Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {R&R story part 2}
Selasa, 11 Julai 2017 | 9:09 PG | 9 comments

 Rafiq memasuki ke dalam kelas. Dia duduk di tempat duduknya bersama dengan Farid. Farid! Merupakan rakan baik kepada Rafiq. Sememangnya Farid merupakan rakan baik kepada Rafiq sejak sekolah rendah lagi. 

 "Wei, kau dah siap kerja sains?" Tanya Rafiq. Farid mengangguk sambil tersenyum. 

 "Kau?" Tanya Farid. Rafiq mengangguk.

 "Of courselah!" Ucap Rafiq. 

 Tiba-tiba seorang guru lelaki memasuki ke dalam kelas itu. Semua pelajar berdiri untuk mengucapkan salam buat cikgu lelaki itu.

 "Baiklah! Duduk! Buka buku teks sains. Kita akan ke tajuk seterusnya." Ucap Cikgu Ikmal. Rafiq membuka zip beg sekolahnya untuk mengambil buku teks sainsnya. Tiba-tiba wajahnya yang tenang tadi bertukar cemas. 

 "Ish, mana perginya buku sains aku? Tak bawakah? Mati aku." Ucap Rafiq seorang diri. Dia menoleh dan melihat Rafiq sedang tekun membaca isi dalam buku teks itu. 

 "Farid, share buku." Ucap Rafiq. Farid tanpa banyak tanya terus meletakkan buku teks itu di tengah-tengah. Cikgu Ikmal yang dari tadi memerhati pun menegur.

 "Rafiq! Mana buku?" Tanya Cikgu Ikmal. Semua pelajar memandang ke arah Rafiq. 

 "Maafkan saya cikgu. Saya terlupa untuk bawa buku teks. Tapi latihan dan nota telah saya siapkan cikgu." Ucap Rafiq sambil berdiri. Cikgu Ikmal menggeleng.

 "Saya tak nak buku latihan. Saya nak buku teks. Hari ni kita banyak pakai buku teks. Rafiq, saya tak kisah! Saya nak semua ada buku teks masing-masing. Pergi pinjam dari kelas lain sekarang!" Ucap Cikgu Ikmal. Rafiq tertunduk lalu terus keluar dari kelas itu untuk meminjam buku teks sains. 

 Sudah banyak kelas dia cari tetapi tiada seorang pun yang sudi pinjamkan buku teks mereka kepada Rafiq kerana ingin menggunakannya. Ada juga yang takut buku teks mereka dicuri.

 "Tak guna! Tak ada kerjalah aku nak curi buku teks sains tu! Aku pun adalah! Tak guna betul!" Ucap Rafiq begitu geram. Dia mengetuk pintu kelas yang terakhir dan masih belum dijejaki.

 Kelihatan seorang guru wanita sedang mengajar dan menoleh memandang Rafiq.

 "Ya?" Tanya guru wanita itu.

 "Cikgu, izinkan saya untuk pinjam buku teks sains dari pelajar dalam kelas ni sebab saya memang memerlukannya sekarang. Tolonglah kalau korang susah nanti, aku akan tolong balik." Ucap Rafiq. Cikgu wanita itu memandang semua pelajar kelas itu.

 "Maaflah, kami memang nak bagi tapi hari ni tak ada sains dan kami tak bawa buku tu." Ucap seorang ketua tingkatan. Rafiq menepuk dahinya dan menggeleng hiba. 

 "Saya ada." Tiba-tiba seorang pelajar mencapai buku teks sainsnya dari bawah meja. Rafiq memandang wajah gadis itu. Gadis tempoh hari yang memarahi mereka semasa di kantin.

 Gadis itu meletakkan buku teks sainsnya itu di atas meja dan memandang Rafiq.

 Rafiq masih memandang gadis itu.

 "Sayakah yang kena pergi sana atau awak yang datang sini?" Tanya gadis itu. Rafiq tersedar lalu terus berjalan ke arah gadis itu. 

 "Thank you. Nanti saya bagi balik." Ucap Rafiq.

 Gadis kelihatan agak meluat dengan Rafiq. 


 "Ya. Tapi pastikan awak bagi balik lepas habis kelas sains." Ucap gadis itu. Rafiq mengangguk lalu terus menuju keluar dari kelas itu sambil mengucapkan terima kasih kepada guru itu.

                                                                          ***

 Rafiq berjalan ingin pulang. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia mengeluarkannya dari dalam beg sekolah miliknya. Dia mencapai buku teks sains yang dipinjam oleh gadis tadi. 

 "Ini buku dia. Aku tak pulangkan lagi." Ucap Rafiq.

 "Baik aku bagi sekarang." Ucap Rafiq lalu terus berdiri dengan laju menuju ke kelas gadis itu.

 Kelihatan gadis itu sedang mengemas barang-barangnya. Ada lagi beberapa orang pelajar yang sedang mengemas kelas itu sebelum pulang.

 Rafiq mengetuk pintu kelas itu. Gadis itu memandang Rafiq.

 "Saya nak pulangkan buku teks sains awak. Maaflah lambat pulangkan sebab saya tak ada masa nak bagi balik." Ucap Rafiq sambil tersengih. Gadis itu memandang Rafiq dan menyambung mengemas barangnya kembali.

 Rafiq berkerut dan berjalan memasuki ke dalam kelas itu. Pelajar yang sedang mengemas kelas itu tidak berkata apa. Asal tidak buat sepah, cukup.

 "Nah, ambillah. Terima kasih kerana sudi pinjamkannya." Ucap Rafiq. Gadis itu memandang Rafiq dan mencapai buku teks itu dan meletakkannya ke dalam beg sekolahnya.

 "Err, nama saya Rafiq." Ucap Rafiq. Gadis itu memandang Rafiq.

 "Ralicia." Ucap gadis itu. Rafiq terangguk.

 "Nice to meet you." Ucap Rafiq. Ralicia ketawa kecil. Rafiq berkerut.

 "Nice to meet you too, Rafiq." Ucap Ralicia sambil tersenyum manis ke arahnya.


 Rafiq membalas senyuman gadis itu. Ralicia menggalas beg sekolahnya dan terus keluar dari kelas itu. Rafiq terkaku di situ dan tersenyum seorang diri. Dia mengejar Ralicia dari belakang.

 "So, nak jadi kawan?" Tanya Rafiq. Ralicia memandang Rafiq dan ketawa kecil. Rafiq berkerut.

 "Kenapa awak gelak?" Tanya Rafiq. Ralicia menggelengkan kepalanya.

 "Tak ada apa-apalah. Awak ni kelakarlah." Ucap Ralicia.

 "Nak jadi kawan?" Tanya Rafiq lagi. Ralicia tersenyum.

 "Kalau awak sudi." Ucap Ralicia.

 "Sebab saya sudilah, saya bertanya." Ucap Rafiq. Ralicia mengangguk.

 "Kalau macam tu, oklah." Ucap Ralicia. Rafiq mengangguk.

 "Yes! Awak sudi kawan dengan saya!" Jerit Rafiq begitu teruja. Ralicia sekadar ketawa.

                                                                          ***

 "Apa? Kau dah start kawan dengan perempuan yang marah kita hari tu?" Tanya Farid. Rafiq menganggukkan kepalanya.

 "Yes, of course! Kalau kau nak tahu, dia tu peramah dan baik sangat. Tak sombong. Dialah yang bagi pinjam dekat aku buku teks sains tu. Hah, tengoklah betapa ikhlasnya dia." Ucap Rafiq. Farid menggelengkan kepalanya sambil tersenyum simpul.

 "Kalau kau bahagia berkawan dengan dia, aku pun turut bahagia." Ucap Farid. Rafiq tersenyum bangga lalu memeluk sahabat baiknya itu.

 "Kau memang terbaiklah, bro!" Ucap Rafiq. Farid ketawa kecil.

 "Of courselah, beb! Your bff always supported you! ALWAYS!" Jerit Farid seperti orang yang tidak keruan. Rafiq menepuk bahu sahabatnya itu.

 "Macam nilah my bff!" Ucap Rafiq.

                                                                                           ***

 "Jadi, awak rasa bahagia couple dengan dia? Awak rasa gembira dapat menjadi pasangan cinta untuknya? Habis, kenapa awak cari saya? Kenapa Rafiq?" Tanya Syafira yang masih menangis itu. Rafiq menggeleng.

 "Panjang lagi ceritanya, Syaf. Panjang lagi dan awak mesti dengar dengan tekun dan teliti. Kalau tak, awak tak akan memahami." Ucap Rafiq. Syafira masihlagi menangis. Esakannya semakin deras.

 "Kami bercinta. Couple. Dan banyaklah kenangan bersama! Terlalu banyak!" Ucap Rafiq sambil memejamkan matanya.

                                  

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard