Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {R&R story Part 5}
Sabtu, 9 Disember 2017 | 3:52 PG | 6 comments

 Syafira duduk termenung di dalam biliknya. Kelihatan dia sedang runsing dan mempunyai begitu banyak masalah. Asyraf sedang tidur di atas katil tidak diganggu. Syafira mengeluh mengenangkan apa yang telah terjadi padanya pada minggu lepas. Dia mengeluh sedikit.

 Dia mencapai telefonnya dan melihat foto-foto kenangannya bersama bekas suami. Rafiq yang dia kenal bukan begini dahulu. Rafiq yang dia kenal dahulu merupakan seorang yang amat baik dan tidak pernah menyakiti hati Syafira. Dia seperti mahu menangis sahaja tetapi air mata itu tetap ditahan untuk berlagak yang dia masih kuat.

 Syafira terus membuang segala foto-foto memorinya bersama Rafiq. Dia sudah tidak mahu menyimpan apa-apa kenangan lagi berkaitan dengan lelaki yang telah membuangnya demi seorang gadis yang tidak setia. Syafira sudah nekad untuk meneruskan kehidupan demi Asyraf. Rafiq juga sudah tidak kisah tentang Asyraf. Syafira melihat anaknya itu sambil mengusap lembut kepala Asyraf.

 Dia begitu kasihan sekali dengan nasib Asyraf yang tidak dipedulikan oleh Rafiq. Rafiq menganggap bahawa Asyraf seperti tidak pernah wujud dan buat endah tidak endah sahaja. Syafira menggengam tangan kanannya.

 "Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan demi Asyraf." Ucap Syafira sambil memejamkan matanya. Air mata sudah berlinangan. Dia tidak dapat menahan air mata itu lalu terus menangis sambil menekup wajahnya. Perempuan mana tak sedih kalau sudah ditinggalkan oleh seorang lelaki yang mengejar orang lain? Perempuan mana tak sedih kalau dia seorang yang setia ditinggalkan terkapai-kapai? Mesti sedih. Tetapi ini takdir. Memang jodohnya dengan Rafiq tidak panjang.

 Tiba-tiba telefonnya berdering. Tertera nama Rina di skrin telefon biasa itu. Syafira mengusap air matanya dan terus menjawab panggilan telefon dari sahabat karibnya sejak sekolah menengah itu.

Syafira: Assalamualaikum.
Rina: Waalaikumussalam. Syaf, kau ok tak ni?
Syafira: Hm, aku ok ja. Kenapa kau call?
Rina: Alah, akukan sahabat baik kau. Tentulah aku nak ambil tahu hal kau. Macam tak ok ja ni.
Syafira: Hmm.
Rina: Kau menangiskah?
Syafira: Ah, mana ada! Aku ok ja. Betul.
Rina: Sabarlah ya, Syaf. Aku faham perasaan kau. Akukan perempuan sama dengan kau. Kawan baik kau lagi.
Syafira: Ish, nak buat macam mana Rin? Aku memang kena sabar. Tabah demi Asyraf.
Rina: Tulah. Fikirkan anak kau. Rafiq tu lantak dialah! Tapi serius aku memang nak tahu kenapa dia lepaskan kau. Bagitaulah. Kau tak bagitau pun.
Syafira: Hmm, nantilah aku bagitau kau.
Rina: Aku call ni bukan nak tanya fasal kau ja. Nak ajak kau keluar dengan kami semua sekali.
Syafira: Hah? Siapa?
Rina: Dengan siapa lagi? Aku, Ju dengan Nadlah. Macamlah kita ada kawan lain.
Syafira: Oh, okay. Pukul berapa? Kat mana?
Rina: Dekat tempat biasa. Restoran biasa. Pukul tiga. Aku datang ambil kau.
Syafira: Oh, oklah.
Rina: Ok, kejap aku pergi ambil. Assalamualaikum.
Syafira: Waalaikumussalam. 
 Syafira memutuskan panggilan. Dia meletakkan telefonnya di atas katil dan berdiri. Dia melihat jam di dinding. Sudah 2.25 petang. Dia memandang Asyraf. Asyraf masih tidur. Tepat 2.30 petang, dia harus kejutkan Asyraf untuk dimandikan dan mengikut dia keluar bersama sahabat-sahabatnya. Dia terus masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk kerana dia masih belum menunaikan solat fardhu Zuhur.

                                                                             ðŸ’®ðŸ¬ðŸ’®

 "So nice. You already divorced her. Now, she can let us live happily without any distraction. See, senang ja kan nak ceraikan dia? I pun senang. Tak payah nak ada saingan. Now, kita boleh hidup dalam keadaan yang paling bahagia. Just you and me." Ucap Ralicia sambil tersenyum bahagia. Rafiq yang duduk sekadar tersenyum tawar. 

Ralicia memandang Rafiq yang mengukirkan senyuman tidak ikhlas. Ralicia tertunduk. 

 "You regret?" Tanya Ralicia spontan. Rafiq memandang Ralicia dan berkerut. 

 "Apa yang I regret?" Tanya Rafiq. 

 "Sebab divorce dia!" Ucap Ralicia begitu geram sekali. Dia berdiri menghandap Rafiq dengan pandangan mata yang tidak puas hati. 



 Rafiq menggelengkan kepalanya.

 "Tell the truth." Ucap Ralicia. Rafiq tetap menggeleng.

 "Nonsense. Tak adalah. You know me right? I tak akan menyesal dengan apa yang I dah lakukan. Kalau I dah buang, I tak akan kutip balik." Ucap Rafiq begitu yakin diri. Ralicia merenung wajah Rafiq lama-lama dan menganggukkan kepalanya.

 "I see. Baguslah kalau macam tu. Apa yang ada pada diri perempuan tu? She just a novelist. Nothing yang nak dibanggakan sangat dengan novel yang merapu. Right?" Ucap Ralicia. Rafiq terdiam.

 "RAFIQ!" Panggil Ralicia begitu tegas dan serius. Rafiq memandang Ralicia.

 "You regret. I know it!" Ucap Ralicia. Rafiq menggeleng.

 "No. I tak menyesal pun dengan apa yang I dah buat." Ucap Rafiq. Ralicia terangguk.

 "Then, why you tak respon dengan apa yang I katakan tadi? Annoying!" Ucap Ralicia.

 "Oklah, Ralicia. I need to go now. My dad want to see me." Ucap Rafiq sambil berdiri. Ralicia mengangguk. Wajahnya muram.

 "See you later, dear." Ucap Rafiq sambil tersenyum dan terus keluar dari rumah itu. Ralicia terdiam dan tersenyum seorang diri.

                                                                                     ðŸ’®ðŸ¬ðŸ’®

"So, nak pergi mana lepas ni?" Tanya Juliana sambil menyuapkan Asyraf nasi goreng. Dia begitu sayangkan anak kecil itu. Syafira termenung sahaja. Nasi kosong dengan sayur campur yang dipesannya hanya dikunyah sedikit. Sirap bandung masih tidak dihirup. Nadia memandang Syafira. Rina mengeluh melihat reaksi Syafira yang tidak gembira seperti dahulu. 

 "Err, entahlah. Apa kata kita belikan Asyraf apa-apa mainan. Mesti Asyraf sukakan?" Ucap Rina sambil mencubit manja pipi Asyraf. Asyraf sekadar ketawa kecil. Juliana tersenyum lucu. Nadia tersenyum tawar dan memandang kembali Syafira yang muram. 

 "Tak payahlah. Lagipun banyak mainan Asyraf." Ucap Syafira perlahan sahaja. Mereka bertiga di situ sekadar terdiam. 

 "But, tak salahkan kalau kita nak beli lagi? Baru Asyraf happy. Right?" Ucap Nadia pula. Syafira menggeleng. 

 "Dia tak perlukan mainan pun actually. Dia perlukan kasih sayang. Tapi, apakan daya. Dari seorang ibu dan tiga orang sahabat mamanya sahaja kasih sayang diberi buatnya. Dia macam tak ada ayah. Kasihan betul dengan anak aku ni." Ucap Syafira. 

 Nadia tertunduk. Rina mengetap giginya. Juliana memandang Syafira dengan penuh rasa simpati. 

 "Sabarlah Syafira. Kau kata kau nak tabah. Kalau kau tunjuk reaksi macam ni dekat Asyraf, macam mana dia nak happy? Janganlah macam ni please. Janganlah tunjuk sangat yang kau tu tak boleh move on tanpa dia." Ucap Rina. Syafira tertunduk. 

 "Kalau dia tengok, mesti dia rasa yang kau ni jenis tak boleh hidup tanpa dia. Kau kena tunjuk yang kau boleh move on walaupun ditinggalkan oleh dia. Buktikan yang tanpa dia pun kau boleh hidup. Buktikan yang dia bukan segala-galanya buat kau." Ucap Rina lagi. Syafira masih tertunduk. 

 "Yes. Apa yang Rina cakap tu betul. Lagipun kau berilmu. Kau ada kerjaya iaitu seorang cikgu dan novelist. So, kau boleh bawa diri kau." Ucap Nadia pula. Juliana mengangguk tanda setuju. Syafira mendongak sedikit. Dia dapat rasakan apa yang dikatakan oleh Rina dan Nadia ada benarnya. Kenapa dia perlu bersedih memandangkan Rafiq sudah mahu menjadi suami kepada Ralicia, perempuan yang tidak setia. 

 Kenapa dia perlu murung dan biarkan hidupnya jadi terkompang-kamping memandangkan dia masih mempunyai kerjaya sebagai seorang guru dan penulis? 

 Kenapa dia perlu berduka memandangkan dia masih ada Asyraf dan ibu bapa tercinta. 

 Allah SWT membuang seseorang dari hidupnya untuk memberikan yang lebih terbaik. Hanya Allah SWT sahaja tahu segala-galanya tentang hambaNYA. Mesti ada hikmah atas segala yang telah diaturkan oleh Allah SWT yang maha mengetahui.  Dia reda. Dia mesti kuat! 

 "Betul jugakan?" Syafira sudah mula bersuara. Mereka bertiga tersenyum. 

 "Aku sepatutnya mesti kuat. Bukannya murung macam perempuan yang ketagihan cinta dari lelaki yang tidak setia dan telah buang aku dari hidupnya. Sekarang aku faham. Mesti ada hikmah. Aku mesti buktikan yang aku boleh move on! Aku akan tunjukkan yang aku seorang yang berani dekat dia." Ucap Syafira. Mereka bertiga tersenyum dan mengangguk. 

 "Macam inilah Syaf yang aku kenal." Ucap Juliana. Asyraf ketawa kecil. Juliana mencubit manja pipi Asyraf. 

 Syafira ketawa kecil dan tersenyum. "Thanks sebab korang banyak berikan aku semangat. Terima kasih sangat-sangat." Ucap Syafira. 

 "Kami akan doakan agar kau tetap tabah. Kami pasti kau boleh berusaha untuk jadi lebih baik dari sekarang. Kami percayakan kau!" Ucap Juliana sambil mengenggam tangan kanannya. 

 Syafira mengangguk. "Yes!" Ucap Syafira. 

 "YEAY! YANG NILAH SYAF YANG KAMI KENAL!!" Jerit mereka bertiga begitu teruja. Syafira agak terkejut. Semua orang di restoran itu sekadar memandang mereka begitu pelik. Mereka bertiga tertunduk. Malu mahu tunjukkan wajah mereka. Terlebih teruja. 

 "Alamak, tak boleh terlalu excited sangat." Ucap Nadia perlahan. Wajahnya merah. Juliana dan Rina mengangguk. Syafira ketawa kecil. Kini Syafira sudah mula gembira dan tetap akan tabah atas ujian yang diberi oleh Allah SWT. 

 "Girls, lepas ni kita pergi rumah mak aku. Rindulah dekat mak dengan ayah aku. Rindu nak makan nasi lemak mak aku. Jomlah." Ucap Juliana. Mereka bertiga mengangguk. 

 "It's okay ja." Ucap Syafira. Mereka ketawa kecil. 

                                                                                  ðŸ’®ðŸ¬ðŸ’®

 "Memang Rafiq ni dah gilalah sebab lepaskan dia." Ucap mak kepada Rafiq, Puan Anita. Rafiq mengangkat bahunya.

 "Syaitan apa yang dah rasuk kamu? Mak masih tak puas hati sebab kamu ceraikan dia." Ucap Puan Anita sambil menggelengkan kepalanya. Rafiq menggeleng.

 "Rafiq rimaslah dengan dia tu. Tapi duit untuk Asyraf, keperluan Asyraf semua Rafiq tak lupa. Rafiq akan tunaikan tanggungjawab Rafiq." Ucap Rafiq. Puan Anita menggeleng.

 "Apa-apa jalah Rafiq. And now, life kamu macam mana?" Tanya Puan Anita.

 "Rafiq dah nak kahwin dengan Ralicia, mak." Ucap Rafiq. Puan Anita menggeleng.

 "Mak memang nak tengok Rafiq bahagia, tapi kenapalah Ralicia yang menjadi pilihan hati? Pada mak, Syafira lagi baik dari Ralicia tu. Apa yang ada pada Ralicia, Rafiq? Kecantikan? Ia akan pudar wahai anakku." Ucap Puan Anita.

 "Mak, mak tak kenal siapa Ralicia! Jangan cakap macam tu." Ucap Rafiq.

 "Apa?! Mak tak kenal siapa dia!? Lawaknya!" Ucap Puan Anita. Rafiq terdiam. Maknya memang begitu. Apa-apa mesti Syafira yang disokongnya. Apa keistimewaan yang ada pada Syafira?


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard

星