Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {Spy 1,2,3,4 part 3}
Khamis, 1 Jun 2017 | 5:51 PTG | 2 comments

 Juliana dan Syafira menuju ke ruang tamu. Kelihatan Nadia sedang menyusun perabot-perabot yang comel di situ.

 "Nadia!" Panggil Juliana. Nadia menoleh. Dia tersenyum.

 "Kenapa?" Tanya Nadia.

 "Wow, rajinnya buat kerja." Ucap Syafira.

 "Hah, mana ada. Biasa jalah." Ucap Nadia.


 "Nadia, janganlah rajin sangat. Kita dah nak blah dari sini. Eh, Rina pun rajin juga sapu rumah." Ucap Juliana.

 "Hei, tak adalah. Mana ada. Ni pun Mak cik Suhana yang paksa. Kalau tak aku tak akan buat kerja ni." Rina pula seperti mahu patahkan penyapu itu. Syafira menuju ke arahnya.

 "Jom balik." Ucap Syafira. Rina menggeleng.

 "Kita tak ada bukti lagi." Ucap Rina.

 "Kita dah ada bukti. Jom, nanti balik aku cerita. Jomlah." Ucap Syafira. Rina mengangkat bahunya. Nadia mengangguk. Mereka berjalan keluar dari rumah itu.

 "Wei, Ju, kau cover Mak Cik Suhana. Tengok dia sekarang ada dekat bilik dia." Ucap Rina.

 "Mana satu bilik dia?" Tanya Juliana.

 "Alah, tepi dapur tu ja bilik dia. Pilah tengok." Ucap Rina. Juliana menggeleng.

 "Ish, tak naklah. Nanti dia bebel lagi. Sakitlah telinga ni nak hadap!" Ucap Juliana. Nadia menepuk dahinya lalu terus menuju ke depan pintu bilik Mak cik Suhana. Dia menghendap di sebalik pintu. Kelihatan Mak cik Suhana sedang mencari sesuatu. Nadia tersenyum teruja.

 Dia berlari menuju ke pintu keluar.

 "Dia ok. Tak nampak macam dia nak keluar dari bilik tu. Jomlah cepat." Ucap Nadia. Mereka berempat terus keluar dari rumah itu dan menuju ke pintu pagar depan. Alamak! Pengawal!

 "Ish, macam mana ni? Pengawal pula sedang jaga. Sure dia tak bagi keluar." Ucap Juliana. Syafira menggangguk dan menggigit ibu jarinya.

 Nasib sangat baik pada masa itu kerana Ralicia dan keluarganya baru sahaja pulang dari jalan-jalan. Mereka berempat terus sembunyi belakang sebuah pokok yang besar dan indah. Kelihatan pengawal itu membuka pintu pagar itu dan berjalan mahu menuju ke arah kereta yang ingin diletakkan ke dalam garaj itu.

 "Cepat. Kita kena pergi." Ucap Juliana lalu mereka semua terus berjalan dengan laju keluar dari rumah itu.

 "Fuh, nasib baik! Kalau tak, tak tahulah apa yang nak jadi. Alamatnya mampus kita." Ucap Nadia.

 "Tak mampuslah. Kau ingat aku kisah." Ucap Rina.

 "Mereka berjalan ingin pulang ke kolej.

                                                                             ***

 "Well, memang betullah yang Rafiq tu curang dengan kau?" Tanya Juliana mahu meminta kepastian sambil melihat foto itu.

 Syafira mengangguk geram. Begitu geram sekali.

 "Dia memang nak kena! Memang nak kena!!" Marah Syafira sambil menghentak meja itu.

 "Aku tak akan lepaskan dia! Tak akan lepaskan!" Ucap Syafira lagi. Asyraf yang sedang makan coklat sekadar ketawa melihat gelagat ibunya itu.

 "Kau tahu tak, aku dah sabar banyak dah. Rafiq pun bukannya pernah pedulikan Asyraf. Memang dasar tak guna!" Marah Syafira.

 "Sabar, Syaf. Bincang elok-elok dengan Rafiq. Jangan main serbu ja." Ucap Nadia.

 "Jangan main serbu ja? Bincang elok-elok kau kata? Are you kidding me? Memang taklah. Nadia, kau senanglah cakap. Kalau kau kena, kau akan faham apa yang aku sedang rasa sekarang ni." Ucap Syafira.

 "Syaf, aku bukannya apa tapi kalau Asyraf tengok kau dengan Rafiq gaduh, sure dia nanti tertekan. Fikirlah fasal anak kau ni sikit. Dia kecil lagi. Takkan masa dia kecil mak dengan ayah dah bercerai? Please, Syaf, think about your son." Ucap Nadia lagi.

 "Alah, sekarang ni pun dia tak dipedulikan. So, untuk apa? Aku tak peduli. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting sekarang ni, kalau apa pun yang terjadi, Asyraf aku akan jaga. Asyraf aku akan jaga!" Syafira menjerit.

 "HEI! Kalau nak menjerit pun tempat lain! Prof tengah mengajar. Bingitlah!" Marah Professor Mawar yang tiba-tiba muncul.

 Syafira buat tidak tahu. Rina, Juliana dan Nadia tersengih.

 "Sorry, prof. Tak sengaja." Ucap Juliana. Professor Mawar menjeling menyampah lalu terus beredar.

 "Syaf, kawallah sikit perasaan kau. Jangan jadi gila dekat sini." Ucap Juliana. Syafira mendiamkan dirinya.

                                                                                  ***

 Syafira sedang bermain komputer di dalam biliknya. Rafiq masih belum pulang dari kerja. Syafira tidak masak apa pun hari ni untuknya. Tiba-tiba mesej dari rakannya Rina masuk.

 Syafira melihat telefonnya dan membaca mesej yang dihantar itu.


Wei, Syafira! Kawal diri kau! 

 Syafira berkerut. Dia menulis sesuatu.

Apa dia? Kau dah kenapa?

 Syafira menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba mesej masuk lagi.

Yalah, aku tahu kau sedang gaduh dengan Rafiq sekarang ni. So, kawal diri kau! Please, Syafira. Tengok muka Asyraf yang comel tu. Fikirlah!

 Syafira menarik nafasnya dalam-dalam. Dia terus menghubungi rakan karibnya itu.

Rina: Apa nak jadi dengan kau, Syaf? Tolonglah fikir fasal Asyraf.
Syafira: Hei, apa yang kau sedang merapu ni hah? Mana ada aku gaduh! Rafiq pun tak balik lagi. Anyways, kalau dia balik pun aku tak nak cakap apa. Aku nak buat tak tahu dulu. Nanti kalau dia tanya apa salah dia, time tu perang dunia akan start.
Rina: Oh, yakah. Kalau macam tu oklah. But, please Syafira fikir fasal Asyraf.
Syafira: Ish, dahlah. Bye.
Rina: Hello! Hello! HELLO!
Syafira: ... 

 Syafira meletakkan telefonnya ke atas meja dan meraup wajahnya. Ada-ada sahaja Rina ni.

                                                                               ***

 "I'm home." Ucap Rafiq sambil memasuki ke dalam rumah.

 "Assalamualaikum. Hei, Asyraf. Mari sini." Ucap Rafiq. Dia ingin mendukung anaknya tetapi Asyraf berlari masuk ke dalam bilik di mana Syafira sedang bermain komputernya tidak habis-habis.

 Rafiq memasuki ke dalam bilik dan meletakkan barangnya di atas meja. Syafira menjeling memandang Rafiq dan buat tak tahu sahaja.

 Rafiq terus keluar dari bilik itu dan menuju ke destinasi kegemarannya iaitu dapur. Dia melihat tudung saji di atas meja dan tersenyum. Dia membuka tudung saji itu dan kelihatan tiada apa di sebaliknya. Rafiq merengus geram.

 Dia melempar tudung saji itu dengan garang. "Mana nasi!? Saya lapar!" Rafiq merungut lalu berlari menuju ke bilik. Sampai di depan bilik dia tersungkur di situ. Asyraf ketawa terbahak-bahak. Syafira memandang Rafiq dan ketawa sedikit. Dia mengawal senyuman lucunya itu.

 Rafiq berdiri dan mengurut pinggangnya. "Aduh, sakitnya. Boleh patah pinggang aku kalau hari-hari macam ni." Ucap Rafiq.

 "Syafira, mana nasi?" Tanya Rafiq. Syafira buat tak tahu sahaja.

 "Saya tanya mana nasi? Nasi!?" Tanya Rafiq lagi. Syafira menjeling tajam.

 "Hai, Syafira. Kenapa ni? Mana nasi?" Tanya Rafiq.

 "Ish, pergilah beli kat luar! Asyik-asyik nak makan ja." Ucap Syafira.

 "Dah lapar. Saya tak keluar lunch tau tadi. Kerja banyak." Ucap Rafiq. Syafira buat tak tahu sahaja.

 "Siapa suruh tak keluar lunch? Siapa suruh ada kerja banyak?" Tanya Syafira begitu geram. Rafiq menggeleng. Asyraf masih ketawa tetapi tidak seteruk tadi.

 "Dah kerja banyak. Banyaklah. Syafira Airah, mana nasi?" Tanya Rafiq. Syafira menggeleng.

 "Saya tak masak hari ni. Pergi makan kat luar dengan member," Ucap Syafira lalu terus beredar keluar dari bilik itu. Rafiq terkaku di situ. Dia menoleh melihat Syafira beredar.


 Asyraf pun keluar juga dan mengikut ibunya. Rafiq meraup wajahnya.

 "Apalah nasib?" Rafiq merungut.

                                                                             ***

 Rafiq sedang bermain permainan video sambil baring di atas sofa. Syafira sedang mevakum karpet di situ. Asyraf pula sedang baring menonton cerita kartun di televisyen.

 Perut Rafiq berbunyi lapar. Dia memegang perutnya dan memandang Syafira yang sedang sibuk menvakum karpet. Sudah awal pagi. Sejak semalam lagi dia tak makan. Rafiq buat tidak endah. Dia sambung bermain dengan permainan videonya.

 "Apalah, dah beli perkakas masak tapi still malas nak masak. Ada juga perempuan yang macam tu. Ish, ish, ish!" Ucap Rafiq sendirian dengan menyindir Syafira.


 Pedih telinga Syafira mendengar sindiran pedas dari Rafiq. Memang Rafiq sedang menyindirnya.

 "Perempuan yang macam ni layak digelar apa ya? Rajin? Miss Universe? Ibu Mithali? Or PEMALAS?! Entahlah, hanya perempuan tu sahaja tahu nak gelar diri dia apa?" Ucap Rafiq lagi. Syafira semakin terbakar tetapi tetap sabar.

 "Hai, Kenapalah pemalas sampai macam ni? Nak masak tak ada masa. Main komputer ada masa pula." Ucap Rafiq lagi. Dia menjeling memandang Syafira. Syafira mengetap bibirnya.

 'Sabar Syafira. Sabar Syafira. Sabar. Tak apa, hari ni hari dia, nanti hari aku pula. Tahulah apa aku nak kata. Dia ingat yang Ralicia tu bagus sangatkah?' Desis hati kecil milik Syafira. Dia terus beredar dari situ.


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard