!" Tiba-tiba Syafira naik bengang dan melempar bakul basuh baju itu. Rafiq memandangnya.

 "Kenapa? Terasakah?" Tanya Rafiq.

 "Memang betulkan? Perempuan zaman sekarang tak boleh buat kerja! Sibuk sangat dengan hal-hal diri-sendi..." Belum sempat lelaki yang kuat menyindir itu ingin habiskan ayatnya, pakaian sudah dilempar ke wajahnya.


 "Habis tu?! Saya tengah buat apa sekarang ni?! Buat kerja jugakan!? Kerja jugakan?! Adakah saya tengah duduk goyang kaki?! ADAKAH?!!!" Gunung kemarahannya sudah meletus. Rafiq mencapai pakaiannya dan meletakkan di lantai.

 "Kenapa perlu terasa? Awak macam itukah?" Tanya Rafiq sambil meneguk minumannya.

 "Yang jeling-jeling pandang saya tu kenapa? Menyindirlah kan?! Sudah! Kalau awak rasa yang saya ni tak boleh tolong apa dekat rumah ni! Pemalas! Awak boleh berambus kahwin dengan Ralicia cepat-cepat dan tinggalkan saya dengan Asyraf!!" Marah Syafira. Kini, dia sudah tidak tahan lagi.

 Wajah Rafiq yang selamba tadi bertukar menjadi gelabah. Memang gelabah. Terketar-ketar dia dibuatnya. Macam mana Syafira boleh tahu.

 "Ra...Ralicia? Siapa tu? Saya tak kenal!" Ucap Rafiq cuba untuk memberanikan diri. Tapi tak boleh, wajah Syafira yang seperti singa betina kelaparan sudah membuang keberaniannya. Sudah seperti tikus mondok.

 "Alah, first love sendiri pun tak kenalkah? Jangan nak buat-buat bodohlah Rafiq. Bukan aku ja yang tahu tentang perkara ni, member-member aku pun dah tahu malahan si Ralicia tu dah jumpa aku dan cakap yang kau dengan dia dah nak kahwin!" Ucap Syafira lagi.

 Rafiq meneguk air liur. Air nescafe yang diminumnya tidak lagi lazat berkrim.

 "Syaf, orang dengki memang macam tu. Jangan percaya." Ucap Rafiq ingin mempertahankan diri-sendiri.

 Syafira tersenyum sinis. "Oh, JANGAN PERCAYA! ORANG DENGKI! SEKEJAP!" Ucap Syafira lalu terus menuju ke dalam bilik. Rafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal.

 "Wei, macam mana ni? Mama. Tolong Rafiq. Kakak. Tolonglah Rafiq. Apa aku nak cerita dekat dia. Nak explain apa ni wei?" Tanya Rafiq seorang diri. Berpeluh-peluh Rafiq dibuatnya kerana terlalu gelabah.

 "Ok, ok. Calm down. Syaf please jangan buat kat Rafiq macam ni." Ucap Rafiq seorang diri lagi.

 Syafira datang semula. Dia menunjuk foto Rafiq dan Ralicia sedang bergambar di butik pengantin.

 "Ini apa?! Ini apa??!! Jawab?!" Tanya Syafira. Suranya sudah sebak. Matanya sudah mula berkaca-kaca. Sudah tidak tahan lagi dengan perangai Rafiq yang banyak menyakitkan hati.

 Rafiq menuju ke arah Syafira dan memegang bahunya.

 "Syafira, please. This is not true. Orang edit komputer. Edit komputer. Tolonglah percaya Syaf. Buang gambar tu." Ucap Rafiq terketar-ketar.

 Syafira menggeleng sambil menolak Rafiq dengan kasar.

 "Tak payah nak tipu akulah Rafiq! Tak payah! Kalau betul, kenapa kau terketar-ketar?! Sudah, aku dah tak nak diperbodoh lagi! Cukuplah!" Ucap Syafira. Dia berlari menuju ke dalam bilik. Syafira cepat-cepat menutup pintu dan mengunci pintu itu.

 Dia mencapai beg pakaiannya. Dia meletakkan kesemua pakaian-pakainannya dan anaknya Asyraf.

 Rafiq mengetuk pintu dari luar. "Syafira! Jangan percaya! Semua tu tipu! Edit komputer! Orang dengki!" Jerit Rafiq dari luar. Tak habis-habis dengan menipu.

 Syafira masih menangis. Dia meletakkan kesemua pakaiannya ke dalam. Tiba-tiba dia ternampak lagi satu beg pakaian. Dia mencapai beg itu. Ada kad. Kad itu tertulis 'FOR RALICIA' Syafira lagi bengang dan sedih lalu menyepahkan barangan yang ada di dalam beg pakaian itu.


 Baru puas hatinya. Dia menyusun beg-beg pakaian itu di tepi bilik. Dia mendukung anaknya yang sedang tidur nyenyak keluar dari bilik itu. Rafiq tersenyum.

 "Syaf, akhirnya Syaf percaya juga." Ucap Rafiq. Syafira buat tak tahu.

 "Awak nak bawa pergi mana Asyraf tu?" Tanya Rafiq. Dia meletakkan Asyraf di sofa dan masuk ke dalam bilik semula. Rafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siap galas beg gitar lagi.

 "Awak ada konsertkah?" Tanya Rafiq.

 Rafiq melihat beg pakaian yang sudah tersedia. Matanya terbeliak.


 Syafira membawa beg itu dan berjalan keluar dari bilik. Rafiq menghalang laluan.

 "Where do you wanna go?" Tanya Rafiq. Syafira merengus geram.

 "Sebelum aku berambus dari sini. Aku nak tanya kau. Siapa Ralicia tu sebenarnya? Macam mana boleh jadi macam ni? Apa yang telah terjadi?" Tanya Syafira. Rafiq terkejut dan menundukkan kepalanya.


 "Awak betul-betul nak tahu ceritanya?" Tanya Rafiq. Syafira mengangguk.

 "Ya. At least aku tahu. Aku kena tahu." Ucap Syafira. Rafiq menyeluk tangannya ke dalam kocek dan mengangguk.

 "Saya dengan Ralicia kenal sejak sekolah menengah lagi. Kami kenal dari tingkatan satu lagi. Tapi, masa tu kami tak pernah bertegur-sapa. Tapi masa tingkatan empat, sejak kejadian itu... "

                                                                                      ***


 Kisah Rafiq dan Ralicia

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Semua pelajar sekolah menengah itu keluar dari kelas masing-masing dah berjalan menuju ke kantin. Rafiq berjalan bersama rakan-rakannya. Dia ingin beli makanan di kantin. Dia sekadar membeli roti sahaja.

 Mereka duduk di suatu tempat dan berbual bersama dengan rakan-rakannya. Mereka kelihatan gembira sahaja.

 Di sebelah meja, kelihatan enam murid perempuan sedang duduk mengulang kaji pelajaran. Rafiq dengan rakan-rakannya ketawa begitu kuat. Apa yang diketawakan. Sesiapa pun tidak tahu. Hanya mereka sahaja yang tahu. Enam murid perempuan yang sedang makan itu menjeling meja pelajar lelaki di sebelah.

 "Ish, bisinglah mereka ni. Orang nak study pun susah." Ucap salah-seorang dari mereka. Dia kelihatan begitu geram. Pelajar-pelajar lelaki itu masih tidak berhenti berbual dan ketawa.

 "Ish, nak sembang pun senyaplah sikit. Ni sampai semua orang tengok. Tak malukah?" Tanya lagi seorang.

 Rafiq menghentak mejanya kuat sambil ketawa terbahak-bahak. Makanan yang dikunyah pun masih belum habis lagi. Ketawa pula.

 "Ish, bisinglah! Orang nak study pun tak senang!!" Tiba-tiba seorang gadis menghentak mejanya dan berdiri. Dia bercekak pinggang tepat memandang satu-persatu wajah pelajar lelaki itu termasuklah Rafiq. Mereka berempat memandang gadis yang kelihatan sedang marah itu.

 "Ah, lantaklah! Sekarang time rehatkan? Makanlah dulu. Yang terlalu study sekarang ni kenapa? Tak boleh fokuslah sebab ramai orang sedang bising sekarang ni. Apa punya perempuan." Ucap salah seorang dari pelajar lelaki itu.

 Gadis itu semakin bengang. "Lantak akulah nak study! Kau kisah apa?!" Marah gadis itu.

 "Ah, kalau rasa kat sini bising, pergi berambus ke mana-mana yang kau rasa damai. Tak ada manusia. Senang. Studylah sangat. Tak payah nak tunjuk rajinlah!" Ucap Rafiq begitu pedas. Gadis itu mengenggam penumbuknya.

 "Kau dah kenapa, nak cari gaduhkah? Kalau nak gaduh, aku tak kisahlah!" Ucap gadis itu. Rafiq mencebik.

 "Dia yang cari gaduh dengan kita dulu. Kita tak kacau dia pun. Kami tahulah yang kau nak perhatian. Cakap jalah, perempuan!" Ucap Rafiq lagi. Gadis itu memeluk tubuhnya.

 "Dahlah, Ralicia. Jangan dilayan orang gila. Jomlah pergi mana-mana yang rasa lebih tenteram daripada duduk dekat sini. Bingitlah!" Ucap rakannya lalu menariknya mengikut mereka beredar. Mereka pun beredar.

 "Apa punya orang. Kalau ya pun, cakaplah baik-baik." Ucap seorang lagi rakan mereka.

 "Betul tu. Macam ni punya orang pun ada. Dia ingat dia tu garang sangatkah sampai kita nak takut?" Ucap seorang lagi.

 Rafiq sekadar menggelengkan kepalanya.

2 ulasan:

Hafiz berkata...

haha! nice novel!

ღizzati harunoღ berkata...

Hafiz@ thank you

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }